Monday, April 27, 2009

PRK DUN PENANTI 31 MEI

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.  Merayu undi hanya dibenarkan di dalam kenderaan sahaja.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.

Saturday, April 25, 2009

CATATAN DARI BLOG AMY SEARCH

Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni..
Sampaikan Siti Nurhaliza dan suami juga terpaksa membuat penafian berbagai-bagai hanya kerana hadir menziarahi Tok Guru yang kurang sihat. Ek eleh..
Secara jujurnya, aku melihat Tok Guru bukan sebagai seorang ahli politik tetapi sebagai seorang tokoh ulama yang aku hormati dan aku segani. Dalam setiap perbualan dengan Tok Guru dan dalam mendengar nasihat dan pendapat yang beliau kemukakan, hati aku sentiasa sayu dan tersentuh. Pada aku, he is such a great man..
Untuk kesekian kalinya - aku seorang artis profesional yang akan hadir membuat persembahan di mana-mana majlis yang mengundang. Aku bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik. Aku menghormati semua tokoh-tokoh politik yang ada. Seperti mereka, yang punya tanggungjawab untuk berpolitik dalam menentukan masa depan kita, aku juga punya tanggungjawab untuk menyanyi dan membuat persembahan. Can we not just leave it at that?

Phewwiitt..

Wednesday, April 22, 2009

AFIDAVIT NIZAR DEDAH PERBINCANGAN DENGAN SULTAN PERAK

Sultan Azlan Shah (gambar) didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Itulah antara isi kandungan afidavit yang difailkan oleh DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Beliau memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika mengadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.
Nizar menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.
Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah “meletak jawatan”.
Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran “Innallaha maa Sobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).
Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.
Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan DUN

DR. MAHATHIR CALON BN DI DUN PENANTI?

Beberapa hari lalu Najib dalam laporan media tidak menolak kemungkinan untu tidak menyertai PRK Penanti sekiranya diadakan nanti. Dr. Mahathir pulak tak sependapat. Apa yang Najib nak susah hati, letak saja Dr. Mahathir jadi calon, habis cerita.
Ezam pun dah siap bungkus kotak-kotak dia nak bawa berkempen kat Penanti. Ezam pun suka sangat jika ada PRK. Kalau tak ade PRK nanti orang lupa kat dia..!

Tuesday, April 21, 2009

CALON PAS PALING SESUAI UNTUK PRK DUN PENANTI

Sekiranya piliharaya kecil berlaku di DUN Penanti (sepatutnya berlaku sekiranya SPR tidak tunduk kepada PM) calon dari PAS adalah yang paling layak mewakili Pakatan Rakyat berbanding calon dari DAP dan PKR. Sekiranya Pakatan Rakyat masih menganggap kerusi DUN Penanti itu hak PKR, perkiraan itu mungkin silap.
PR harus mengakui, kemenangan besar pembangkang dalam PRU12 bukannya disebabkan oleh BN lemah atau pembangkang terlalu kuat. Sebagai contoh kemenangan calon PKR bertaraf Cap Ayam di DUN Behrang dan Dun Changkat Jering (Gambar : Fairus, seorang lagi pemimpin PKR Cap Ayam dari PKR selepas Jamaluddin dan Osman Jailu); yang mana kedua-duanya tidak mampu mengangkat martabat parti yang diwakilinya tetapi gelojoh mengejar kepentingan peribadi. Wakil kelas ini banyak terdapat dalam cawangan-cawangan UMNO yang sepatutnya tak perlu PKR pilih.

Jangan samakan senario yang menyebabkan berlakunya PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau dengan senario yang berlaku di Penanti. Silap besar kalau Pakatan Rakyat terutamanya PKR menganggapnya sama. Gelombang Makkal Sakhti telah mengangkat wakil PKR memenangi kerusi DUN Penanti. Sekiranya PKR meletakkan juga calon pada PRK itu nanti, mungkin PKR kehilangan kesaktian yang dimandatkan oleh rakyat seperti PRU12 dulu.

Monday, April 20, 2009

UMNO NAK RAMPAS KUASA UMNO DI TERENGGANU

Apa nak jadi dengan UMNO sejak kebelakangan nii..? Benda yang pelik-pelik yang nak dibuatnya. Dulu buat rampasan kuasa kat negeri teman dengan membelakangkan undang-undang. Kali ni..di negeri yang dikuasai UMNO pun UMNO nak rampas. Hai.. Penyamun nak lawan penyamun...! Apa pula sial yang akan melanda UMNO lepas ni?

Sunday, April 12, 2009

SABERY CHIK TERIMA HAKIKAT UMNO PARTI PEMBOHONG

Masa sibuk kempen PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang si menteri yang sinonim dengan jolokan Menteri Air Liur Meleleh menyeru pengundi di dua kawasan ini agar tidak memilih calon yang dari PARTI PEMBOHONG dan jangan pilih parti yang PEMIMPINYA PEMBOHONG. Tetapi si Sabery Chik kena terimalah hakikat bahawa pemimpin dan parti yang diwakilinya itu sebenarnya PEMBOHONG.
.
Cakcebor : Siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong lama-lama jadi menteri.

Wednesday, April 8, 2009

POSTER NIZAR KENA SIMBAH CAT

Orang UMNO dah mula fobia bila tengok gambar Nizar. Bila BN tumpor aje kat Bukit Gantang, orang UMNO mula naik sasau.. Untuk pengetahuan korang gambar Nizar ni terpaksa disimbah cat kerana takut membawa kemudaratan. Takut nanti ada orang UMNO mati eksiden kat situ pasal terkejut nampak muka Nizar.
Cakcebor : Dah masak dengan puak UMNO.

