Friday, March 27, 2009

DR. M MERAJUK LAGI

27 Mac : Dr. Mahathir meluahkan kejengkelannya melalui blognya setelah pertaruhan anak jantannya dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO kecundang di tangan menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Keputusan yang tidak dijangkakan itu bukan sahaja meremukkan hati mantan PM itu tetapi ramai dikalangan perwakilan, sehingga berlaku ketegangan dan cabar-mencabar diantara penyokong Mukriz dan Khairy.
Dalam ucapan selepas diumumkan menang dengan sinis Khairy berkata, isyarat kemenangannya hari ini juga ditujukan untuk mereka yang mahu melihat karier politiknya berkubur.


Dalam blognya Dr. M kecewa kerana menganggap sayap UMNO itu merestui pemimpin rasuah.
Cakcebor : Nak tahu calon mana yang tak tabur duit...?

Tuesday, March 24, 2009

NIZAR BAKAL AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Teka-teki tentang siapa yang dicalonkan dalam PRK Bukit Gantang 7 April ini telah terjawab. Calon yang diumumkan oleh Presiden PAS ialah DS Nizar; satu pilihan yang tepat. Kemelut politik di negeri Perak amat mewajarkan beliau untuk dipilih sebagai calon berbanding calon pilihan terdekat Ustaz Idris Ahmad.
PRK ini menguji setakat mana penerimaan rakyat terhadap tindakan merampas kuasa yang dilakukan oleh BN yang menyebabkan kedudukan politik negeri Perak tidak menentu. DS Nizar mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menangani kemelut yang melanda di negeri Perak. Beliau dilihat mempunyai x-faktor yang tidak boleh dipandang ringan oleh Barisan Nasional. Buktinya dalam sessi jelajah penerangan mengenai kemelut politik negari Perak, sambutan daripada rakyat pelbagai kaum amat menggalakkan.
Dikalangan orang-orang UMNO sendiri meramalkan BN terlalu sukar untuk merampas kembali kerusi parlimen. Tindakan tidak mengikut lunas undang-undang rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN sangat melukakan hati rakyat Perak yang teguh memegang prinsip demokrasi.
Harapan BN untuk menang dalam PRK Bukit Gantang amat tipis sekali. BN masih dianggap kuat sekiranya dapat mengekalkan atau mengurangkan majoriti kekalahan. Sekiranya majoriti kekalahan mencecah angka 3000 pengundi; BN bolehlah berkira-kira mengucapkan selamat jalan dalam PRU 13.

Friday, March 20, 2009

MAHATHIR DIJANGKA SERTAI UMNO SEMULA

Dr. Mahathir dijangka akan menyertai semula UMNO ketika atau selepas Persidangan UMNO yang akan berlansung beberapa hari lagi. Ini disahkan lagi dengan jemputan khas Najib kepada beliau ke Persidangan UMNO itu. Mahathir yang keluar UMNO sebagai tanda protes kepada kepimpinan Pak Lah dijangka meraikan penamatan kepimpinan Pak Lah dengan menyertai UMNO semula.

Sebab itu beliau amat marah sebarang usaha atau cadangan dari pihak yang mahu peralihan kuasa ditangguhkan atau menyekat kemaraan Najib untuk menguasai kerusi nombor satu negara sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Najib berjaya dinobatkan sebagai Perdana Menteri maka mudahlah kerja beliau meneruskan agenda pribadi kerana beliau berkeyakinan boleh menarik hidung Najib kerana banyak rahsia Najib berada dalam poketnya.

Tugas utama yang perlu dilakukan ialah menghumbankan Anwar Ibrahim masuk semula dalam penjara. Kerana itulah halangan nombor wahidnya.

pengUNDI HANTU

JOM KITA SERANG BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU..!

