Friday, February 27, 2009

SIASAT SPEAKER PERAK : SPRM JAHIL PERLEMBAGAAN

KUALA LUMPUR, 28 Feb : Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Speaker Perak, V.Sivakumar membayangkan badan itu tidak memahami asas perlembagaan negara dan negeri.
"Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa SPRM tidak memahami asas perlembagan negara dan negerai yang mana Speaker Dun Negeri dan Parlimen itu adalah di luar daripada tugas dan bidang kuasa pihak seperti SPRM untuk campur tangan," kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar. (gambar)
Malah katanya, lebih hina lagi apabila SPRM membuat siasatan dan memanggil Speaker untuk disiasat yang mana itu satu kesalahan dari segi perbezaan dan kewibawaan atau kedudukan tinggi Parlimen atau Dun, katanya.
Perkara ini katanya adalah soal keluruhan yang tidak boleh dipersoalankan dan menjadi bahan.
"Lainlah jika speaker ada tuduhan bunuh, rogol, rasuah dan sebagainya, tetapi jika Speaker buat keputusan dengan kedudukan rasmi selaku Speaker, saya tak nampak macam mana SPRM boleh buat siasatan," katanya.
Mengulas kononnya SPRM bebas kerana keanggotannya pelbagai termasuk dari kalangan pembangkang, Kamarudin menafikan ianya benar-benar bebas.
"Keanggotaan yang dipertonton kononnya bebas, tetapi sebaliknya setakat ini tak nampak kesan yang sepatutnya atau boleh diharapkan daripada pengujudan dan perlantikan jawatankuasa yang kononnya bebas kerana libatkan tokoh pembangkang," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.
Seharusnya SPRM dihormati kerana adanya jawatankuasa penasihat tetapi setakat ini SPRM berlagak bebas daripada jawatankuasa namun hanya tertakluk kepada pimpinan Umno/BN sahaja, dakwanya.
Sementara itu mengulas isu yang sama, Speaker Dun Perak pula melahirkan rasa kecewa dengan tindakan SPRM yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.
"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi Dun dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.
Sivakumar menegaskan, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".
Begitupun, Sivakumar yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM.
Baginya siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan Dun berkuatkuasa serta merta.

LAWAK BODOH

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.
Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.
Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.
Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.
Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.
Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.
Mat: Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang dengan duet 10 inggit je ade ke patut..
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Padahal die ade kat situ tadi...

LAGI-LAGI PPSMI..!


Saya akan pertahankan pembelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris hingga titisan darah terakhir...!

TAWARAN RM20 JUTA UNTUK 2 ADUN PR MENGARUT - NAJIB

Friday, 27 February 2009 : Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Pakatan Rakyat kelmarin yang membuat laporan ditawarkan sehingga RM20 juta supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN), tidak masuk akal.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.
"Kita tidak tahu apa-apa pun, dia saja yang mendakwa... mengarut semua ini. Saya tidak tahu, biarlah SPRM siasat.
"Saya hendak tegaskan di sini bahawa sesiapa yang membuat laporan palsu, akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Mesyuarat Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) mengenai Jaminan Makanan, di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim.
Kelmarin, Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai BN.
Keshvinder juga mendakwa beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen yang mengaku mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak dengan seorang daripada ejen itu ialah wartawan akhbar berbahasa Cina.

ANDA MAHU MATI KATAK..?

Pengajaran kepada rakyat Malaysia di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aji :
1. Pastikan anda tidak memilih katak sebagai wakil.
2. Tunggul kayu pun jangan pilih.
3. Undi anda adalah rahsia.
Ceritanya sebelum majlis angkat sumpah bumi Perak dilanda hujan bertali arus menyambut perlantikan MB Zambry yang menerajui kerajaan KATAK.

PERTARUNGAN 2 BUKIT 1 BATANG

KAH..KAH..KAAH..! LAWAK JE BUNYINYA PAKCIK..!
Ada tiga pilihanraya yang melibatkan 2 bukit dan satu batang (Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Aji, Sarawak) yang diramalkan meramalkan adalah penuh dengan kisah lucah, ganas, brutal dan tragis. Kita tunggu apa kesudahannya dengan 2 bukit 1 batang ini.

Dari akhbar MAJLIS 1948

Petikan dari : Akhbar MAJLIS, keluaran 9 Feb 1948

PYANHABIB : PPSMI LAGI...!

Sama ada dimansuhkan atau diteruskan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ppsmi), dua-duanya TIDAK BERGUNA kepada saya kerana, dua anak saya SUDAH dan AKAN menjadi mangsa - dan saya rakyat bebal dan menerima sahaja apa yang diwahyukan pemerintah! anak pertama saya: sejak tahun pertama hingga tahun enam dididik di sekolah kebangsaan. dia sudah hafal dan faham dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains yang `dibahasamalaysiakan’
Tetapi semasa dia menduduki tingkatan satu, dia keliru apabila formula, istilah dan simbol-simbol dua mata pelajaran ini `dibahasainggeriskan’ semula. hasilnya, keputusan pmr yang diperolehnya baru-baru ini tidak menyenangkan dia, walaupun dia sudah mula menguasai segala benda alah tersebut dalam bahasa inggeris.

Sebentar tadi (catatan ini ditulis selepas keputusan pmr 2008) dia berkata, jika ditukar semula segala formula, segala istilah, segala simbol-simbol tersebut ke bahasa malaysia, dia akan terpaksa mengulang semula apa yang telah mengelirukannya. anak kedua saya: sejak tahun pertama sekolah rendah dia mendapat didikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepenuhnya dan dia cemerlang dalam dua mata pelajaran ini. sekarang dia di sekolah menengah, dia yang hafal dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains dalam bahasa inggeris itu mengadu: kalau dikembalikan semula dua mata pelajaran ini ke dalam bahasa malaysia maka dia terpaksa belajar apa yang tidak pernah dipelajarinya.
Catatan : Pyanhabib

NIZAR ENGGAN SERAH KERETA RASMI MB

Ipoh Feb 27, 09 2:53pm : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.
Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