PAK LAH JADI LEMBU KORBAN UMNO

BN kalah di Bukit Gantang. BN kalah kat Bukit Selambau. Dulu BN kalah orang UMNO slahkan Pak Lah. Pak Lah lembik untuk mengepalai UMNO.. Patut segera turunkan Pak Lah ganti dengan Najib.
Kini Najib dah ganti Pak Lah. BN kalah jugak..! Lembikkah Najib...?
Cakcebor : Pak Lah boleh tidor lena sambil buat anak..

Tuesday, April 7, 2009

FOTO KENANGAN DARI BUKIT GANTANG

Mungkinkah sokongan mereka untuk UMNO selama-lamanya..?
.
Srikandi PAS sentiasa ceria

.
Suasana Hari Penamaan Calon
.

Sokongan Rakyat..
.

Ambik la..kerajaan bagi.. Pangkah parti mana, suka hati kita la..!

.
Kempen DSAI di Taman Kaya, Taiping
.
Berganding bahu..Menuju kejayaan...
.
Kalau tidak ada imbuhan.., kami tak mungkin berada di sini..!
.
Mereka datang tidak dibayar. Mereka ceria menyumbangkan tenaga.
.
Ir. Nizar tenang, ketika diprovok dan diejek oleh penyokong tegar BN
.
Ir. Nizar ketika diumumkan memenangi PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009

KEPUTUSAN PRK BUKIT GANTANG & PRK BUKIT SELAMBAU BUAT TUN DOLAH TIDUR LENA

Teman rasa Tun Dolah tidur lena malam ni. Lega rasanya.Sebab BN kalah dalam 2 PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bior rakyat tau.. punca kekalahan calon BN pada PRU12 yang lalu bukan sebab dia lemah. Tapi sebab UMNO yang lemah. Bior Dr. Mahathir tahu bukan Tun Dolah yang rakyat tak suka. Dr. Mahathir yang kata PM baru Najib yang terbaik pun tidak berani turun padang di dua kawasan pilihanraya tersebut untuk menarik sokongan pengundi terhadap kepimpinannya.
Bior Dr. Mahathir tau..kunjungannya di Bukit gantang dan Bukit Selambau tidak membawa erti yang besar pada BN. Dia sendiri mau ingat.. Sekarang sape yang lembik sebenarnya..?
.
DR. M PENGARUHI KABINET BARU NAJIB
.
Dikalangan pemerhati politik meramalkan kabinet baru yang akan diumumkan esok banyak dipengaruhi oleh keputusan Dr. M.ahathir; dengan mengenepikan calon-calon yang dilabel sebagai orang Tun Dolah. Menantu kesayangan Tun Dolah, Ketua Pemuda UMNO yang baru ,KJ dijangka tersisih dari senarai kabinet baru Najib. Anak kesayangan Dr. Mahathir, Mukriz yang kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda telah disenarai-pendekkan untuk memegang jawatan menteri penuh. Barisan kabinet itu nanti akan dicanang sebagai pilihan terbaik dan pilihan akar umbi kononnya.

KEPUTUSAN PRK BUKIT GANTANG TEPATI RAMALAN

Banyak pihak telah meramalkan keputusan PRK Bukit Gantang akan berpihak kepada PAS melalui calonnya Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar. Malah dikalangan orang UMNO pun ramai yang meramalkan begitu. Calon yang disenangi dan mesra rakyat ini telah menewaskan calon BN yang diwakili oleh Ismail Safian dengan majoriti 2789.
.
BUKAN FAKTOR CALON TEMPATAN

BN khususnya UMNO perlu sedar bahawa kekalahan BN pada PRU12 yang lalu di Bukit Gantang bukan kerana faktor calon luar, tetapi rakyat rata-rata sudah muak dengan kepimpinan BN yang penuh wayang dan sandiwara, ego dan sombong.

RAKYAT SEMBAH UNDI DERHAKA

Temberang BN yang memukul canang dan melaungkan Nizar Derhaka sedikitpun seolah-olah tidak memberi kesan untuk mempengaruhi rakyat Perak terutamanya pengundi di Bukit Gantang. Malah majoriti rakyat Bukit Gantang mempersembahkan Undi Derhaka menghukum UMNO yang membuat rampasan kuasa sehingga suasana politik yang kacau-bilau melanda negeri Perak.

Thursday, April 2, 2009

EZAM MUCUL LAGI TIME PILIHANRAYA

Namanya kejap ada kejap takde..! Tapi banyak masa dia tak ade. Time pilihanraya je dia tiba-tiba ada. Naik pentas untuk buat lawak yang sama. Pasal KOTAK. Kat Permatang Pauh cerita pasal kotak. Kat Kuala Terengganu cerita pasal kotak. Kat Bukit Gantang pun cerita pasal kotak. Tak habis-habis pasal kotak.
UMNO jemput Ezam untuk buat lawak selingan. Lawak pasal kotak. Tak ikut perkembangan semasa. Kalau kat Bukit Gantang cerita la pasal durian ke.., petai ke..atau pasal mee udang banjir ke..? Ada juga faedahnya promosikan pada pelancong. Barangkali pasal BN larang kempen sebut pasal raja dan Altantuya. Terpaksalah Ezam lawak pasal kotak-kotaknya.

Apa pasal UMNO tak suruh Ezam buat lawak kat Hospital Tg. Rambutan. Terhibur juga para pesakit mental kat sana..