Friday, January 30, 2009

MASTERI GUNA KAEDAH FONIK

Taman Meru : Pusat Pendidikan MASTERI akan menganjurkan buat kali ke-4 kursus mengajar menggunakan kaedah fonik untuk membantu anak-anak dapat membaca dalam tempoh yang siingkat.
Pengurus Pusat Pendidikan Masteri, Nur Asnawati binti Mohd Rafi berkata; melalui kaedah fonik iaitu pendekatan pembelajaran secara membunyikan perkataan merupakan kaedah unik supaya pelajar seawal umur 4 tahun boleh membeca dalam masa seminggu. Kaedah ini telah dibuktikan berkesan melalui kelas membaca yang dijalankan oleh Masteri kepada anak-anak berusia 5 tahun.
Tambah beliau, terdapat juga pelajar-pelajar kelas pemulihan berumur 10-12 tahun berjaya dipulihkan dalam masa sebulan di Pusat Pendidikan Masteri.
Mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan Pusat Pendidikan Masteri sila hubungi pejabat PPM : 05-5270182

PERAYAAN 150 TAHUN BATU KURAU - 7 FEBRUARI 2009

Batu Kurau 30 Jan : Pelbagai acara menarik akan menggamit pengunjung sempena Perayaan 150 Tahun Batu Kurau yang akan diadakan selama 3 hari di Dataran Kampung Paya di sini, mulai 7 Februari ini.

Sejarah awal mengenai Batu Kurau telah dibuka oleh Raja Hulubalang Pattani yang dikenali sebagai Toh Amar Wan Kasa dari Pattani, Thailand pada tahun 1859. Sejak dibuka sebagai sebuah perkampungan tradisional tetapi kini Batu Kurau seiring dengan arus pembangunan yang dikecapi negara.
Untuk keterangan lanjut mengenai sambutan Ulangtahun 150 Batu Kurau sila hubungi Saudara Hasbulah Alias 019-5256996.

TEMUI DSAI DAN ADUN BOTA DI STADIUM MINI BOTA

Bota 30 Jan : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan ceramah penerangan mengenai polotik semasa di Stadium Mini Bota malam ini bersama dengan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim.
Hari ini DS Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat tertutup dengan pimpinan kerajaan negeri dari gabungan Pakatan Rakyat di kediaman Menteri Besar Perak. Mesyuarat ini berkait rapat dengan senario politik negeri Perak masa ini ekoran tindakan kemasukan ADUN Bota dalam Pakatan Rakyat dan desas-desus yang mengaitkan kononnya dua ADUN PKR mahu menyeberang ke BN.
BN amat bersungguh-sunguh memancing dua ADUN PKR ini sebagai tindakbalas atas tindakan ADUN Bota menyertai PKR. Tindakan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin itu amat memalukan UMNO dan menjejaskan reputasi parti itu. Selaras dengan itu UMNO bekerja keras memancing dengan umpan yang lebih baik agar dua ADUN itu melompat parti.

BN KECUNDANG SEKIRANYA GAGAL TANGANI PPSMI DENGAN BAIK

30 Jan : Himpunan bantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dijangka akan dihadiri oleh ramai pencinta bahasa,akan diadakan di kompleks membeli-belah Sogo esok. Beberapa tokoh bahasa seperti bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Hassan Ahmad, penyair Dinsman, Prof. Dr. Abdullah Hasan dan penulis Ainon Mohamad akan turut serta.
Keempat-empat mereka menganggotai Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran 100,000 ala-BERSIH pada awal bulan Mac depan, untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Sasterawan Negara A. Samad Said yang diura-urakan akan turut serta dalam perhimpunan itu berkata, sekiranya demostrasi membantah PPSMI secara besar-besaran ini gagal, bantahan rakyat yang pelbagai akan diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13).
Satu lagi persatuan penulis, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) yang dianggotai oleh 24 persatuan penulis dari seluruh negara turut mengancam mengadakan "perarakan keranda 152", bagi tujuan yang sama pertengahan bulan Februari.
GAPENA juaga bertegas untuk mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung perlaksannaan dasar itu sejak tujuh tahun lalu yang didakwa melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan - yang menggariskan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Thursday, January 29, 2009