Thursday, February 26, 2009

WAKIL RAKYAT PENTINGKAN DIRI : VETERAN UMNO

IPOH 26 Feb – Pemimpin atau wakil rakyat dulu dan kini mempunyai banyak perbezaannya terutama dari segi pergaulan dan perhubungan dengan masyarakat setempat. Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Umar Ismail (gambar) berkata, jika dilihat hubungan wakil rakyat sekarang dengan masyarakat setempat amat jauh sekali jika dibandingkan dengan zamannya. Menurutnya, wakil rakyat sekarang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada keperluan rakyat.
“Rakyat dibiarkan dengan permasalahan kehidupan sedangkan wakil rakyat bersenang lenang dengan pelbagai kemudahan yang dinikmati.”
“Walhal rakyatlah yang mengundi untuk mereka konon-kononnya untuk membela nasib rakyat tapi janji tinggal janji sahaja,” katanya semasa ditemui.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, pada zamannya wakil rakyat dijulang serta setiap kali turun melawat kawasan ia disambut seperti raja. Menurutnya, wakil rakyat tidak perlu bersusah payah mengeluarkan wang untuk menganjurkan ceramah, program dan sebagainya tetapi rakyat yang akan mencari dana berkenaan untuk menganjurkan segala program berkaitan.
“Inilah yang menunjukkan jurang perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan wakil rakyat sekarang.” “Dalam sebulan belum tentu lagi dapat turun kawasan melihat dan mendengar permasalahan rakyat,” katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gantang, Datuk Haji Ahmad Mansor berkata, dulu rakyat begitu hormat pada pemerintah terutama sekali kepada Raja. Menurutnya, kini semuanya dilanggar, undang-undang disanggah, kepercayaan dikhianati kerana semata-mata pentingkan kuasa dan wang. “Sebab itulah, tidak hairan situasi lompat parti, sudah menjadi kebiasaan kepada wakil rakyat ketika ini.”
“Mungkin juga berlakunya fenomena ini adalah disebabkan oleh negara yang sedang membangun, masing-masing mengejar kemewahan tanpa mengira nilai-nilai moral yang sepatutnya tersemat di setiap sanubari yang bergelar insan,” katanya. Ahmad yang juga Ketua Cawangan Batu Lapan berkata, paling penting wakil rakyat sekarang perlu tahu mendahulukan kepentingan rakyat berbanding peribadi.
“Wakil rakyat perlu ingat bahawa rakyat yang memilih dan melantik mereka untuk menjadi pemimpin di kawasan mereka.”
“Justeru apa yang perlu, bekerjalah untuk rakyat, dengarlah segala permasalahan mereka dan cari jalan untuk selesaikannya,” katanya.
Beliau berkata, hubungan akrab antara pemimpin dan rakyat perlu dijalin dengan erat supaya dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

TINDAKAN SIVAKUMAR BERASASKAN UNDANG-UNDANG

IPOH RAYA 26 Feb : Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S Sivakumar tidak menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Abd Rahim Md Ariff berkata, tindakan speaker itu tidak menyalahi undang-undang dan peraturan serta tidak bersifat emosional seperti didakwa sesetengah pihak. Menurutnya, Sivakumar tidak akan membuat sesuatu keputusan yang menyalahi undang-undang kerana beliau telah berbincang dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak. “Speaker dan jawatankuasa terbabit sebulat suara dan mendapati Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan.
“Speaker juga menggunakan Perkara 72 (3) Perintah Tetap DUN Perak ketika menjalankan siasatan dan ternyata ia berdasarkan undang-udang yang ditetapkan dan bukannya atas peribadi beliau,” katanya. Beliau berkata, Sivakumar setelah meneliti aduan tersebut, mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam Exco berkenaan.
“Keputusan tersebut diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkenaan.
“Mereka gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina DUN,” katanya.
Menurutnya, tindakan menggantung Zambry dan enam Exconya setimpal dengan apa yang dilakukan pihak terbabit. “Mereka menimbulkan kekecohan kepada umum dengan mengangkat sumpah jawatan sedangkan ia bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
“Selain itu adalah jelas setiap ADUN harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mengikut situasi sekarang walaupun Barisan Nasional (BN) merampas kerajaan negeri tetapi Sivakumar masih speaker yang sah,” kata Abd Rahim.

DIALOG 1

A : Apasal hang tututp teliga...?
B : Geli telinga aku mendengarnya..Lawak sungguh.
A : Ape ceritanya..?
B : Kat Perak, teman dengor ada MB sampai dua. Satu MB Halal satu MB Haram..!
A : Perak kat mana tu...?
B : Tak tau pulak teman. Tapi conform bukan kat Monggolia..

Wednesday, February 25, 2009

UMNO DERHAKA..!

Orang UMNO samakan Sultan Terengganu dengan BINATANG. Itu baru Sultan nak tukar MB Terengganu yang juga orang UMNO. Kalau Sultan tukar Deris Jusoh dengan Haji Hadi. tak taulah UMNO nak cap Sultan dengan apa..?

SELURUH PIBG NEGARA BANTAH PPSMI

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.
Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu. Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac ini.

“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia). “Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,” katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.“Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. (Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas,” kata Mohd Ali.

KEMELUT BURUK POLITIK PERAK TAK BERLAKU SEKIRANYA DUN BUBAR

Kemelut politik yang sedang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan sekarang sudah tentu tidak sebegini rupa andai kata Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Apabila DUN tidak dibubarkan, kedudukan Speaker atau Yang diPertua Dewan Negeri, kekal disandang oleh penyandang sedia ada. Dalam hubungan DUN Perak, ia masih disandang oleh V Sivakumar dari DAP (Pakatan Rakyat). Begitu juga dengan keahlian Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.
Apabila Speaker memanggil MB pentadbiran Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak, mahu tidak mahu Dr Zambry kena patuh.
Alasan yang diberi oleh Dr Zambry bahawa dia menghormati “institusi Speaker” hanyalah satu kenyataan politik kerana dia (Dr Zambry) sedar ataupun telah disedarkan bahawa kedudukan Speaker dan Jawatankuasa berkenaan adalah sah dari segi undang-undang mahupun Perlembagaan.
Walaupun pentadbiran kerajaan negeri telah berpindah tangan daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional seperti yang berlaku, ia tidak bermakna kedudukan Speaker dan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk dan diluluskan oleh DUN juga gugur.
Kedudukan Speaker hanya boleh ditentukan oleh persidangan DUN itu sendiri atau atas beberapa sebab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan termasuk perletakan jawatan.
Speaker boleh pada bila-bila masa meletak jawatannya apabila Dewan Undangan Negeri bermesyuarat pertama kalinya selepas sesuatu pilihan raya umum (perkara ini sudah tiada kaitan dengan kedudukan Sivakumar), atau apabila Speaker terhenti menjadi Ahli Dewan melainkan oleh sebab pembubarannya atau, apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli, atau apabila DUN membuat ketetapan tertentu termasuk usul undi tidak percaya.
Dalam kedudukan Sivakumar, DUN Perak belum bersidang selepas perpindahan pentadbiran kepada BN dan oleh itu kedudukannya sebagai Speaker tidak tercabar dan dia kekal sebagai Speaker. Mungkin perkara ini tidak terfikir oleh pihak BN atau mereka terlepas pandang.
Oleh itu, pada pendapat saya tindakan Speaker menggantung keahlian Dr Zambry selama 18 bulan dan ahli-ahli Exconya selama 12 bulan, adalah betul memandangkan kedudukan mereka selaku Speaker dan ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak adalah sah. DUN Perak belum bersidang untuk memecat mereka dan melantik penyandang baru.
Kemelut politik Perak yang kini menjadi satu krisis Perlembagaan mungkin tidak berlaku andai kata Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan rakyat, pihak yang benar-benar berhak menentukan pembentukan sesebuah kerajaan, diberi mandat untuk memilih sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Selaku manusia biasa, tidak kira kedudukan, pangkat dan darjat, kita tidak sempurna dan tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Sepintar mana, sebijak mana atau sehebat mana sekalipun, kita adalah manusia biasa dan tidak semua perbuatan kita adalah betul.
Kuasa penentu masih di tangan Paduka Seri Sultan Perak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu - bubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan satu pilihan raya baru diadakan. Serahkan hak pemilihan secara demokratik kepada rakyat. Itulah pilihan terbaik.

