Sunday, June 28, 2009

Tak ada ke sape-sape anjurkan muzakarah dua tokoh ini untuk kepentingan agama Islam. Cari jalan penyelesaian mencari kaedah  bagaimana undang-undang Islam dapat dimartabatkan di negara kita, Malaysia.

Friday, June 26, 2009

FAUZI ABDULLAH : CALON PAS PRK MANIK URAI

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.


KERAJAAN PERPADUAN TAK JADI : MUFTI PERAK PULAK YANG KECEWA

"Masa PR perintah dulu, habuk tak panggil teman ceramah kat rumah MB. Time mike baru teman merase.. Itu yang teman marah sangat tu.."

Sah Kerajaan Perpaduan yang digendang-panaskan tak jadi kenyataan. Eloklah tu. Ahli-ahli akar umbi semua sangat gumbira.Tapi entah apa pulak Mufti Perak kecewa pasal Kerajaan Perpaduan tak jadi. Pelik pulak teman dengan perangan Mufti Perak sejak kebelakangan ni.. Entak ler kome..!

Sampai dalam kartun pojok Utusan menyatakan Pak Mufti tak selera makan untuk beberapa hari.

MICHAEL JACKSON 1958-2009

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.


Wednesday, June 17, 2009

LEE KUAN YEW PUNYA SUKA

" Hari ni wa manyak suka.. Wa pusing 1Malaysia. Sibab wa punya idea, Malaysia sudah pakai ma..! Apa beza Malaysia For Malaysian sama 1Malaysia maa.. "

Monday, June 15, 2009

LELAKI IDAMAN

Entri kali ini sangat berguna kepada kaum lelaki, apa tidaknya- dengan adanya entri ni sekurang-kurangnya memberi sedikit panduan kaum adam untuk menilai diri sendiri agar menjadi idaman kepada kaum hawa.. Bersama ini disenaraikan beberapa ciri-ciri lelaki idaman wanita. Antaranya :


Lelaki tulen  :  Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

Lelaki yang berharga :
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa : Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana  :
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik :
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian : Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih : Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung

Lelaki yang cerdik :
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap : Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak : Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah :
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan :
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik : Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan : Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi :
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria :
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

NIZAR DIARAH KELUAR DEWAN

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melilit kain bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di Dewan Rakyat pagi tadi. Beliau melaungkan "Bubar DUN" sambil disambut rakan pembangkang lain hingga persidangan kecoh. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa memerintahkan mereka keluar selepas enggan membuka lilitan itu.
Cakcebor : Enggan kalau diperintah buka seluar.

Saturday, June 13, 2009

APA KATA YB JAMAL


CAMRY PUNYA HAL

Saya ada sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerjaan Terengganu pada masa itu nak tukar Mercedez, itu kerajaan BN. Ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan Undangan Negeri dia sebut 10 buah Camry yang bernilai RM 920,000 tapi bila mesyuarat exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tidak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baruRM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana. Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut saja pasal kereta, Ngeh Kor Ham kata Camry baik, itu baik ini baik. Macam-macam lagi hujahnya. Daripada 10 buah, keputusan tempahannya 15 buah. Walaupun sebelum ini dia setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh.., dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.

ISU RUMAH KOS RENDAH

Semua ini berlaku dalam mesyuarat exco. Soal rumah murah, kerajaan Barisan Nasional banyak luluskan tapi belum dilaksanakan. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat. Daripada rumah kos rendah  kepada rumah kos sederhana atau banglow. 

Saya sebut dalam mesyuarat exco. Kerajaan Bn dulu rancang benda yang baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Saya sebutkan pada Nizar usaha tukar syarat tanah menyebabkan orang Melayu tidak ramai berkemampuan untuk memiliki hartanah di bandar, mereka akan terus terpinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Dalam isu ini yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Meng dan Ngeh, Yang menolak saya dan Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju dan yang lain berkecuali. Saya tulis nota kepada Nizar jangan amalkan undi angkat tangan. Melayu ada tiga orang saja dalam exco, termasuk Nizar ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan. Saya bantah hendak tukar syarat rumah kos rendah kepada kos sederhana atau banglow. Semua cadangan tukar syarat itu datangnya daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Namun kalau ada permohonan daripada syarikat Bumiputra, ada saja yang dipertikaikan oleh Ngeh. Nizar setuju walaupun Pengarah PTG beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupan cadangan dibuat untuk ditolak. Tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan maka Nizar pun setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) lulus berapa C (Cina) lulus berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggalah pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri. Cuma bila permohonan datang dari C saya terus jerit LULUSKAN sajalah. Bila permohonan dari M saya jerit TOLAK saja. Tujuan sya nak memperli Nizar supaya dia sedar. Tapi dia tak perduli pun. Nampak sangat dia takut pada Ngeh.

