Monday, September 28, 2009

KENYATAAN MEDIA DATO' DR. HASAN ALI

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan. Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT.
.
Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun. Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan.
.
Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT.
.
Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.
.
Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya.
.
Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.
.
Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.
.
23 Sept, 2009

Wednesday, September 9, 2009

JAM

Tahukah anda konsep jam sekarang diambil daripada pergerakan bayang matahari.
.


Tuesday, September 8, 2009

REMAJA BERUSIA 22 TAHUN JUAL BLOG USD 15,000,000

Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).

Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.

Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.

Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.

Monday, September 7, 2009

GULA : RACUN PALING MANIS

GULA putih tulen, manis dan sedap rasanya tetapi tidak berguna dari segi nutrisi. Gula pada waktu pagi, gula pada waktu petang, dan gula lagi pada waktu makan malam.Sebagai sejenis kimia, gula merupakan racun bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.
.
Mengapakah gula begitu membinasakan kepada kesihatan kita?
.
Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan.Gula bukan lagi merupakan jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri (kebanyakannya daripada pokok tebu atau ubi bit) dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa yang tulen.
.
Semua vitamin, mineral, protein, enzim-enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia.Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini.
.
Nota: Gula (glukosa) di dalam badan kita juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi.

Saturday, September 5, 2009

PRK BAGAN PINANG UJIAN GETIR BUAT BN


Barisan Nasional bakal diuji lagi dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya Azman Mohamad Nor 54 akibat jangkitan dalam darah.

Bukan sahaja BN, Pakatan Rakyat juga bakal diuji sejauh mana penerimaan rakyat dalam PRK yang berlangsung dalam negeri yang dikuasai Barisan Nasional. Perdana Menteri komited BN akan menang dalam PRK itu nanti kerana BN selaku juara yang bertahan.