SKANDAL RM17J BABITKAN KHIR TOYO

KUALA LUMPUR (25 Feb) : Mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Khir Toyo kini dikatakan berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.
Pembayaran itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Berasaskan Resolusi Lembaga Pengarah PNSB (bertarikh 14 Sept 2007), PNSB meluluskan pembelian lima unit kediaman bernilai RM8.4 juta tetapi laporan/rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25.6 juta telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi antara 17 Sept dan 19 Sept 2007.
Menurut kenyataan media pejabat Menteri Besar Selangor, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.
“Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika ada unsur jenayah.”
Sebelum ini, dua Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Tuesday, February 24, 2009

MAHASISWA SOKONG DEBAT TERBUKA NIZAR vs ZAMBRY

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Cadangan dan harapan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) untuk menganjurkan debat terbuka antara Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mendapat sokongan yang sepenuhnya di peringkat Mahasiswa.
"Forum seumpama ini bukan sahaja merupakan hasrat dan harapan kami di peringkat mahasiswa malah ia juga merupakan hasrat rakyat tempatan yang inginkan penjelasan dan penerangan yang lebih telus terhadap suasana politik Perak pada hari ini.
"Kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar mahasiswa yang bakal memberikan kerjasama dalam menjayakan debat ini," demikian ujar Timb. Presiden (1) Bersatu Perak, Mudzil selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil kampus Perak.
Malah Bersatu Perak ujarnya, telah mendapat reaksi dan komen positif yang cukup memberansangkan di peringkat mahasiswa.
Dalam pada itu, Bersatu Perak juga katanya akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan bagi mengadakan tayangan secara langsung debat yang menemukan dua tokoh tersebut.
"Suasana dan warna politik Perak hari ini, mendapat liputan yang meluas di seluruh negara. Maka bukan rakyat Perak sahaja yang merasai kepanasan isu ini tetapi rakyat diluar Perak juga turut merasai tempias kehangatannya.
"Saya yakin dan percaya rakyat Malaysia keseluruhannya mahu melihat dua tokoh tersebut dipertemukan bagi menjelaskan isu Perak ini kerana itulah debat bersejarah tersebut perlu diadakan secara langsung di kaca TV untuk tatapan rakyat luar Perak," ujar Exco Perhubungan dan Media Bersatu Perak, Shahril Nizam.

ISU SPEAKER PERAK : BN TERSEPIT

Melalui tulisan terkini daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengajak rakyat melihat peristiwa yang akan berlaku di Perak. Peristiwa demi peristiwa menarik terjadi di sana saban hari.
Dari semua peristiwa itu, Mahathir menganggap tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (digelar Menteri Besar Barisan Nasional oleh Mahathir) supaya membuat laporan polis berkenaan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Mahathir menganggap arahan itu sebagai perkara paling lucu.

Apakah Mahathir tergelak besar tidak pula beliau nyatakan. Bagi penulis pula, kaedah Mahathir menyebut Zambry sebagai Menteri Besar BN itu adalah menarik. Ia menggambarkan seolah-olah beliau menganggap Nizar sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat. Beliau mengiktiraf wujudnya dua MB sekarang dan bukannya satu MB ‘halal’ dan satu MB ‘tidak halal’. Mahathir menghujah bahawa jika keputusan dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, maka Speaker Parlimen yang banyak menggantung anggota pembangkang kerana pelbagai sebab bolehlah diadukan kepada polis. Bagi beliau, jika perkara tersebut dibolehkan, maka polis boleh dianggap lebih berkuasa daripada Speaker.

Beliau menyebut tentang kemungkinan jenayah dilakukan oleh Speaker tetapi berpendapat bahawa menggantung kelayakan menghadiri sidang Dewan bukanlah satu jenayah yang boleh diambil tindakan oleh polis. Selanjutnya, Mahathir memberitahu apa yang dibacanya bahawa Zambry akan mengingkari keputusan Speaker, dengan menghadiri sidang Dewan. Mengikut peraturan Dewan, Mahathir memberitahu, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Zambry dari Dewan.

Apa yang disebut oleh Mahathir ini menjadi sesuatu yang membimbangkan BN sekarang. Speaker yang ada hari ini masih kekal kedudukannya dengan jawatan itu dan jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang ada sekarang masih sahih kedudukannya dari segi peraturan dan undang-undang. Dalam sidang DUN nanti, Speaker yang ada hari ini, V Sivakumar tetap memegang jawatan itu sehinggalah DUN bersidang dan bertindak menukarkannya. Begitu kompleksnya kemelut di Perak ini sehingga menyebabkan Mahathir mengajak kita sama-masa menunggu perkembangan lanjut.

Keadaan tersebut boleh dilihat dengan pemergian seorang peguam kanan perlembagaan ke London bagi mendapatkan pandangan Queen’s Counsel (QC) atas arahan peguam BN. Terlampau banyak persoalan undang-undang yang mahu dijelaskan oleh QC dari London itu. Apakah Nizar boleh dipecat selepas beliau meminta Raja membubarkan Dewan? Bolehkah MB dipecat sungguhpun Dewan tidak dibubarkan? Bolehkah MB dipecat sungguhpun usul undi tidak percaya tidak dikemukakan terhadap kerajaannya? Apakah jawatan MB terlucut jika beliau tidak meletakkan jawatan?

