Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3 INDONESIA 0



Bebeberapa aksi menarik Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF 2010 diantara Malaysia dan Indonesia: dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia 3-0. 90 minit bakal jadi penentu samada Malaysia bakal mendakap Piala Suzuki yang belum pernah dimenangi sejak pertandingan itu dilangsungkan.

CRISTIAN GONZALEZ

Ini dia penyerang berbisa Indonesia Piala Suzuki 2010. Pada perlawanan akhir pertama bisanya hilang entah ke mana. Penyerang kelahiran Uruguay ini dapat kerakyatan Indonesia kerana dikatakan bapanya adalah keturunan Indonesia.
.
Tidak mustahil pada masa akan datang Malaysia mempunyai pemain kelahiran luar negara yang akan bermain untuk Malaysia, kerana bapanya keturunan Malaysia. Pemain itu mungkin juga dari Monggolia.
.
Cakcebor : Tahniah Malaysia kerana dapat ganyang Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama.

Friday, December 17, 2010

MAMAT KHALID NAK BIKIN FILEM "HANTU ALTANTUYA BALIK MALAYSIA" PULAK...?




Member aku cakap cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dah pecah panggung. Okey la tu..Mamat Khalid pecahlah poket dia tak muat duit..! Aku harap Mamat Khalid sambung balik cerita ni dengan tajuk lain pulak iaitu Hantu Altantuya Balik Malaysia. Keh..! Keh..! Keh..! Bukan saje panggung, Putrajaya pun hancur..! Sory..!

Cakcebor : Belum tengok pun citer ni..

AL-FATIHAH UNTUK ADUN TENANG

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.
Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu. Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

Cakcebor : Kita datangnya dari Allah dan kembali juga kepada Allah. Al-Fatihah juga kepada sahabat Cakcebor, Mejar Elias, Pegawai Protokol Istana Perak yang kembali ke Rahmatullah pada 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432H

Sunday, December 12, 2010

NIZAR LANCAR BUKU "PERAK : A STATE OF CRISIS"

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.

Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.

Friday, December 10, 2010

RASUAH ANAK TOYO........L


Tengoklah muka dia. Senyum ajer.. Setakat rasuah juta-juta macam makan tempe ajer...! Dia pun tau. Boleh lepas punya. Dia pun tau mana ada orang UMNO salah pasal rasuah. Orang UMNO semua suci..Sebab mahkamah bapak dia orang punya.

Sebelum PRU12 kempen nak jadikan Selangor Sifar Pembangkang. Last-last dia pulak jadi pembangkang. Pembangkang yang diketuainya memang betul-betul SIFAR. SIFAR kualiti.

Pasal tu dia suka sangat dengan penyapu; sampai bagi hadiah kat orang. Inilah bekas MB Selangor taraf batang penyapu.

Friday, November 5, 2010

KEMENANGAN 2-0 BN

5 Nov 2010 : Barisan Nasional (BN) menang mudah dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas dan DUN Bukit Sapi yang diadakan serentak baru-baru ini. Beberapa isu kecil yang melibatkan kerajaan PAS Kelantan dan kemelut dalaman yang melanda dalam PKR berjaya dimanipulasi oleh BN untuk mengalih pandangan majoriti rakyat untuk kembali menyokong Barisan Nasional.

Kemenangan di kedua-dua PRK ini sedikit menjadi tonik untuk BN bernafas lega menghadapi PRU 13 akan datang. Di Galas, faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang dilihat agak mesra dengan kepimpinan PAS dalam isu royalti petroleum menjadikan suasana kempen dalam pilihanraya tidak sepanas seperti PRK sebelumnya. Manakala masalah yang melanda PKR sejak kebelakangan ini benar-benar menjadi beban untuk Pakatan Rakyat menang di Batu Sapi dan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tuesday, October 5, 2010