HARGA TIKET DI STADIUM PERAK TURUN

29 Jan : Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) menurunkan harga tiket perlawanan bolasepapak Liga Super dan Piala FAdi Stadium Perak mulai bulan Februari sebanyak 20 peratus.
Menteri Besar Perak berkata, harga tiket dikurang sebagai dorongan lebih ramai peminat-peminat memberikan sokongan kepada pasukan Liga Super Perak. Tanpa penyokong semangat sesebuah pasukan itu akan pudar, katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersama pemain Liga Super dan Piala Presiden di kediaman rasmi beliau baru-baru ini.
Harga tiket tempat dudud terbuka dikurangkan dari RM10 ke RM8, tiket Kelab Peminat dari RM8 ke RM6 dan tiket tempat duduk grand stand puda dari RM20 ke RM15.

3 FEBRUARI 2009 PERAK ISYTIHAR CUTI UMUM

Kerajaan Negeri Perak mengisytiharkan cuti umum pada 3 Februari 2009 (Selasa) bersamaan 7 Safar 1430H sempena Perayaan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

2 ADUN PKR INGIN BERUBAH ANGIN?

29 Jan : Laporan sebuah akhbar harian semalam, terdapat dua Exco Kerajaan Negeri Perak berura-ura akan menyertai BN. Tindakan memancing kedua-dua ADUN PKR itu adalah reaksi tindakbalas UMNO ekoran penyertaan ADUN Bota menyertai PKR pada 25 Januari lepas.
Kedua-dua ADUN PKR tersebut dikatakan tidak berpuashati atas dakwaan wujudnya dominasi dua ADUN DAP, Datuk Koo Ham dan Nga Kor Ming dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

CERAMAH AGAMA DR. HARON DIN DI KEDIAMAN MB PERAK

Ceramah Agama akan disampaikan oleh Dato Dr. Haron Din di Dewan Besar kediaman Menteri Besar Perak pada 1 Februari 2009 (Ahad) jam 2.30 petang. Orang ramai dijemput hadir.

Wednesday, January 28, 2009

TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN

Parit 28 Jan : Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak kerana rasa tanggungjawabnya terhadap tindakan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Beliau mengumumkan perletakan jawatan tersebut dalam majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin UMNO Parit semalam yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, timbalannya Yusof Nordin, Naib Ketua Bahagian yang merupakan Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja UMNO Negeri, Datuk Hasbullah Osman.
UMNO Negeri Perak berada dalam kemelut yang meruncing ekoran dari pengunduran ADUN Bota dari UMNO untuk menyertai KeADILan. Kemungkinan beberapa ADUN dari UMNO turut mengikuti jejak Datuk Nasaruddin ialah ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin; ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman; ADUN Pengkalan Bahru, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ADUN Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam.
Datuk Ahmad Fakeh Adam dikhabarkan turut berada di ibupejabat KeADILAN ketika ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim mengistiharkan keluar UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau membidas kerajaan persekutuan yang melengah-lengahkan peruntukan kewangan bagi setiap ADUN walaupun peruntukan sudah ada.
Seorang lagi ADUN dikatakan berdepan masalah peribadi, dan mungkin berdepan dengan pengistiharan tindakan muflis. Sekiranya perkara ini berlaku kedudukannya selaku ADUN akan digugurkan.

