Sunday, February 8, 2009

HARON DIN SANGGAH MUFTI PERAK


Petaling Jaya, 8 Feb : Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato' Dr. haron Din menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengeluarkan kenyataan yang sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka didapati tidak menepati tugasnya sebagai mufti yang hanya wajib memihak kepada Islam dan bukannya memihak kepada mana-mana individu apalagi memihak kepada kepentingan politik tertentu.


Menurutnya, tindakan seumpama itu akan mengundang kekeliruan dikalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masalah keagamaan. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan mufti ekoran keengganan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar meletakkan jawatan.


"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak berlaku seumpamanya sebelum ini dimana mufti memihak kepada mana-mana politik. Sepatutnya sebagai seorang yang diberikan tanggungjawab menjaga kepentingan agama, mufti tidak boleh terjebak dalam kancah politik, selain memihak kepada kebenaran Islam yang satu," katanya selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat anjuran kerajaan negeri denga kerjasama dengan Unit Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agana Islam Negeri Kelantan di PUTIK, semalam.

No comments:

Post a Comment