Hujah-hujah kukuh diharapkan dapat diberi oleh QC dari London itu bagi membolehkan BN menghujah kembali di dalam mahkamah nanti apabila persoalan itu cuba diputuskan oleh mahkamah kita. Tidak cukup setakat itu, beban terbaharu yang dihadapi oleh BN ekoran tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dipengerusikan oleh Speaker yang bersidang pada Rabu lepas. Beliau bertindak menggantung kehadiran Zambry selama 18 bulan dan enam orang exconya selama 12 bulan. Tindakan ini dengan ketara mengurangkan keanggotaan wakil rakyat BN kepada hanya 21 orang berbanding PR seramai 28 orang.

Jika pandangan Mahathir bahawa Speaker berhak untuk mengusung Zambry ke luar Dewan jika beliau dan rakan-rakannya itu cuba menghadiri sidang itu benar dan tepat, Speaker melakukannya apabila Dewan bersidang nanti, usul yang akan dibawa oleh Nizar nanti boleh lulus. Jika usul itu lulus, giliran kerajaan pimpinan Zambry pula akan tumbang. Nizar mengumumkan bahawa PR berhasrat untuk membawa satu usul yang menyatakan keyakinan kepada kerajaan beliau apabila Dewan bersidang nanti. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Dewan mesti bersidang dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari sidang terakhirnya. Berdasarkan keperluan ini, Dewan mesti bersidang selewat-lewatnya pada awal Mei ini. Berdasarkan hujah penulis kemukakan melalui satu rencana sebelum ini, Sivakumar akan tetap berkeras mengisytiharkan kerusi yang dipegang oleh mantan ADUN PKR dan DAP sebagai kosong.

Sebelum ini, DUN Kelantan pernah mengisytiharkan dua kerusi iaitu Limbungan dan Sungai Pinang sebagai kosong berikutan dua ADUN dari Semangat 46 melompat parti menyertai BN. Pihak SPR tetap mengadakan pilihan raya sungguhpun kedua-dua ADUN itu membantah dan mengemukakan petisyen bagai meminta Mahkamah mengisytiharkan mereka tetap kekal sebagai ADUN Kelantan. Sebelum mahkamah membuat keputusan, kedua-dua ADUN itu bertanding kembali dalam PRK dan kedua-duanya kalah sebagai calon mewakili BN. Akhirnya, mereka kekal sebagai ADUN apabila Mahkamah mengisytiharkan bahawa Akta Anti-Lompat yang diluluskan oleh DUN Kelantan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, Speaker DUN Perak boleh bertegas untuk melarang tiga mantan rakan seperjuangannya yang melompat parti ini menghadiri persidangan Dewan sehinggalah Mahkamah menentukan status mereka. Tanpa tiga orang tersebut, kedudukan keanggotaan Dewan mengikut imbangan kelompok ialah 28 BN dan 28 PR. Proses perbicaraan yang agak lama akan berakhir dengan rayuan hingga ke mahkamah tertinggi, Ini akan menyebabkan tiga YB berkenaan terpaksa menunggu lama bagi mengetahui kedudukan mereka yang sebenar.

Kedudukan Zambry dan enam orang exconya agak berlainan sedikit kerana mereka pastinya mempertikaikan keputusan Speaker yang dibuat di luar Dewan. Penggantungan mereka dibuat bukan semasa Dewan bersidang. Kesahihan boleh dipertikaikan. Pengosongan kerusi Dewan oleh tiga ADUN yang melompat tadi adalah jelas pada takrifan Speaker (sehingga Mahkamah membuat keputusan) dan Sivakumar pasti akan tekad mengusung mereka keluar jika mereka hadir untuk mengambil bahagian nanti. Dalam kedudukan demikian, kekalutan akan tetap berlaku.

Kerajaan BN Perak tidak boleh bertindak menukar Speaker. Ia terpaksa membiarkan Sivakumar kekal menjadi Speaker untuk membolehkan parti itu terus berkuasa. Jika Sivakumar kekal sebagai Speaker, PR akan kekurangan satu undi dalam Dewan nanti. Speaker tidak boleh mengundi. Speaker hanya boleh mengundi jika wujud kebuntuan nanti. Dalam keadaan 28 orang ADUN BN menyokong sesuatu usul, undi menentang adalah hanya 27 sahaja. Sebarang usul yang ingin dibentangkan oleh PR akan tewas dalam situasi begini. Namun, untuk mengekalkan Sivakumar sebagai Speaker, tentulah satu tindakan yang hanya menyebabkan BN berada dalam kebingungan dan ketidaktentuan.

LAWATAN MB NIZAR KE GERIK - 24 FEB 2009

MB Nizar sentiasa mendapat sambutan dari pelbagai kaum. Baru-baru ini dalam sesi lawatan beliau ke Kawasan Parlimen Gerik sokongan daripada rakyat kepada kepimpinannya tidak berbelah bagi.



Namanya kian menjadi sebutan sejak krisis Perlembagaan yang melanda Negeri Perak. Pergerakannya menjanjikan igauan ngeri untuk pemimpin-pemimpin UMNO.


SENDAria 3


Monday, February 23, 2009

CIKGU KHAIRUL KENA TAHAN

Cikgu Khairul; kawan teman telah ditahan oleh polis bagi membantu kes siasatan Insiden Di Masjid Iskandariah Kuala Kangsar tempoh hari. Beliau ditempatkan di D-37 IPD Ipoh. Ketika ditahan beliau sedang minum di Gerai Jamal Abdillah, Rapat Setia.

DANA TABUNG PALASTINE


SENDAria 2

Klik gambar untuk imej lebih jelas.

Saturday, February 21, 2009

ADUN LOMPAT KATAK DAH KAYA..?

Di beberapa tempat di kawasan DUN Changkat Jering yang terletak dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang; ada terbentang kain rentang ini. Inilah bahananya kalau pemimpin tidak berprinsip. Penduduk setempat cakap ADUN lompat katak tidak berani jengok kawasan. Rakyat nak tunggu PRK Bukit Gantang nanti ada si Katak kena baling telur tembelang..!

