Saturday, February 21, 2009

JAHIL PERLEMBAGAAN PUNCA KEKECOHAN AWAM - Raja Muda Perlis

KANGAR 21 Feb : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah, kejahilan perlembagaan dan kedangkalan asas pembentukan negara adalah antara penyumbang utama kepada kekecohan awam yang melanda negara ini.
Baginda berharap rakyat negara ini mengelakkan diri daripada terbabit dalam unsur yang mampu membawa konflik kepentingan diri, kaum atau puak masing-masing ketika mengejar kuasa dan pangkat. Bertitah merasmikan Kolokium Realiti Melayu-Islam Malaysia: Memantapkan Masa Depan Melayu di sini, hari ini, baginda mahu rakyat tenang menghadapi pelbagai kerakusan dan ketidaktentuan yang melanda negara pada masa ini.
"Kita harus menjaga tertib tata susila dan disiplin dalam apa jua tutur kata dan tingkah laku supaya tidak dilihat sebagai ekstremis perkauman atau kepartian," titah baginda.

No comments:

Post a Comment