Tuesday, January 27, 2009

ZAHID HAMIDI TIDAK HORMAT KUASA SULTAN PERAK

Ipoh 28 Jan : Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor amat kesal ekoran kenyataan tidak profesional Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi yang melarang keras semua ketua jabatan agensi jabatan persekutuan di negeri ini dari menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri berkuatkuasa sertamerta.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor, Salman Salleh menyifatkan kenyataan Zahid Hamidi itu seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang melantik Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Mohammad Nizar. Zahid juga telah menafikan keputusan yang dibuat rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.
Kenyataan Zahid memberikan gambaran yang tidak sihat terhadap perkembangan Negeri Perak. Kami memohon semoga Allah SWT menyeamatkan negeri Perak dan DYMM Sultan Perak dalam menguruskan pemerintahan, tambah beliau.

TAWARAN KEDUDUKAN UNTUK ADUN BOTA

27 Jan : Kemasukan ADUN Bota, Dato' Nasaruddin dalam PKR amat membanggakan pucuk pimpinan parti keADILan kerana beliau adalah seorang yang mempunyai kelayakan akademik, pengalaman pentadbiran dan politik, berhemah boleh membantu memantapkan kepimpinan keADILan khususnya bagi negeri Perak.
Dato' Nasaruddin dikhabarkan ditawarkan kedudukan yang lebih baik sekiranya bersedia kembali kepangkuan UMNO. Pelawaan pertemuan dengan Perdana Menteri dan desakan berulangkali dari Dato' Seri Najib ditolak dengan baik.
Dato' Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas kepada ADUN Bota itu dan isteri melalui portal rasmi www.harapanmalaysia.com

Monday, January 26, 2009

ADUN BOTA SERTAI PKR

IPOH 26 Jan : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Nasaruddin Hashim telah mengistiharkan diri keluar UMNO untuk menyertai PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya. Tindakan ini merupakan tamparan hebat bagi BN Perak yang berusaha untuk mencuri sekurang-kurangnya 2 wakil ADUN dari Pakatan Rakyat untuk BN mentadbir semula Negeri Perak.
Dengan tindakan ini, kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN mempuntai 27 kerusi itu 26 UMNO dan satu kerusi dari MCA.
Dalam PRU 12 yang lalu, Nasaruddin Hashim menewaskan calon PKR, Kapten (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasaruddin memperolehi 6,556 undi. Nasaruddin berkata keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota.
Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar menyifatkan Nasaruddin,58 yang juga bekas Pengerusi FELCRA sebagai seorang yang berilmu, beriman dan berpengalaman. Beliau juga mendedahkan ada beberapa ADUN dari UMNO akan mengikuti tindakan ADUN Bota itu.

Friday, January 23, 2009

MB PERAK BIDAS KENYATAAN ZAHID HAMIDI

IPOH 23 Jan : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin membidas arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi agar Ketua Jabatan dan agensi kerajaan persekutuan tidak dibenarkan hadir dalam apa-apa program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Kata beliau, arahan Datuk Zahid Hamidi itu sebagai tidak menghormati semangat federalisma dan hak rakyat.
Rata-rata rakyat negeri Perak tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, kerana boleh membibitkan unsur-unsur perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Zahid diminta lebih profesional dalam mengeluarkan sebarang arahan bukannya mengikut emosi daripada orang yang kecewa.

Tuesday, January 20, 2009

KES BUNUH BENDAHARI MIC - POLIS TAHAN 8 SUSPEK

Ipoh 20 Jan : Polis menahan 8 lelaki bagi membentu siasatan kes pembunuhan Bendahari MIC pada 12 Januari lalu di rumahnya di Jalan Wayang, Buntong dekat sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua lapan suspek di tahan di Selangor atas maklumat yang diterima daripada orang ramai. Polis turut merampas enam bilah parang dan wang tunai sebanyak RM 1200, perakam DVD yang dipercayai disamun dalam kejadian tersebut. Sebuah kereta Proton WAJA yang dilarikan dalam kejadian tersebut ditemui dibakar di Jalan Besar Banting, Selangor dipercayai untuk menghilangkan bukti pembabitan mereka dalam kes berkenaan.
Mereka yang ditahan berumur dalam linkungan 20 - 30 tahun direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan lanjut. Polis juga sedang menjejaki dua suspek lagi bagi membantu siasatan. Mereka ialah N. Sarawanan, 34 dengan alamat terakhir di No. 70, Persiaran Muhibbah Jaya 3, Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput dan P. Vijayan 24 beralamat di No.27, Lorong Bendahara 38C, Taman Seri Indah, Klang, Selangor.
Beliau meminta orang ramai yang mengenali kedua-dua suspek supaya menghubungi ASP Azizul Helmi Hamzah di nombor talian 05-2451500 untuk membantu siasatan,