JAHIL PERLEMBAGAAN PUNCA KEKECOHAN AWAM - Raja Muda Perlis

KANGAR 21 Feb : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah, kejahilan perlembagaan dan kedangkalan asas pembentukan negara adalah antara penyumbang utama kepada kekecohan awam yang melanda negara ini.
Baginda berharap rakyat negara ini mengelakkan diri daripada terbabit dalam unsur yang mampu membawa konflik kepentingan diri, kaum atau puak masing-masing ketika mengejar kuasa dan pangkat. Bertitah merasmikan Kolokium Realiti Melayu-Islam Malaysia: Memantapkan Masa Depan Melayu di sini, hari ini, baginda mahu rakyat tenang menghadapi pelbagai kerakusan dan ketidaktentuan yang melanda negara pada masa ini.
"Kita harus menjaga tertib tata susila dan disiplin dalam apa jua tutur kata dan tingkah laku supaya tidak dilihat sebagai ekstremis perkauman atau kepartian," titah baginda.

CATATAN MB NIZAR UNTUK TATAPAN RAKYAT


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO.

Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113).

Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi)

.Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN.

Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........


-Sumber : kamparinn blogspot com

CALON BN BKT. GANTANG JADI REBUTAN

21 Feb : Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang menjadi rebutan sekurang-kurangnya tiga calon; masing-masing membuat kenyataan secara terbuka yang mereka sepatutnya terpilih berdasarkan alasan yang di berikan masing-masing. Mereka ialah Timbalan Ketua Bahagian;Kamarulail Sulaiman 47, Naib Ketua; Mohamad Kamaruddin Abu Bakar 44 dan Ketua Penerangan, Ismail Safian 47. Diantara tiga calon yang disebut-sebut itu turut menyelitkan diri sebagai calon ialah anak tempatan yang juga seoarang pelakon dan pengarah filem, Jins Shamsuddin 74.
PRK Kecil Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April itu ekoran kematian Ahli Parlimennya Ustaz Roslan Saharom. Dalam PRU 12 yang lalu allahyarham telah menewaskan calon BN; Datuk Azim Zabini dengan majoriti 1566 undi. Ustaz Roslan Saharom mendapat 20,015 undi, Datuk Azim Zabidi mendapat 18,449 undi manakala calon BEBAS; M. Morgan mendapat 872 undi.
Sementara itu hari penamaan calon PRK Bukit Gantang akan diadakan pada 29 Mac 2009.

Friday, February 20, 2009


SENDAria 1


BEKAS KEKASIH ELI DIMINTA BANTU SIASATAN POLIS

20 Feb : Polis hari ini menasihatkan bekas teman lelaki (gambar) Elizaberth Wong supaya tampil membantu siasatan berhubung penyebaran gambar exco kerajaan Negeri Selangor itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Sabtu Osman berkata bekas teman lelaki Elizaberth, yang juga ahli PKR itu dipercayai berada di Indonesia.

Polis juga menafikan kononnya ada dua individu ditahan berhubung penyebaran foto bogel ADUN Bukit Lanjan itu. Sebaliknya beliau menjelaskan dua individu terbabit adalah wartawan Malay Mail yang dipanggil malam tadi untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Ekoran daripada insiden yang mengaibkan itu Elizabeth Wong telah membuat keputusan untuk melapaskan jawatan exco dewan undangan negeri Selangor dan ADUN Bukut lanjan.

Thursday, February 19, 2009

DENGOR CERITANYE..!

Dengor ceritanya pihak istana nak panggil kedua-dua MB Perak
(MB sah dan MB haram)
mengadap. Tak tau apa yang nak dititahkan. Pasal kemelut
politik Perak ni
telah memalukan baginda Sultan Perak. Kalaulah baginda
perkenan MB Nizar
jadi MB balik..Alangkah malunya MB haram tu....

ABDULLAH BADAWI KEKAL PM SELEPAS MAC 2009


19 Feb : Ramai pihak meramalkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi akan terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri selepas Perhiumpunan Agung UMNO pada Mac ini, walaupun pelan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu.


Tindakan-tindakan kurang matang serta kekalahan pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang tidak memihak kepada Barisan Nasional di bawah tanggungjawab Najib memberikan sedikit impak kepada pelan peralihan kuasa yang diwar-warkan itu.


Kemelut politik negeri Perak yang ditimbulkan oleh Najib bakal mengundang masalah berjela-jela. Ditambah lagi dengan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Persidangan Agung UMNO yang bakal menjadi tamparan besar buat BN dikala rakyat bangkit memprotes ketidakpuasan hati rakyat terhadap Najib, terutamanya kemelut politik yang melanda negeri Perak. PRK itu melibatkan dua DUN iaitu Bukit Selambau dan Bukit Lanjan dan Kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Saturday, February 14, 2009

CATATAN 3 : LALUAN BERLIKU UNTUK UMNO PERAK

Kerakusan UMNO / BN merampas kuasa negeri Perak dari Pakatan Rakyat bukan sesuatu cara yang boleh dibanggakan oleh parti tersebut; sebenarnya insiden pengambilalihan kuasa ini sebenarnya menghamparkan laluan penuh berliku yang bakal menjerat leher mereka sendiri. Jika ini berlaku, ini membenarkan lagi kenyataan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa tindakan UMNO ini akan mencepatkan kejatuhan UMNO bukan sahaja di negeri Perak tetapai di seluruh negara amnya.
Selain menghadapi beberapa tindakan saman dan injuksi mahkamah yang difailkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruce bersama 12 panel peguam, kerajaan baru pimpiunan Datuk Dr. Zambry itu berdepan dengan satu lagi masalah besar iaitu perlu melepasi halangan dari Speaker DUN yang kini disandang oleh ADUN dari Tronoh, V. Sivakumar.

Ini kerana jawatan Speaker Dewan Undangan Negegi (DUN) Perak tidak boleh dilucutkan dengan usul undi tidak percaya; walaupun jumlah ADUN BN pada masa itu 28 kerusi berbanding 27 Pakatan Rakyat (tidak termasuk 1 kerusi Speaker).

Jawatan Speaker hanya kosong apabila V. Sivakumar meletak jawatan secara sukarela atau meletak jawatan sebagai ADUN (yang menyebabkan beliau tidak layak memegang jawatan). Perkara ini telah dijelaskan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Speaker DUN dibolehkan (jika dia mahu) menghalang bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat parti dari menghadiri persidangan dan ini amat menyukarkan BN untuk memperolehi suara majoriti.

Sekiranya Speaker DUN meletakkan jawatan atas apa juga alasan, Dewan Undangan Negeri akan menjadi badan perundangan yang tergantung kerana undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan Speaker DUN kecuali bagi tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, MB kerajaan BN, Datuk Dr. Zambry tiada pilihan lain selain memohon perkenan pihak istana untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi pelihanraya semula bagi seluruh negeri Perak.