TPM NAK MEMPERKASA BAHASA MALAYSIA

Ipoh 4 Okt. 2010 : Hari TPM secara lantang agar pihak berkuasa tempatan (PBT) agar bertegas menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam apa jua bentuk penggunaan terutama melalui iklan dan papantanda. Beliau berucap di Stadium Indramulia Ipoh sempena pelancaran Bulan Bahasa di Negeri Perak.
.
Kita berharap gesaan beliau untuk memperkasakan Bahasa Malaysia disambut baik oleh semua PBT di Negeri Perak khasnya; dan seluruh Malaysia amnya. Tapi biasanya tindakan yang melibatkan kepentingan bahasa Melayu ni disambut lesu macam kura-kura tertelan ubat batuk; walaupun yang memegang tampuk tertinggi dalam PBT itu sendiri terdiri daripada orang Melayu. Terutama yang berdegar-degar melaungkan kedaulatan bangsa Melayu.
.
Kita tunggu saja apa tindakan Datuk Bandar Ipoh Mali kita!

Saturday, October 2, 2010

GETIKNYA AKU 1 : WANG EHSAN HARAM

Hari ni dah ada satu sindrom terutamanaya di negeri Darul Pokok Pinang. Bermulanya peristiwa golongan fakir miskin dan warga tua memulangkan semula bantuan wang ehsan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Beritanya tersebar luas di media arus perdana bagi memburukkan imej kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan mendapatkan sumbangan daripada syarikat judi.
.
Terbaru, penyokong ahli parlimen BENAS Bayan Baru pula memulangkan sumbangan berjumlah RM 1,000 sumbangan kerajaan negeri yang dikatakan haram. Bagus juga kalau umat Islam peka pada pokok halal dan haram sesuatu sumber itu. Kerana kita yakin darah daging yang terhasil daripada sumber haram itu balasannya adalah NERAKA. .
.
Orang Melayu kena ingat, hasil yang haram ni bukan daripada judi sahaja. Hasil RASUAH juga HARAM. Hasil daripada MENIPU juga HARAM. Kalau macam tu sapa-sapa yang terlibat dengan kes rasuah samada menteri ke, bini PM ke, pegawai kerajaan ke atau yang sejenis dengannya kena pulangkanlah balik hasil rasuah mereka tu. Kalau rumah banglo yang dibeli dari hasil rasuah, bolehlah wakafkan kepada perstuan anak-anak yatim. Kalau kenderaan mewah panjang berjela diperolehi dari hasil rasuah, elok diwakafkan jadi kenderaan jenazah.
.
Macamana dengan wang gaji kakitangan kerajaan? Wang kerajaan juga bercampur-aduk dengan cukai syarikat judi jugak. Kalau macam tu kakitangan kerajaan pun kena pulangkan balik duit gaji mereka ker? Gaji menteri-menteri-menteri kena pulangkan balik. Hatta gaji mufti-mufti pun kena pulangkan balik; kerana dah bercampur dengan perkara-perkara syubhah.
.
Tapi bila ada rakyat berdemo protes judi, mereka kena belasah.
.
.
.
Cakcebor : Rasa-rasanya ade ker menteri nak serahkan balik hasil rasuah yang mereka terima? Kita tungngguuuuu...!

Wednesday, September 15, 2010






LEE KUAN YEW KRITIK BAHASA MELAYU : PEMIMPIN MELAYU BUAT APA..?

Cina tua ni nak tunjuk lagak kritik Bahasa Melayu
.
16 Sept 2010 : Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew memberikan kritikan pedas baru-baru ini melalui temubual beliau dengan New York Times kononnya bahasa Melayu sebagai bahasa sekolah dan tidak boleh membantu dalam memperolehi pengetahuan moden.
.
Beliau membandingkan Melayu Singapura yang beliau dakwa lebih moden dan berpandangan jauh jika dibandingkan dengan Melayu Malaysia. Kita nak apa pandangan ngo-ngo Melayu terhadap kritakan kritikan menghina dari bekas perdana menteri Singapura itu.
.
Setelah PPSMI dilaksanakan di sekolah-sekolah tidak nampak banyak kebaikan yang dicapai melalui program tersebut. Cuma tanpa disedari ramai pelajar terutama pelajar Melayu semakin jauh ketinggalan dalam pencapaian matapelajaran sains dan matematik.

