Monday, August 30, 2010

BENARKAH ORANG KAFIR TIDAK DIBENARKAN MASUK DALAM RUMAH IBADAH ORANG ISLAM

Teoh Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang mencetuskan kontrovesi baru untuk orang Melayu
.
Isu ini tercetus apabila seorang YB bukan Islam menyampaikan ucapan di sebuah surau di negeri Selangor. Rapmailah golongan cerdik-pandai dan cerdik tak pandai mengulas isu ini. Ada yang kata halal dan ada pula yang kata haram. Ada juga yang kata halam (sekejap halal sekejap haram).
.
Elok juga benda macam ni berlaku. paling tidak minda orang Islam sedikit diketuk mengenai permasalahan seperti ini. Walaupun ia digembar-gemburkan secara yang tidak sepatutnya. Perdebatan secara terbuka terutamanya dalam media arus perdana tidak membawa kebaikan kepada perkembangan syiar Islam.

Cakcebor : Kalau orang kafir nak masuk surau pun haram. Nanti orang akan kata orang kafir nak masuk Islam pun haram.


Friday, August 20, 2010

MUFTI PERAK : DITIPU..,TERTIPU...ATAU MENIPU..?

Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria adalah tokoh yang menonjol di negeri Perak sejak kebelakangan ini; setelah kendur tumpuan rakyat Dr. Zamry dan Nizar dalam isu tragedi hitam tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
.
Tokoh agama yang lantang bersuara ini, terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan masalah agama tiba-tiba menjadi tumpuan ramai rakyat terutamanya dalam isu kesediaannya menjadi perantara gagasan perpaduan Melayu dan yang terkini mengenai 'perlembagaan baru'. Kedua-duanya penuh dengan kontroversi. Seorang mufti yang sanggup atau sengaja mengotorkan kaki masuk ke dalam gelanggang politik, begitulah andaiannya yang boleh diungkapkan kepada beliau.
.
Adakah keterlibatannya dalam isu-isu politik atas kesedarannya sendiri atau ada orang mempergunakannya untuk kepetingan tertentu. Parti UMNO pastinya mendapat ganjaran yang amat besar atas sikap kecenderungan terbaru tokoh agama ini. Paling tidak dengan sokongan beliau parti terbesar orang melayu ini akan lebih dipandang suci di mata oarang Melayu sendiri. Kalau sebelum ini pelbagai gejala negetif bermaharajalela dalam parti ini, setidak-tidaknya dengan sokongan seorang yang bertitle mufti itu gejala negetif yang jelas HARAM itu sedikit dipadang HALAL atau HARUS oleh orang ramai. Gembiranya mereka.
.
Walaupun sekalian orang tahu (Dato' Seri Mufti pun mungkin tahu) pandangan yang dilontarkan oleh beliau itu sebenarnya tak ke mana..!
Kita tidak menyalahkan beliau, kerana niatnya tetap ikhlas menginginkan orang Melayu bersatu padu. Barangkali pada pandangan beliau kerana adanya gabungan dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan DAP menjadi penyebab Melayu berpecah belah. Tapi macamana dengan gabungan UMNO dengan MCA dan MIC. Apa bezanya Cina DAP dan Cina MCA. Beranikah UMNO menyingkirkan MCA dan MIC dalam gabungan Barisan nasional demi perpaduan orang Melayu?
.
Setelah isu perpaduan Melayu agak lenyap kini timbul pula isu deraf Perlembagaan Malaysia Baru. Dimana kononnya akan meminggirkan hak-hak kepentingan orang Melayu. Kalau betul ianya ada mengapa hanya Mufti Perak ini sahaja yang tahu. Mengapa tidak seorang menteripun yang tahu mengenai ini. Isu ini berkemungkinan direkacipta untuk menimbulkan kekeliruan dan prasangka buruk kepada parti pembangkang. Malangnya Dato' Semi Mufti yang menjadi pencanangnya. Entah-entah Dato' Seri Mufti sendiri tidak tahu benda itu ada atau tidak. Sekiranya benda itu boleh mencetuskan peperangan yang besar, mengapa beliau dedahkan. Dengan mendedahkannya pastinya akan mencepatkan lagi peperangan. Pihak polis pula tidak membuat sebarang siasatan. Barangkali polis pun dah tahu sebenarnya tipu.
.
Barangkali ada orang yang sudah tipu Dato' Mufti kita dan beliau menyampaikan benda TIPU itu. Tapi kita boleh maafkan kalau dia ditipu atau tertipu; beliau tidak berdosa. Beliau berdosa sekiranya MENIPU. Pepatah ada menyatakan orang yang tidak pernah MENIPU biasanya lebih mudah DITIPU.

>
Cakcebor : Pernah tertipu masa kecoh isu murtad di sebuah gereja di Silibin suatu ketika dulu. VCD pertemuan Mufti Perak dengan individu yang mendedahkan isu murtad kami dah dengar. Bila dah kecoh beliau pulak cakap tak tahu menahu.