PROJEK KERETA KABEL DI BUKIT LARUT PERLU KAJIAN TELITI

Ipoh 20 Jan : Kerajaan Negeri Perak diminta tidak terburu-buru untuk melaksanakan projek kereta kabel sepanjang enam kilometer ke puncak Bukit Larut, tegas Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelaksana Koridor Wilayah Utara (NCIA), Datuk Seri Panglima Anuar Zaini hari ini.
Kerajaan negeri pelu mengambil iktibar dan membuat kajian mendalam daripada beberapa projer terdahulu yang menjadi projek gajah putih sebelum membenarkan projek bernilai RM 60 juta itu dijalankan oleh sebuah syarikat swasta. Beliau bimbang dengan perlaksanaan projek ini akan menjejaskan keindahan, keaslian dan kecantikan semulajadi yang tidak ternilai di Bukit Larut. Lagipun kerajaan negeri perlu mengambilkira unjuran kewangan projek kereta kabel berkenaan kerana memerlukan perbelanjaan modal yang tinggi dan memberikan pulangan kewangan yang rendah; hal ini dibimbangi akan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menampung subsidi perlaksanaan projek tersebut.
Ahad lepas FOMCA mahu kerajaan negeri membatalkan projek tersebut kerana boleh merosakkan eko-sistem di kawasan tersebut. Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata cadangan itu telah dibuat pada tahun 1997 tetapi ditinggalkan pada tahun 2007 selepas memorandum dihantar kepada Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Tajul Rosli Ghazali.
Pada 15 Januari lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Pengangkutan Awam Negeri, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek yang tertangguh akibat bantahan pelbagai pihak itu. Nga berkata projek itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap dalam masa setahun; dan akan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Negeri Perak.

NAIB KETUA UMNO DIDAKWA RASUAH

20 Jan : Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua UMNO Bahagian dari Negeri Perak akan dihadapkan di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang suapan ketika pemilihan UMNO Bahagian awal November 2008.
Menurut kenyataan ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, naib ketua UMNO Bahagian itu akan didakwa dimahkamah atas dakwaan memberi wang rasuah sebanyak RM 300 kepada seorang dalam pemilihan UMNO Bahagian.

Monday, January 19, 2009

PEMBERHENTIAN PEKERJA INDUSTRI DI PERAK SERIUS

IPOH 19 Jan : Masalah pemberhentian pekerja dalam sektor perkilangan di Perak dijangka serius terutama dalam industri pembuatan dan pasaran eksport, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan telah mendapatkan perkhidmtan beberapa pakar untuk memberikan nasihat bagi menangani masalah yang berlaku akibat kemelesetan ekonomi dunia yang semakin dirasai. Kerajaan negeri juga telah merangka pelan perlaksanaan untuk membantu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan.
Satu daripada langkah yang diambil ialah dengan mengarahkan pihak penguasa tempatan memberikan kelulusan segera permohanan bagi membuka perniagaan kepada rakyat Perak dan beliau menegaskan setakat ini tiada pekerja kontrak dibawah seliaan kerajaan negeri yang diberhentikan.

