Wednesday, February 4, 2009

Catatan 1 : IKTIBAR BARU UNTUK PEJUANG PAS

4 Feb : Hari ini teman berada di Sungai Dulang satu kampung dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh; bersama beberapa orang rakan atas misi menakluk udang galah si penyepit biru. Dalam keasyikan melayan sentapan sang jenggo bertalu-talu sms di handphone murah tapi amat berharga pada diri teman.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Tumbang", satu-satunya sms yang membuatkan teman hilang mood melayan sentapan sang penyepi biru. Semacam je bunyinya tapi membawa pengertian yang bermacam-macam dibenak teman. Atas bot mana teman nak dapat info yang benar-benar boleh diakui kesahihannya.
Apake he nye Yob? Rentetan dari kehilangan dua exco dan tragedi lompat katak ADUN Bota beberapa hari yang lalu, memberikan impak yang bukan sedikit dalam senario politik di negeri teman. Dalam hal ini teman terbayangkan macamana situasi MB Perak menangani kemelut dari tindakan rakan seperjuangan dari parti PKR dan DAP (juga seorang ADUNnya ikut menjadi katak); disusuli pula aksi lompat lagi ADUN Bota balik ke BN tak sampai 10 hari (barangkali nak pecahkan rekod lompat Ibrahim Ali); menambahkan parah lagi kerajaan Pakatan Rakyat.
Paling tidak kita kena akui kelicikan politik Datuk Seri Najib (bakal PM baru kita?) dalam hal ini; setelah dimalukan sebanyak dua kali melalui PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Baru menyandang beberapa hari Ketua Perhubungan BN Negeri Perak; Negeri Perak bakal dimiliki. Ini Pak Lah tak boleh iri. Anwar Ibrahim kena atur startegi agar tidak menggigit jari.
Kesetiaan sokongan ditagih dari pengundi; tapi pemimpin yang cabut lari. Ini bermakna rakyat telah dikhianati. Pemimpin PKR dan DAP memilih kepentingan diri, janji lepas tengkok sendiri. Adakah orang seperti ini kita nak lagi percayai...?
Bagi teman PKR dan DAP telah gagal memilih pemimpin yang berkualiti; tapi kemahuan sentiasa mesti hendak dituruti. Untuk pejuang PAS nak terus undi jugakah parti macam ni..? Kepada MB Nizar teman tabik cara beliau menangani masalah ini; cuma orang kelilingnya cuba nak menonjol diri. Ikhtiar DAP kita kena tolak ke tepi, kerana ia tidak memberi apa-apa erti. Dalam usaha ini depa gelabah macam orang baru terjaga dari mimpi. Barangkali dah siap nak cabut lari. Bila ada masalah MB Nizar kena buat sendiri. Sekiranya tumbang MB Nizar berada dalam kelas yang tersendiri.
Cakcebor - Nak tolong tak ada upaya diri.

No comments:

Post a Comment