Tuesday, April 26, 2011

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2011

IPOH,26 April : Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Inderamulia berakhir hari ini. Program seminggu yang menelan belanja RM60juta itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 20 April 2011 dan penutupan rasmi oleh TPM pada hari ini.

Friday, April 15, 2011

BLOGER RAJA PETRA KAMARUDDIN

Saya tidak pernah menuduh Najib dan Rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan model Monggolia Altantuya; begitulah kata blogger Raja Petra Kamaruddin @ RPK dalam bual bicara di TV3 menjelang sehari Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011; walaupun dalam pengakuan beliau rakaman itu sebenarnya berlaku lebih sebulan yang lalu.

Barangkali ramai yang setuju temubual siaran TV3 itu bertujuan untuk mengalihkan sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang dilihat boleh menggugat penguasaan parti pemerintah. Barangkali juga ramai yang tidak menyedari kritikan RPK terhadap Anwar Ibrahim ini dapat membuka minda pemimpin pembangkang yang lain yang seolah-olah terlalu bergantung kepada Anwar Ibrahim. Beliau amat percaya tanda-tanda bahawa lorong untuk menghumban semula Anwar ke penjara sangat besar; tidak kira Anwar Ibrahim bersalah atau sebaliknya. Beliau tidak mahu pembangkang hilang arah apabila Anwar menjadi penghuni penjara semula.

RPK menolak sama sekali kesudiannya untuk muncul di layar TV disebabkan kerana faktor duit.

Thursday, April 14, 2011

BILA WANITA MENUNTUT SAMA HAK

Jangan terkejut kalau wanitapun boleh buat apa yang orang lelaki buat.

Wednesday, April 13, 2011

TAKZIAH BUAT KELUARGA KAPTEN SAHAIMI GHAZALI

Sibu : Takziah buat keluarga Allayarham Kapten Sahaimi bin Ghazali, juruterbang yang berasal dari Selangor yang terlibat dalam kemalangan helikopter Bell 206 Long Ranger ketika dalam misi rombomgan Tan Sri Muhyidin Yasin dari Bintangor, Sarikei dekat sini maut apabila pesawat itu terhempas di Dataran Sibu, selepas menurunkan tiga penumpangnya, termasuk Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Hafiz Abdul Halim.

Kapten Sahaimi Ghazali, 38, berasal dari Selangor meninggal dunia di Hospital Sibu (HS) jam 8.36 malam tadi akibat kecederaan parah pada paru-paru dan hati.
.

Cakcebor : Perjalanan dari Serikei ke Sibu memakan masa kira-kira 45 minit menggunakan kenderaan darat. Pak Menteri pun tak sanggup ikut darat sebab jalanrayanya agak dhaif.

Monday, April 11, 2011

KISAH SEBUAH JAM TANGAN OMEGA


Seorang pembuat jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam adakah engkau sanggup berdetik sekurang-kurangnya 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha? Banyaknya... Saya tak sanggup,” kata jam terperanjat.

“Bagaimana kalau 86,4000 kali dalam 1 hari?” tanya pembuat jam


“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali dalam sehari? Dengan jarum yang kecil ni?” jawab jam dengan penuh tidak puas hati.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam 1 jam?”

“Dalam 1 jam harus berdetik sebanyak 3600 kali? Banyak sangat itu,” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuannya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran berkata lagi kepada si jam

“Kalau begitu,sanggupkah kamu berdetik 1 kali setiap 1 saat?”

“Ok ,kalau sekali aku sanggup!” kata jam penuh semangat.

Maka setelah selesai dibuat,jam itu berdetik 1 kali setiap 1 saat.

Tanpa terasa detik demi detik berlalu dan jam itu ternyata sungguh luarbiasa kerana ternyata selama 1 tahun penuh ia telah berdetik tanpa henti

Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali!

Moral:

Adalakanya kita ragu-ragu untuk melakukan sesuatu pekerjaan/tugas kerana kita merasa tugas yang diberi terlampau berat, namun apabila kita mahu untuk melakukannya ternyata kita mampu membuatnya.