POKOK GAHARU TANAMAN LUMAYAN PEKEBUN KECIL

Gopeng, 19 Jan : Pekebun kecil kelapa sawit dan getah bakal memperolehi pendapatan alternatif lumayan sekiranya kajian mendapati pokok gaharu sesuai ditanam di ladang kelapa sawit dan getah.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata kajian kesesuaian pokok gaharu ini sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Belia berkata demikian selepas lawatan ladang gaharu yang diusahakan oleh syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 ekar di sini baru-baru ini.
Pokok gaharu mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi, sebanyak 400 pokok gaharu boleh ditanam di kawasan seluar 0.4 ekar dan boleh mencapai nilai pasaran sebanyak RM 1.8 juta. Pokok gaharu yang mencecah usia 7 tahun boleh mencecah nilai dari RM 5,000 hingga RM 20,000 sebatang, kerana semua bahagian daripada pokok ini boleh digunakan untuk membual pelbagai produk.
Ladang Gaharu Technologies Sdn. Bhd. merupakan satu-satu ladang gaharu berskala besar di negara ini yangmenjadi pembekal utama kayu gaharu kepada syarikat minyak wangi terkenal Asia Barat jenama Ajmal.

PDRM PILIH SEKOLAH BERMASALAH JADI ANAK ANGKAT

19 Jan : Polis Perak akan mengenalpasti sekolah-sekolah yang bermasalah di dalam negeri ini untuk dijadikan anak angkat, dalam usaha untuk memantapkan disiplin pelajar agar tidak ter-jerumus dalam kegiatan jenayah. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berharap usaha polis ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah di seluruh daerah.
Beliau berkata sepanjang tahun 2007, terdapat 201 kes tangkapan jenayah melibatkan pelajar sekolah yang mewakili sebanyak 5.1 peratus daripada keseluruhan tangkapan. Bagaimanapun peratusan ini turun kepada 4.47 peratus dengan 181 tangkapan.
Kes-kes jenayah yang melibatkan golongan pelajar ialah seperti curi motorsikal, pecah rumah, rogol manakala penglibatan golongan ini dalam penyalahgunaan dadah adalah amat kecil sekali.

CUEPACS MINTA KAKITANGAN KOTRAK TIDAK DIBERHENTIKAN

19 Jan : CUEPACS meminta semua agensi di kementerian yang mempunyai kakitangan kontrak tidak menamatkan perkhidmatan mereka, sebaliknya menyambung perkhidmatan mereka atas dasar simpati dan perikemanusiaan. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Tambah beliau, setakat ini terdapat 50,000 orang kakitangan kontrak yang bekerja di sektor awam yang sebahagiannya telah berkhidmat lama. Sekiranya mereka diberhentikan, bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Yang lebih mendukacitakan sekarang ialah ada majikan yang berhentikan mereka kemudian esoknya ada perlantikan baru.
Beliau mendapat banyak aduan daripada kakitangan yang diberhentikan dan meminta beliau ajukan permasalahan ini dengan pihak kerajaan.

MESYUARAT PPSMI PADA 20 JAN 2008

Mesyuarat jawatankuasa induk PPSMI dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka DBP), Dr. Hasan Ahmad akan diadakan pada 20 Januari 2008. Mesyuarat itu akan dihadiri oleh beberapa tokoh pembangkang diantaranya Timbalan Presiden PAS, Nasa-ruddin Md. Isa; Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen BEBAS Pasir Mas juga dijangka turut hadir.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Fuad Zarkasi adalah satu-satunya ahli parlimen dari BN yang menyatakan persetujuan untuk hadir. Tetapi beliau menegaskan bahawa kehadirannya pada majlis tersebut bukan mewakili UMNO atau BN, tetapi atas dasar inisiatif dan perjuangan individu.
Dr. Hassan Ahmad menegaskan, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan membuat per-himpunan protes besar-besaran ala-BERSIH akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti. GMP ditubuhkan kerana kerajaan masih meneruskan PPSMI yang tidak disenangi rakyat.