Cakcebor : Pemimpin Melayu masih malu nak perjuangkan Bahasa Melayu.

Monday, August 30, 2010

BENARKAH ORANG KAFIR TIDAK DIBENARKAN MASUK DALAM RUMAH IBADAH ORANG ISLAM

Teoh Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang mencetuskan kontrovesi baru untuk orang Melayu
.
Isu ini tercetus apabila seorang YB bukan Islam menyampaikan ucapan di sebuah surau di negeri Selangor. Rapmailah golongan cerdik-pandai dan cerdik tak pandai mengulas isu ini. Ada yang kata halal dan ada pula yang kata haram. Ada juga yang kata halam (sekejap halal sekejap haram).
.
Elok juga benda macam ni berlaku. paling tidak minda orang Islam sedikit diketuk mengenai permasalahan seperti ini. Walaupun ia digembar-gemburkan secara yang tidak sepatutnya. Perdebatan secara terbuka terutamanya dalam media arus perdana tidak membawa kebaikan kepada perkembangan syiar Islam.

Cakcebor : Kalau orang kafir nak masuk surau pun haram. Nanti orang akan kata orang kafir nak masuk Islam pun haram.


Friday, August 20, 2010

MUFTI PERAK : DITIPU..,TERTIPU...ATAU MENIPU..?

Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria adalah tokoh yang menonjol di negeri Perak sejak kebelakangan ini; setelah kendur tumpuan rakyat Dr. Zamry dan Nizar dalam isu tragedi hitam tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
.
Tokoh agama yang lantang bersuara ini, terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan masalah agama tiba-tiba menjadi tumpuan ramai rakyat terutamanya dalam isu kesediaannya menjadi perantara gagasan perpaduan Melayu dan yang terkini mengenai 'perlembagaan baru'. Kedua-duanya penuh dengan kontroversi. Seorang mufti yang sanggup atau sengaja mengotorkan kaki masuk ke dalam gelanggang politik, begitulah andaiannya yang boleh diungkapkan kepada beliau.
.
Adakah keterlibatannya dalam isu-isu politik atas kesedarannya sendiri atau ada orang mempergunakannya untuk kepetingan tertentu. Parti UMNO pastinya mendapat ganjaran yang amat besar atas sikap kecenderungan terbaru tokoh agama ini. Paling tidak dengan sokongan beliau parti terbesar orang melayu ini akan lebih dipandang suci di mata oarang Melayu sendiri. Kalau sebelum ini pelbagai gejala negetif bermaharajalela dalam parti ini, setidak-tidaknya dengan sokongan seorang yang bertitle mufti itu gejala negetif yang jelas HARAM itu sedikit dipadang HALAL atau HARUS oleh orang ramai. Gembiranya mereka.
.
Walaupun sekalian orang tahu (Dato' Seri Mufti pun mungkin tahu) pandangan yang dilontarkan oleh beliau itu sebenarnya tak ke mana..!
Kita tidak menyalahkan beliau, kerana niatnya tetap ikhlas menginginkan orang Melayu bersatu padu. Barangkali pada pandangan beliau kerana adanya gabungan dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan DAP menjadi penyebab Melayu berpecah belah. Tapi macamana dengan gabungan UMNO dengan MCA dan MIC. Apa bezanya Cina DAP dan Cina MCA. Beranikah UMNO menyingkirkan MCA dan MIC dalam gabungan Barisan nasional demi perpaduan orang Melayu?
.
Setelah isu perpaduan Melayu agak lenyap kini timbul pula isu deraf Perlembagaan Malaysia Baru. Dimana kononnya akan meminggirkan hak-hak kepentingan orang Melayu. Kalau betul ianya ada mengapa hanya Mufti Perak ini sahaja yang tahu. Mengapa tidak seorang menteripun yang tahu mengenai ini. Isu ini berkemungkinan direkacipta untuk menimbulkan kekeliruan dan prasangka buruk kepada parti pembangkang. Malangnya Dato' Semi Mufti yang menjadi pencanangnya. Entah-entah Dato' Seri Mufti sendiri tidak tahu benda itu ada atau tidak. Sekiranya benda itu boleh mencetuskan peperangan yang besar, mengapa beliau dedahkan. Dengan mendedahkannya pastinya akan mencepatkan lagi peperangan. Pihak polis pula tidak membuat sebarang siasatan. Barangkali polis pun dah tahu sebenarnya tipu.
.
Barangkali ada orang yang sudah tipu Dato' Mufti kita dan beliau menyampaikan benda TIPU itu. Tapi kita boleh maafkan kalau dia ditipu atau tertipu; beliau tidak berdosa. Beliau berdosa sekiranya MENIPU. Pepatah ada menyatakan orang yang tidak pernah MENIPU biasanya lebih mudah DITIPU.

>
Cakcebor : Pernah tertipu masa kecoh isu murtad di sebuah gereja di Silibin suatu ketika dulu. VCD pertemuan Mufti Perak dengan individu yang mendedahkan isu murtad kami dah dengar. Bila dah kecoh beliau pulak cakap tak tahu menahu.








Monday, June 14, 2010

BETUL KE ADA ADUN BN NAK LOMPAT PARTI..?

14 Jun : Dakwaan Ketua Penerangan Perak Zulkifly Ibrahim tetang desas-desus kemungkinan ada tiga ADUN BN nak melompat parti; rasa-rasanya ada betul jugak. Terutamanya ADUN yang tak ada harapan dicalonkan semula dalam pilihanraya akan datang atas faktor usia atau tak sebulu dengan MB Zambry.
.
Khabarnya mereka ni tak sekepala dengan MB; pasal nama merekapun dulu tersenarai jadi MB masa kerajaan PR tumbang dulu. Barangkali mereka terasa dianaktirikan atau tak puas hati. Apa tidaknya ADUN-ADUN Bebas yang lompat parti tu diberi layanan istimewa. Masih duduk di pejabat dan menggunakan kemudahan exco walaupun dah tak jadi exco. Macamana yang dua-tiga orang ni tak jelous.

Wednesday, May 26, 2010

JUDI BOLA SEPAK

Banyak pihak membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010. Yang membantah hanyalah suara-suara kecil yang suara mereka terus dipinggirkan. Ramai mufti-mufti yang tak berani bukak mulut membantah tindakan ini. Apa pandangan Majlis Agama Islam setiap negeri...? Nak cakap haram pun mereka tak berani..
Barangkali adalah Pak Menteri komisyen hasil dari judi tu..? Nasib baiklah Awang Adek tak sempat nak jadi MB Kelantan. Kalau tidak pasti Kelantan terkenal dengan Darul Judi. Ehek! ehek..!

Thursday, May 20, 2010

HEI BUNG MOKHTAR..!

Hari ni Bung Mokhtar dan pelakon seksi dijatuhkan hukuman kerana menjalankan pernikahan tanpa kebenaran. Bagaimana pulak hukuman perhubungan mereka sebelum bernikah dulu..? Hee..! hee..! Hukum dunia boleh lepas. Hukum akhirat tanggumg le sendiri.

Wednesday, April 21, 2010

CALON PRK HULU SELANGOR

Namanya Zaid Ibrahim yang aku kenal. Orang Kelantan. Dulu UMNO (tak selamanya) kini KEADILAN. Bekas Menteri Undang-Undang. Meletakkan jawatan menteri kabinet kerana tak setuju dengan Akta ISA. Pada aku dia bertanding bukan kerana mengejar kedudukan. Kerana dia dah ada kedudukan sebelum ini. Aku juga percaya dia bertanding bukan demi mengejar laba kewangan. Pasal khabarnya dia pun dah sedia kaya. Kalau dia kekal dalam kabinet BN rasanya dia boleh dapat lebih lagi laba kekayaan. Dia seorang yang demokratik. Aku amat setuju cara dia. Kalau aku sekarang jadi rakyat Hulu selangor; aku mesti pangkah dia..!
Selamat mengundi orang Hulu Selangor.

Sunday, February 21, 2010

BN TETAP TUMBANG PRU13 WALAU SAYA DALAM PENJARA : ANWAR IBRAHIM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Friday, February 5, 2010

NAJIB SAHKAN TERIMA SURAT NASIR SAFAR

MELAKA 4 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar petang semalam.

Perdana Menteri berkata, Nasir meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada Seminar Rapat 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Selasa lalu.

"Saya percaya ini merupakan satu pengajaran kepada semua pihak dan dia bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dibuatnya Selasa lalu dan sebab itu dia letak jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beberapa parti komponen BN semalam mendesak tindakan tegas diambil terhadap Nasir berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka kelmarin.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa hairan bagaimana Nasir yang telah membuat 60 ceramah sebelum ini dan tidak menimbulkan sebarang masalah boleh membuat kenyataan berunsur perkauman.

Menjawab soalan seorang wartawan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kaum India mengenai soal kewarganegaraan, beliau berkata, soal kerakyatan sesuatu kaum itu dipertahankan oleh Perlembagaan negara dan perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Sementara itu di Johor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri telah mengambil langkah sewajarnya terhadap Nasir.

Katanya, Najib sudah pasti tidak gembira dengan insiden itu dan tindakan Nasir meletakkan jawatan menunjukkan betapa serius insiden itu.

"Apa yang saya tahu, Perdana Menteri telah mengambil langkah segera menangani insiden itu. Sudah tentu sebagai manusia kita tidak terlepas membuat kesilapan.

"Tetapi insiden itu dianggap serius dan kita menyedarinya serta tidak berhasrat menutup kes itu begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Stadium dan Kompleks Sukan Educity@Iskandar hari ini.

Muhyiddin turut menjelaskan yang kenyataan Nasir itu bukan pendirian kerajaan BN dan ia amat dikesali.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi penjelasan yang telah diberikan, pihaknya berharap isu tersebut dapat diselesaikan tanpa menimbulkan perkara berbangkit.

SOKONGAN RAKYAT PERAK KEPADA PKR SEMAKIN MEROSOT..?

Tarikh 9 Februari 2010 bakal menentukan siapa sebenarnya yang sah menjadi Menteri Besar Perak. Walaupun rumors keputusan bakal memihak kepada Ir. Nizar;tetapi hakikat pahitnya keputusan yang bakal dirasai oleh pendokong-pendokong Pakatan Rakyat tidak dapat dielak.

Sejak peralihan kuasa nyata Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi berita-berita yang didendangkan oleh akbar dan media arus perdana. Ada dikalangan pemimpin PR mengakui sokongan rakyat Perak kepada mereka semakin merosot terutamanya di kawasan pendalaman dan golongan muda yang agak jengkel atau tak mahu ambil peduli dengan kebobrokan senario politik negara.

Roadshow Pakatan Rakyat mengenai keputusan bocor yang dikatakan memihak kepada Ir. Nizar bakal menambahkan kemerosotan yang parah andai kata Dr. Zambry memenangi kes ini. Kita tunggu keputusannya pada 9 Februari ini.

Wednesday, January 13, 2010

ISU KALIMAT ALLAH

Tiba-tiba aku merasa pemimpin Melayu kita semakin bodoh dang tonggong dengan isu kalimah Allah. Hati aku pun makin meluat. Benda kecik dibesar-besarkan. Kes letup modelpun boleh tutup gitu saje. Kes injin jet pun boleh lenyap gitu sajer. Kes Beng Hock lagi, rampasan kuasa di Perak malah banyak kes besar lagi tutrut terpadam. Ini isu kecil kalimah Allah pulak macam beban sangat pada mereka.
Sampai JAIS dan MAIS pun buat demo. Buat apa nak berdemo. Ada pulak pemimpin yang bagi api suruh rakyat demo. Giler punya orang. Kalau PM suruh hakim tarik balik keputusan tu pun boleh; kalau dia hendak.. Buang masa rakyat jer...!