HAK MILIK TANAH KG. BARU 999 TAHUN

Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah cadangan itu kerana tidak ada dalam manifesto PKR. Saya sebut pada Nizar; jangankan 999 tahun..99 pun kita akan kena kritik hebat. Tapi kerana nak jaga kehendak DAP Nizar turut juga. Sampaikan saya kata UMNO dah 50 tahun memerintah baru rakyat tolak mereka tapi pakatan baru 11 bulan. Sampai saya dengar di kantin pegawai-pegawai  dah mula bersungut pasal pemberian hakmilik 999 tahun sebagai melampau.

Ekoran itu saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah, balak dan semua tender. Jadi saya tanya bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu peluang Bumiputera khususnya Melayu bila nak dapat.

Bila kita hujah sikit dia mendiamkan dirinya. tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum saja. Dalam pemberian tanah kepada sebilan buah sekolah Cina. Saya sebut kepada Nizar tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000 setahun, kenapa nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh daripada nak beri 1000 ekar kepada 1000 hektar. Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar Nizar pun setuju juga.

Berdasarkan pengalaman 11 bulan  bersama mereka. Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanyan dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya nak duduk jawatan exco,apa kata Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dulu dari kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa yang kita dapat? Habis wang ringgit sendiri untuk parti.., hari ini dapat RM 14,000 sebulan besar sangatkah?

ZAID IBRAHIM SERTAI PKR

 Pengumuman oleh Anwar Ibrahim mengenai kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim ke dalam PKR menepati ramalan sebelum ini yang bekas menteri UMNO itu akan memilih PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.Anwar mengumumkan kemasukan Zaid Ibrahim (foto) dalam PKR dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini.
Sudah pasti dengan penyertaan Zaid itu ia sedikit sebanyak memberi sumbangan tenaga profesional ke dalam Pakatan Rakyat, khasnya PKR. Memang sesuai dan kena dengan latar belakang dan semangat perjuangan Zaid beliau memilih PKR, bukan Pas maupun DAP.

Zaid selepas dipecat dari Umno kerana sikap vokalnya mempertahankan demokrasi telah menunjukkan minatnya kepada PKR dengan menghadiri beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat termasuk tampil dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Penanti yang baru lalu. 

Sudah tentu sebagai rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, Zaid juga akan turut turun ke Manik Urai pada bulan hadapan berkempen bagi memastikan calon Pas. 

Penyertaan bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati para penyokong Pas yang kecewa amat sangat dengan tindak tanduk ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas tetapi akhirnya 'menungging punggung' kepada parti Islam itu.

Bagi PKR sendiri seperti mana ulas Anwar, Zaid akan turut memberi kepakaran yang beliau ada untuk menyemarakkan lagi perjuangan PKR. Untuk memastikan peranan Zaid meluas dalam PKR beliau akan dilantik menjadi ahli MPT parti berkenaan.

Umno sudah pasti akan memberi ulasan negatif atas penyertaan Zaid itu namun apa yang pentingnya penyertaan itu seperti ujar Anwar ia satu penghormatan kepada PKR yang semakin mendapat kepercayaan rakyat kini.
.
Cakcebor : Teringat Datuk Nasha Bota.

Tuesday, June 9, 2009

NEGARA PERPADUAN RESAHKAN AKAR UMBI

Kenapa Isu Negara Perpaduan digembar-geburkan sejak kebelakangan ini. Untuk apa? Apa maksudnya? Semua orang UMNO masuk PAS? Atau semua orang PAS masuk UMNO? Atau UMNO dan PAS bergabung lalu terbentuk parti UMPAS (sedap kalau dipanggil hampas). PAS tak dapat apa-apa keuntungan sedikitpun daripada isu ini. Juga PAS tak untung apa-apapun sekiranya perkara ini menjadi kenyataan (tapi kenyataannya memang TIDAK).
Yang pasti pengikut akar umbi semakin keliru. Perjuangan PAS bukan mengikut kehendak pemimpin. Pemimpin diamanahkan untuk memimpin realisasikan perjuangan parti. PAS jangan terjebak isu ini. Kelak PAS juga yang rugi.