Saturday, January 17, 2009

BN PERTIKAI PEMBELIAN TOYOTA CAMRY DI SELANGOR

Media massa yang ditunjangi oleh BN mempertikaikan keputusan kerajaan Negeri Selangor meluluskan pembelian Toyota Camry bernilai RM 2.52 juta untuk kegunaan EXCOnya, tetapi tidak pernah mempertikaikan pembelian kereta Mercedes S350L bernilai hampir RM 1 juta yang dibiayai oleh Kumpulan Darul Ehsan untuk kegunaan peribadi Dr. Mohamad Khir Toyo semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan pembiayaan kereta Mercedes S350L itu melalui laman blognya.
Sebelum ini media massa juga memberikan ulasan yang serupa kepada kerajaan Negeri Perak yang mendahului Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry 2.4 untuk kegunaan barisan EXCOnya.

BN TERIMA KEPUTUSAN PRK K.TERENGGANU DENGAN HATI TERBUKA - NAJIB

Kuala Terengganu, Jan 17 : Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu dengan hati terbuka. BN akur dengan kehendak majoriti pengundi yang memihak kepada calon PAS, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupa-kan pengarah pilihanraya BN Kuala Terengganu.
Menurutnya, BN perlu melakukan apa-apa yang perlu untuk mendapatkan keyakinan dari-pada rakyat.
Najib berkata dengan kekalahan dalam PRK ini bukan mencerminkan rakyat menolak ke-pimpinannya yang akan mengambil alih pemerintahan dari Perdana Menteri Sekarang. Dalam sidang akhbar yan penuh suram itu turut dihadiri oleh Setiausaha UMNO, Datuk Adnan Tengku Mansor, Menter Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said: Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Presiden GERAKAN, Tan Sri Koh Tsu Koon.
Dalam masa itu para penyokong PAS berarak meraikan kemenangan di Stadium Negeri yang terletak tidak jauh daripada kediaman Menteri Besar.

PAS RAMPAS PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, Jan 17 : 9.30pm : Calon PAS telah memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 dalam pertandingan tiga penjuru diantara wakil PAS, BN dan BEBAS. Calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 berbanding pencabarnya calon BN Datuk Wan Ahmad Farid yang mendapat 30,252 undi dan calon BEBAS Azharuddin Mamat @ Adam mendapat cuma 193 undi. Keputusan ini telah diumumkan secara rasminya oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustapha.

Friday, January 16, 2009

Bank Negara Selesai Siasatan Ke Atas BULUHMAS

Tanjung Karang : Siasatan BNM ke atas Buluhmas telah selesai. Sebarang keputusan masih belum diputuskan. Buluhmas sebuah syarikat pengiklanan bergerak yang mempunyai keahlian mencecah 700,000 orang itu telah diserbu oleh BNM pada 15 Oktober 2008. Dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh itu Buluhmas tidak dibenarkan mengambil keahlian baru atau membuat sebarang bayaran bonus kepada promoter sambilan yang dilantik. Cuma aktiviti perucitan di bawah Buluhmas Mart saja dibenarkan beroperasi.
Dengan penangguhan segala aktiviti tersebut, sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha IKS bumiputera yang membekalkan produk keluaran mereka dalam rangkaian pasar mini Buluhmasmart.
Seorang promoter yang ditemui, Encik Ahmad Murad Baki menyarankan agar kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran sekatan ke atas Buluhmas kerana syarikat ini boleh menggalakkan perkembangan IKS bumiputera yang selama ini sukar untuk menembusi pasaran yang lebih luas, selama ini IKS bumiputera memang bermasalah untuk memasarkan produk masing-masing.

JOM JOIN CAKCEBOR

Teman jemput korang semua join blog teman. Ada pengalaman, pandangan atau info menarik sila kirim kat Penghulu Cakcebor. Kalau ada gambor lagi best. Kita boleh kongsi bersama. Cakcebor berkonsepkan Macam-Macam Ade.
Penghulu Cakcebor : Moh Join Kite