Friday, February 13, 2009

DPMM Perak Cadang Sediakan Pinjaman Perniagaan

Ipoh 13 Feb : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Perak hari ini menggesa supaya kerajaan persekutuan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan pakej pinjaman khas kepada peniaga seperti yang dilakukan pada tahun 1985 dsn 1997.
Perkara ini dinyatakan oleh Yang Dipertuanya, Datuk Muhamad Mahiyudin Abdullah; bagi tujuan peniaga-peniaga di pelbagai sektor dapat menangani tamparan krisis ekonomi yang melanda dunia global masa kini.
Beliau berharap kerajaan dapat menambah sejumlah RM 30 bilion ke dalam pakej rangsangan ekon0mi yang akan dilancarkan Mac ini. Masalah ekonomi yang melanda negara menyebabkan banyak syarikat berdaya maju bakal gulung tikar akibat tekanan institusi kewangan bagi melangsaikan pinjaman.

PRK BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU 7 APRIL

13 Feb : Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April 2009. Manakala hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi tersebut telah ditetapkan pada 29 Mac depan.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof setelah mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini. Ini bermakna kedua-dua PRK ini diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO; dimana nanti ia merupakan PRK yang pertama yang akan berlangsung diera pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau selepas Perhimpunan Agung UMNO itu nanti.

Thursday, February 12, 2009

PRK BUKIT GANTANG : BN UTAMAKAN CALON TEMPATAN

12 Feb : Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan menyaksikan BN akan diwakili oleh tokoh tempatan, setelah BN tidak berjaya memenangi kerusi tersebut pada PRU12 menerusi calonnya Datuk Azim, Bendahari UMNO Malaysia.
Ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Shaarani Ismail; yang mengesahkan kekalahan BN pada pilihanraya yang lepas disebabkan wakil dari luar. Tetapi BN Perak belum mengesahkan mana-mana calon yang akan dilantik.
Manakala desas-desus dikalangan penyokong-penyokong PAS setempat, nama Ustaz Idris Ahmad disebut-sebut bakal terpilih menjadi calon amat kuat sekali; berbanding nama-nama lain seperti Ustaz Nor Azli Musa dan mantan MB Perak yang digulingkan, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tuesday, February 10, 2009

2 PILIHAN RAYA KECIL DALAM WAKTU TERDEKAT

10 Feb : Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlangsung dalam waktu terdekat. Satu kekosongan kerusi Parlimen berlaku di Bukit Gantang, Perak ekoran kematian Ahli Parlimennya, Ustaz Roslan Saharom semalam; dan satu lagi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah, melalui perletakan jawatan ADUN V. Amurugam serta-merta hari ini,
Tarikh PRK itu akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diputuskan dalam waktu yang terdekat.

4 MUKA BARU EXCO BN PERAK DILANTIK

Kuala Kangsar, 10 Feb : Enam exco kerajaan baru Perak dibawah pentadbiran BN termasuk empat muka baru, mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar pagi ini di hadapan Sultan Perak.
Senarai exco yang mengangkat sumpah dan portfolio masing-masing seperti berikut :
Hamidah Osman, ADUN Sg. Rapat : Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Komunikasi, Pelancongan Dan Hal Ehwal Wanita.
Datuk Ramly Zahary, ADUN Manong : Kemudahan Awam, Tenaga Dan Air.
Dr, Mah Hang Soon ADUN Cenderiang : Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengankutan Awam Dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Datuk Shaarani Mohamad, ADUN Kota Tampan : Jawatankuasa Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan Dan Kebajikan.
Mohd Zahir Abd Khalid, ADUN Kamunting : Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi.
Zainol Fadzi Paharudin, ADUN Sg. Manik : Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan.
Hanya Ramly dan Shaarani muka lama yang dikekalkan dalam barisan exco negeri Perak.

Monday, February 9, 2009

USTAZ ROSLAN SAHAROM MININGGAL DUNIA


Changkat Larang, 9 Feb : Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Roslan Saharom meninggal dunia hari ini.Allahyarham telah diserang sakit jantung ketika berbasikal berhampiran rumahnya di Changkat Larang, Batu Gajah, Perak,

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun dan 10 orang anak. Dengan ini satu Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Antara kerusi DUN yang terdapat dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang ialah Changkat Jering yang diwakili oleh Osman Jailu yang keluar PKR untuk menyokong BN bersama seorang lagi ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi.

Dalam pilihanraya yang lalu Ustaz Roslan telah menewaskan Bendahari UMNO, Datuk Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi dan Datuk Azim mendapat 18,499 undi, manakala calon BEBAS, M Morgan mendapat 872 undi.

Majoriti pengundi kawasan Parlimen Bukit Gantang adalah Melayu mewakili 63 peratus, manakala selebihnya Cina 27 peratus dan India 10 peratus.

Sunday, February 8, 2009

ADUN PKR HILANG LAGI

9 Feb : Dari sumber Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah. V. Arumugam telah mengemukakan surat perletakan jawatan untuk memberi laluan pilihanraya akan di adakan di kerusi DUN Bukit Selambau.
Difahamkan V. Arumugan tunduk ekoran tekanan hebat daripada Barisan Nasianal supaya beliau melompat parti meninggalkan perjuangan PKR. Beliau juga dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, sekarang beliau tidak dapat dihubungi kerana diberitakan keluar negeri.
Perletakan jawatan V Arumugam, jika disahkan hari ini ahak mengesahkan lagi spekulasi sepanjang bulan ini beliau mahu atau dipaksa menyertai BN. V. Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa antara lain, terdapat cubaan untuk menculiknya. Dakwanya, beliau dan pegawainya telah mendapat banyak ugutan ugutan.
"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polis itu.

HARON DIN SANGGAH MUFTI PERAK


Petaling Jaya, 8 Feb : Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato' Dr. haron Din menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengeluarkan kenyataan yang sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka didapati tidak menepati tugasnya sebagai mufti yang hanya wajib memihak kepada Islam dan bukannya memihak kepada mana-mana individu apalagi memihak kepada kepentingan politik tertentu.


Menurutnya, tindakan seumpama itu akan mengundang kekeliruan dikalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masalah keagamaan. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan mufti ekoran keengganan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar meletakkan jawatan.


"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak berlaku seumpamanya sebelum ini dimana mufti memihak kepada mana-mana politik. Sepatutnya sebagai seorang yang diberikan tanggungjawab menjaga kepentingan agama, mufti tidak boleh terjebak dalam kancah politik, selain memihak kepada kebenaran Islam yang satu," katanya selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat anjuran kerajaan negeri denga kerjasama dengan Unit Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agana Islam Negeri Kelantan di PUTIK, semalam.