Thursday, June 4, 2009

SRTUKTUR BUMBUNG LEMAH DIKESAN SEJAK SUKMA

KUALA TERENGGANU 3 Jun - Kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, apabila hal itu dirujuk kepada JKR, jabatan berkenaan memberi jaminan akan mengarahkan kontraktor mengambil tindakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berlangsung.

''Mesyuarat sudah diadakan, namun tiada tindakan. Tiga minggu lepas saya hubungi lagi timbalan pengarah JKR negeri minta hal itu disegerakan kerana bimbang tempoh jaminan akan habis.

''Dua minggu lepas JKR tulis surat kepada kontraktor untuk mengambil tindakan terhadap masalah itu," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. 

Menurut Ahmad, struktur bumbung yang lemah dikesan apabila ia bergegar ketika pasukan komando mahu memasang tali untuk pertunjukan 'abseiling' sempena perasmian stadium itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Jelasnya, disebabkan tidak yakin dengan kekuatan struktur bumbung stadium, pertunjukan 'abseiling' anggota komando dilakukan menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tegasnya, kerajaan negeri menerima kenyataan bahawa kejadian runtuhan itu telah berlaku dan akan melantik konsultan luar untuk melakukan siasatan selain konsultan yang dilantik oleh JKR.
.
Cakcebor : Nasib baik tak der orang yang tumpor.

EPISOD BERBEZA

Satu lagi episod yang memalukan Satu Malaysia di seantero dunia. Kalau dulu cerita pembunuhan kejam seorang wanita warga Monggolia mengejutkan kita dan juga dunia. Kini kita digemparkan pula sekali lagi dengan kisah Manohara dari Indonesia.

Kedua-duanya datang ke Malaysia berbekalkan dengan harapan yang menggunung tinggi. Seorang datang untuk menuntut janji, manakala seorang lagi datang untuk mengejar mimpi indah sebagai seorang puteri. Malangnya seorang dah mati dan seorang lagi dah cabut lari kerana tak tahan dizalimi.

Monday, June 1, 2009

SATU PAGI BERSAMA BOSS DAN KERANINYA

Alkisah ada seorg lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat yang besar di Ipoh. Pada suatu early morning tu.. Boss ini panggil la dia punya kerani masuk ke opisnya. Seperti biasa keraninya pun masuk la…

Boss : Tolong buatkan saya surat kit kita punya client..

Si Boss ini pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. Biasa la Boss.. malas nak tulis..cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. Sepuluh minit kemudian acara mengarang ayat pun habis.. si kerani pun mula bersuara..

Kerani : Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu pagar boss terbuka.

Boss : (dlm keadaan kelam kabut) Ye ke...? Tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..

Si keranipun blah balik ke meja dia..dan si Bosspun call rumah dia tanya wife dia..

Boss : Yang tolong tengokkan pagar rumah kita..pintu dia terbuka la..

Bini Boss : Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana ada terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok sekejap.

Bini Boss : Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??

Bini Boss : Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka nampaklah…mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat kerani dia tu..

Boss : Errr… tadi pagi masa you nampak pagar I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Kerani : Tak.. yg I nampak cuma ada MINICOOPER ngan dua tayar depannya pancit!!!!!

PKR MENANG DI PRK PENANTI


Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah calon BEBAS yang penuh glamor hanya mendapat 392 undi, Khan Ari 404 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Kesemua mereka hilang wang pertaruhan sebanyak RM5,000.

SILAP HARIBULAN MALAYSIA ADA 2 PM

Bermula di Perak yang mempunyai 2 MB dan 2 Speaker, kini PPP pulak dah ada 2 Presiden Parti. Dengor pulak khabarnya negeri Terengganu pulak bakal mengikut jejak Perak mempunyai 2 MB.

Kita tunggu pada bulan Ogos nanti. Speaker Sidang Dun kena prepair; takut kena usung keluar macam Speaker Sivakumar.

Silap haribulan Malaysia pula ada 2 Perdana Menteri. Malaysia Boleh..!

Cakcebor : Ada orang ada 2 bini. Satu hidup, satu sudah kasi bom dengan C4.