Saturday, February 14, 2009

CATATAN 3 : LALUAN BERLIKU UNTUK UMNO PERAK

Kerakusan UMNO / BN merampas kuasa negeri Perak dari Pakatan Rakyat bukan sesuatu cara yang boleh dibanggakan oleh parti tersebut; sebenarnya insiden pengambilalihan kuasa ini sebenarnya menghamparkan laluan penuh berliku yang bakal menjerat leher mereka sendiri. Jika ini berlaku, ini membenarkan lagi kenyataan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa tindakan UMNO ini akan mencepatkan kejatuhan UMNO bukan sahaja di negeri Perak tetapai di seluruh negara amnya.
Selain menghadapi beberapa tindakan saman dan injuksi mahkamah yang difailkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruce bersama 12 panel peguam, kerajaan baru pimpiunan Datuk Dr. Zambry itu berdepan dengan satu lagi masalah besar iaitu perlu melepasi halangan dari Speaker DUN yang kini disandang oleh ADUN dari Tronoh, V. Sivakumar.

Ini kerana jawatan Speaker Dewan Undangan Negegi (DUN) Perak tidak boleh dilucutkan dengan usul undi tidak percaya; walaupun jumlah ADUN BN pada masa itu 28 kerusi berbanding 27 Pakatan Rakyat (tidak termasuk 1 kerusi Speaker).

Jawatan Speaker hanya kosong apabila V. Sivakumar meletak jawatan secara sukarela atau meletak jawatan sebagai ADUN (yang menyebabkan beliau tidak layak memegang jawatan). Perkara ini telah dijelaskan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Speaker DUN dibolehkan (jika dia mahu) menghalang bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat parti dari menghadiri persidangan dan ini amat menyukarkan BN untuk memperolehi suara majoriti.

Sekiranya Speaker DUN meletakkan jawatan atas apa juga alasan, Dewan Undangan Negeri akan menjadi badan perundangan yang tergantung kerana undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan Speaker DUN kecuali bagi tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, MB kerajaan BN, Datuk Dr. Zambry tiada pilihan lain selain memohon perkenan pihak istana untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi pelihanraya semula bagi seluruh negeri Perak.

No comments:

Post a Comment