Friday, February 6, 2009

CARA TUBUH KERAJAAN BARU PERAK BERMASALAH - SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya kesahihannya kerajaan baru itu dipersoalkan.
Seterusnya SUHAKAM mengulangi pendirian hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

NIZAR MASIH MB PERAK - Tengku Razaleigh


7 Feb : Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri atau melalui usul undi tak percaya padang sidang Dewan Undangan Negeri; kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Usul tidak percaya dalam persidangan DUN sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar dari jawatan itu. Selain daripada itu, tak kiralah berapa banyak angkat sumpah dijalankan, lompat melompat. sidang akhbar atau perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan yang dibuat ke atas persoalan itu tidak akan terpakai.," katanya.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun."

Beliau menambah, kerajaan yang sah dari segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat, dan hanya rakyat yang menentukannya. Untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru tanpa melalui pilihanraya atau usul undi tak percaya adalah bererti melanggar perlembagaan, melanggari undang-undang bererti berisiko menubuhkan kerajaan haram.

CATATAN 2 : KITA KENA AKUR KEPUTUSAN SULTAN

Masa catatan ini ditulis Majlis angkat sumpah MB Datuk Zambry sudah berlangsung. Tahniah teman ucapkan; walaupun ramai rakyat mempersoalkan peralihan kuasa kerajaan Negeri Perak ini. Di Kuala Kangsar khabarnya ramai rakyat berkumpul tanda protes dalam kemelut politik yang sudahpun berlaku. Beberapa tembakan gas pemedih mata juga telah dilepaskan oleh pihak polis untuik menyuraikan kumpulan protes supaya bersurai. Semoga tidak ada peristiwa buruk yang di negeri teman yang bakal menjadi catatan tragedi hitam.
Benda yang dah berlaku kita hanya boleh jadikan iktibar. Apapun juga keadaan kita kena akur dan setuju (walaupun kita tak puas hati) dengan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak. Keputusan tepat; mengikut saluran demokrasi yang diamalkan di negera kita.
Kenapa teman berkata demikian?
Senario pergolakan politik di Perak mula tercetus angkara dua ADUN dari Pakatan Rakyat Sendiri. Kegelisahan rakyat dan suasana tidak tenteram telah ditimbulkan oleh mereka berdua dan ditambah dengan tindakan ADUN daripada DAP (teman lihat kemasukan ADUN Jelapang ini bertujuan untuk kepentingan masyarakat Cina apabila terbentuknya kerajaan baru dibawah BN - DAP pun tak berapa marah dengan wakilnya ini / macam setuju je?). Dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti; tiga wakil setakat ini berpendirian penuh menyokong BN, jadi amalan demokrasi membenarkan peralihan ini.
Dalam keadaan ini tidak memungkinkan Sultan Perak untuk memihak kepada kerajaan gabungan Pakatan Rakyat. Kerana kemelut ini (lebih tepat kita sebut masalah) ditimbulkan dari kalangan mereka. Kita tidak boleh menyalahkan BN dalam masalah yang ditimbulkan oleh tiga ADUN ini. BN cuma mengambil kesempatan daripada masalah yang ada pada Pakatan Rakyat. Kerana kita memang kenal BN memang pakar dalam soal ambil kesempatan.
Rentetan dan keputusan ini teman rasa baik untuk Pakatan Rakyat. Andaikata keputusan mahkamah didapati ADUN Behrang dan Changkat Jering sabit kesalahan rasuahnya (rasa teman depa ni lepas atau kes asyik tertangguh macam kes Kasitah Gadam tu..-sebab ada kuasa dibelakangnya yang lebih besar dari kuasa mahkamah) atau perletakan jawatan yang difailkan oleh bekas speaker DUN Perak dari PR (setakat ni speaker baru belum dilantik) itu sah; maka 3 DUN akan kosong maka ada pilihanraya lagi. Kalau PR menang negeri teman dapat MB baru lagi kalau Nizar Tuanku tak terima lagi. Dasyat negeri teman kalau hal ini berlaku. 1 penggal Perak diperintah oleh 3 orang Menteri Besar, Tak mustahil ini berlaku.
Kata Tajol Rosli permainan baru bermula. Masa tu BN kena 1 gol (ketika ADUN Bota melompat), kini BN dapat sumbat 3 gol sekali gus. Kedudukan semasa BN 3- PR 1. Cuma kita tak tahu sekarang ini perlawanan sampai kat mana; samada baru separuh masa pertama atau separuh masa kedua atau masa kecederaan atau perlawanan dah tamat. Pengadilnya tak ada. Sebab mereka pakat main tak pakai pengadil. Tapi pengadil yang sah bagi teman ialah rakyat negeri Perak (kalau ada rakyat negeri lain pun, itu teman istilahkan pengadil hantu).
Tapi jangan lupa pada peminat bolasepak YOB Kejor, 10 Februari ni serbu stadium Perak kita tengok Perak vs Kelantan (BN vs PAS pulak). Ustaz Azli Musa (pemangku Pengusus Pasukan Perak) mesti datang tau.
Kita sama-sama berharap agar negeri kita sentiasa aman dan makmur sentiasa. Rakyat Perak jangan banyak gaduh-gaduh. Jalani hidup seperti biasa.
Cakcebor : PR atau BN perintah masuk stadium free jugak.