PAK LAH TAK NAK SERAH JAWATAN PM KEPADA NAJIB

Banyak spekulasi menyatakan Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Orang kuat UMNO pun ada yang cakap begitu. Zaid Ibrahim pun tak bagi Pak Lah serah jawatan pada Najib. Itu yang buat Mahathir marah. Pasal apa pulak Mahathir marak yek? Najib nak pegang jawatan Presiden UMNO peganglah sampai mati, pasal UMNO pun dah sampai ke penghujung (Muhyiddin pun kata gitu)
Pertemuan antara Pak Lah dengan Anwar dan pertemuan Pak Lah dengan Tengku Razaleigh sejak akhir-akhir ni pun macam nak sahkan spekulasi ini. Dengornya ramai orang-orang kuat UMNO bertandang ke Putrajaya bukan nak mengucapkan salam perpisahan pada Pak Lah, tapi mendesak agar Pak Lah jangan berundur. Iye ke yop..?
Kome pikir la sendiri...!

Friday, March 13, 2009

Aik..! Masa kongsi pelacur Cina dulu tak ingat pulak kat agama..! Almaklumlah...Sedekah Seks..!
Yang haram pun boleh sedekah. Memang dasar Haram Jadah..! Kalau bukan kerana jawatan letak jawatan la..! Kiwak punya olang..!

MAHKAMAH RAYUAN : PEGUAM PERIBADI BOLEH WAKILI SIVAKUMAR

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Keputusan Panel hakim tersebut ternyata memberikan suatu keadilan dan semua hujah yang dikemukakan oleh Panel peguamnya dalam sebutan kes kali pertama adalah benar cuma nampaknya hakim yang berada di Ipoh itu sudah ada suatu keputusan yang ingin diambilnya.

PLAK SIDANG BAWAH POKOK PECAH




Plak yang dipasang sempena peristiwa persidangan bawah pokok yang dipasang bebarapa hari lalu dah pecah angkara beberapa ekor berok. Dipercayai berok-berok itu amat marah kerana orang ramai berpusu-pusu nak tengok plak tu sehingga mengganggu berok-berok itu untuk lepak atas pokok tu.. Berok-berok tu buat kerja bila Pak Guard tertidur..!

Wednesday, March 11, 2009

BAJET 60 B SENJATA BN

Bajet 60B dah Najib umumkan. Tak taulah dapat dari mana. Kalau adapun tak tau pulak peruntukkan sampai kat mana. Teman rasa bajet 60B ni adalah nilai senjata baru yang bakal BN gunakan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat di 3 Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan bulan depan.
Persoalannya mampukah bom jangka 60B ni menumbangkan PR di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (bukan Batang Aji). Kerana nak cari senjata yang sesuai masa ni susah sangat nak kenakan rakyat. Kerana ramai rakyat yang dah cerdik. Yang tak cerdik tinggal sikit lagi; yang masih mengharapkan kain pelikat buat selimut untuk lena macam dulu, kini dan selama-lamanya.

NIZAR TAK DIPERKENAN MENGHADAP SULTAN?

Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang sah, Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.
Namun belum dapat dipastikan samada Nizar diterima mengadap atau suratnya tidak dilayan.
Sekelian hamba rakyat amat mengharapkan Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan permintaan hamba rakyat melalui wakil rakyat mereka supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi menyelamatkan negeri Perak dari krisis yang berpanjangan ini.
Hamba rakyat pasti jika DUN tidak dibubarkan krisis ini akan berlarutan dan sudah tentu kerajaan negeri yang dibentuk tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini kerana kedua-dua pihak samada PR atau BN akan berhadapan dengan tindakan mahkamah dari masa ke semasa sehingga mengganggu tugas seharian.
Semalam berpuluh-puluh NGO Perak berkumpul dan mencapai kata sepakat memohon agar Tuanku memperkenankan keputusan Sidang DUN Perak baru-baru ini yang mengusulkan supaya DUN Perak dibubarkan.
Dari itu hamba rakyat merayu Tuanku untuk memperkenankan hasrat kami lebih-lebih lagi usul ini telah diluluskan pada Sidang Tergempar DUN baru-baru ini.

Tuesday, March 10, 2009

BAJET MINI 60 BILION

Hari ni bakal PM bulan depan umumkan bajet mini rangsangan ekonomi Malaysia. Wuyoo.. Malaysia memang kaya kata Pyan Habib dalam blognya. Itu baru mini..! Cayalah Najib. Bukan sikit tu beb..! Kalau 1 bilion bagi peruntukan kepada orang miskin, tentu tak ada rakyat Malaysia yang miskin lagi. Kalau 1 bilion kasi kat rumah anak yatim, alangkah selesanya anak-anak yatim tu...! Tapi yang berbilion tu pergi ke mana..! Hanya bakal PM tu saja yang tahu.

Monday, March 9, 2009

KALAU MELAYU MUDAH LUPA : ADAKAH RAJA MELAYU SUDAH LUPA




Lakaran ’sejarah hitam’ antara Umno dengan pihak Istana masih lagi segar dalam ingatan. Umno pernah melondehkan keaiban pihak Istana sewaktu krisis perlembagaan beberapa tahun yang lalu. Paparan di dada-dada akhabar adalah bukti yang nyata bahawa Umno lah yang sebenarnya petualang bangsa Melayu, yang pernah mengancam dan menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu.

Wednesday, March 4, 2009

SAMSENG KG. DUSUN


Inilah Sarip Dol Samseng Kg. Dusun dalam tragedi provokasi dekat Bangunan SUK semalam. Provokasinya melampau dapat lampu hijau pihak polis. Ayahanda songkok tinggi ini dijamin takkan ditahan oleh polis macam sahabat teman Cikgu Khairul Al-Taliban yang kena tahan reman sebab nak tenangkan orang ramai dalam insiden di perkarangan Masjid Ubudiah tempoh hari.

Tuesday, March 3, 2009

MAJLIS PEGUAM PERSOAL KEPUTUSAN MAHKAMAH

3 Mac : Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.
Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.
Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.
"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.
"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."
Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis. Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya."
Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.

SIDANG DUN DI NEGERI TEMAN


Inilah suasana sidang DUN yang diadakan di negeri teman hari ini. Kat bawah pokok jer...! Depa bersidang di bawah pokok bukan sebab dewan terbakar, roboh atau jaga bangunan tertinggal kunci. Dewan bersidang tidak boleh digunakan sebab boleh menyebabkan bahaya pada BN. Bawah pokok pun bawah pokok la..! Nikah bawah pokok pun sah jugak. Tak caye tanya Sahib Al Samahah Datuk Mufti Perak.
Pecah rekod yop...! Perak Boleh..!




Monday, March 2, 2009

SURAT TERBUKA RPK UNTUK MB NIZAR

Selasa, Mac 03, 2009 :
Datuk Seri, Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.
Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa, adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan (d tempat lain). Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.
Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.
Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.
Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum ala 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu. Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.
Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang.
Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

KEPUTUSAN SMS NTV7 97% SOKONG DEWAN DUN

KUALA LUMPUR, 2 Mac : Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh NTV7 melalui berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan.
Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.
Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru.
Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.
Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera iaitu Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.
Manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya.
Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan maka speaker berhak untuk memanggil sidang tergempar sebagaimana Sidang Parlimen berhubung isu Palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.
Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar.

Sunday, March 1, 2009

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK SAH DIADAKAN 3 MAC

IPOH, 2 Mac : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.
Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.
"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.
Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.
Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.
"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.

PERKATAAN 'ALLAH' BOLEH DIGUNAKAN AGAMA LAIN

1 Mac :Perkataan Allah boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terserah kepada Kerajaan Pusat membuat keputusan kerana beliau enggan mencampurinya dan enggan memberikan komen lanjut.
“Saya tidak mahu campur isu ini kerana dalam akhbar kenyataan tidak menentu. Dulu terjemahan ‘God ‘sama dengan 'Allah' adalah salah. ‘God’ disamakan tuhan betul tetapi 'Allah' disamakan dengan ‘God’ memang tidak betul.
“Dalam al-Quran pernah disebuat perangai orang Mekah zaman jahiliah yang menyembah tokong dan berhala sebagai tuhan tetapi jika ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi mereka akan memberikan jawapan 'Allah',” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Al-Quds Travel Sdn Bhd di sini, semalam.
Menurutnya, perkataan 'Allah' dari zaman berzaman disebut masyarakat bukan Islam dan maknanya golongan itu boleh menggunakan perkataan Allah. Bagaimanapun, katanya, itu terserah kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan supaya tidak mengelirukan masyarakat kerana beliau tidak suka memberi ulasan isu-isu seumpama itu.
Kelmarin, akhbar melaporkan pewartaan kebenaran penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan. Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.