Wednesday, February 4, 2009

Catatan 1 : IKTIBAR BARU UNTUK PEJUANG PAS

4 Feb : Hari ini teman berada di Sungai Dulang satu kampung dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh; bersama beberapa orang rakan atas misi menakluk udang galah si penyepit biru. Dalam keasyikan melayan sentapan sang jenggo bertalu-talu sms di handphone murah tapi amat berharga pada diri teman.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Tumbang", satu-satunya sms yang membuatkan teman hilang mood melayan sentapan sang penyepi biru. Semacam je bunyinya tapi membawa pengertian yang bermacam-macam dibenak teman. Atas bot mana teman nak dapat info yang benar-benar boleh diakui kesahihannya.
Apake he nye Yob? Rentetan dari kehilangan dua exco dan tragedi lompat katak ADUN Bota beberapa hari yang lalu, memberikan impak yang bukan sedikit dalam senario politik di negeri teman. Dalam hal ini teman terbayangkan macamana situasi MB Perak menangani kemelut dari tindakan rakan seperjuangan dari parti PKR dan DAP (juga seorang ADUNnya ikut menjadi katak); disusuli pula aksi lompat lagi ADUN Bota balik ke BN tak sampai 10 hari (barangkali nak pecahkan rekod lompat Ibrahim Ali); menambahkan parah lagi kerajaan Pakatan Rakyat.
Paling tidak kita kena akui kelicikan politik Datuk Seri Najib (bakal PM baru kita?) dalam hal ini; setelah dimalukan sebanyak dua kali melalui PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Baru menyandang beberapa hari Ketua Perhubungan BN Negeri Perak; Negeri Perak bakal dimiliki. Ini Pak Lah tak boleh iri. Anwar Ibrahim kena atur startegi agar tidak menggigit jari.
Kesetiaan sokongan ditagih dari pengundi; tapi pemimpin yang cabut lari. Ini bermakna rakyat telah dikhianati. Pemimpin PKR dan DAP memilih kepentingan diri, janji lepas tengkok sendiri. Adakah orang seperti ini kita nak lagi percayai...?
Bagi teman PKR dan DAP telah gagal memilih pemimpin yang berkualiti; tapi kemahuan sentiasa mesti hendak dituruti. Untuk pejuang PAS nak terus undi jugakah parti macam ni..? Kepada MB Nizar teman tabik cara beliau menangani masalah ini; cuma orang kelilingnya cuba nak menonjol diri. Ikhtiar DAP kita kena tolak ke tepi, kerana ia tidak memberi apa-apa erti. Dalam usaha ini depa gelabah macam orang baru terjaga dari mimpi. Barangkali dah siap nak cabut lari. Bila ada masalah MB Nizar kena buat sendiri. Sekiranya tumbang MB Nizar berada dalam kelas yang tersendiri.
Cakcebor - Nak tolong tak ada upaya diri.

Tuesday, February 3, 2009

PENYERTAAN IPOH INTERNATIONAL RUN 2009 DIBUKA SEKARANG

Acara tahunan IPOH INTERNATIONAL RUN 2009 akan diadakan pada hari Ahad 5 Julai 2009. Maklumat mengenai borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada waktu pejabat, atau hubungi talian 05-2083664.

KERAJAAN AKAN BANTU INDUSTRI TERNAKAN

Pengkalan Hulu, 3 Feb : Kerajaan akan mengambil beberapa langkah untuk membantu syarikat swasta mempertingkatkan penternakan kambing sebagai usaha menampung bekalan daging kambing di negara ini.
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamad berkata 90 peratus daging kambing yang ada dipasaran adalah daging impot.
"Kerajaan akan membantu syarikat yang mampu membuktikan projrk ternakan kambing sebagai satu bidang perniagaan yang menguntungkan," kata belia dalam lawatan ladang pembiakan Perfect Agro Sdn. Bhd. di Kampung Bukit Serdang dekat sini baru-baru ini.
Beliau berkata akan memanggil lebih 30 orang penternak kambing dari seluruh negara bagi mengenalpasti keperluan bantuan kepada pengusaha berkenaan.

TIADA PILIHANRAYA UNTUK DUN BEHRANG DAN CHANGKAT JERING

3 Feb : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa telah kosong melalui perletakan jawatan masih kekal disandang wakil rakyat dari PKR. Susulan itu tiada pilihanraya kecil di kerusi itu kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa di bawah Perkara 36(5) perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Dalam mesyuarat khasnya hari ini, SPR memutuskan wujudnya keraguan pada surat perletakan jawatan Jamaluddin dan Osman; masing-masing ADUN Behrang dan Changkat Jering.

Monday, February 2, 2009

KEPUTUSAN 2 DUN PERAK DITENTUKAN ESOK

2 Feb : Kedudukan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering masih dalam keadaan teka-teki. Difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat esok bagi menentukan kedudukan kedua-dua ADUN yang dilaporkan telah meletak jawatan semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu perlu dibincangkakn dengan teliti berikutan terdapat percanggahan fakta yang ketara sehingga menimbulkan kekeliruan; kerana pada petang semalam Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dalam kenyataannya mengumumkan bahawa ADUN Behrang dan ADUN Cahangkat Jering telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Bagaimanapun kedua-dua ADUN adari PKR yang menghilangkan diri sejak 26 Januari lalu menafikan kenyataan Speaker DUN Perak bahawa mereka telah meletakkan jawatan serta-merta.

Sunday, February 1, 2009

DUA ADUN PKR NAFI LETAK JAWATAN

1 Jan : Dua ADUN PKR masing-masing mewakili kawasan DUN Behrang dan Changkat Jering manafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan serta-merta hari ini.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu berkata surat perletakan jawatan yang dimaksudkan oleh V.Sivakumar itu telah ditandatangani pada 8 Mac tahun lalu. Surat yang tidak bertarikh itu telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai BN.
"Nampaknya surat ini telah digunapakai untuk mengumumkan bahawa kami telah meletak jawatan" kata Jamaluddin.
"Saya dan Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan diri untuk keluar parti, calon BEBAS pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai UMNO" tambah beliau.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas di mana beliau berada dalam tempoh orang ramai memperkatakan kehilangan beliau.

TIMBALAN SPEAKER PULAK HILANG

1 Feb : Senario politik negeri Perak terus bergolak. Sebelum ini 2 ADUN PKR dikhabarkan telah menghilangkan diri, kali ini Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pula hilang.
Timbalan Speaker DUN Perak itu, Hee Yit Fong 46 ADUN DAP Jelapang, hari ini telah mencetuskan spekulasi baru kemungkinan besar beliau melompat meyertai MCA. Desas-desus mengenai perkara ini sudah kedengaran sejak Mei tahun lalu. Hee juga dikatakan tidak sehaluan dengan pemimpin DAP Perak terutamanya pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

KEDUDUKAN 2 ADUN PKR PERAK MASIH DALAM TEKA-TEKI

1 Feb : Kedudukan 2 ADUN PKR Perak sehingga kini masih dalam teka-teki; sama ada telah menyertai BN atau sebaliknya. Sejak beberapa hari lalu timbul pelbagai spekulasi mengenai kedua-dua exco terbabit yang dikatakan ingin menyertai BN ekoran tindakan susulan ADUN Bota yang bertindak menyertai PKR minggu lepas.
Mulai 25 Januari lalu kedua-dua ADUN tersebut dikatakan telah menghilangkan diri dan sukar untuk dihubungi. Dari sumber yang dipercayai kedua-dua ADUN lebih rela mengosongkan DUN yang diwakilinya daripada melompat ke parti Barisan Nasional atau mewakili BEBAS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kemungkinan untuk dua ADUN PKR ini menyertai BN amat cerah; ekoran desas-desus yang menyatakan mereka kini berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya.