Friday, February 6, 2009

CATATAN 2 : KITA KENA AKUR KEPUTUSAN SULTAN

Masa catatan ini ditulis Majlis angkat sumpah MB Datuk Zambry sudah berlangsung. Tahniah teman ucapkan; walaupun ramai rakyat mempersoalkan peralihan kuasa kerajaan Negeri Perak ini. Di Kuala Kangsar khabarnya ramai rakyat berkumpul tanda protes dalam kemelut politik yang sudahpun berlaku. Beberapa tembakan gas pemedih mata juga telah dilepaskan oleh pihak polis untuik menyuraikan kumpulan protes supaya bersurai. Semoga tidak ada peristiwa buruk yang di negeri teman yang bakal menjadi catatan tragedi hitam.
Benda yang dah berlaku kita hanya boleh jadikan iktibar. Apapun juga keadaan kita kena akur dan setuju (walaupun kita tak puas hati) dengan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak. Keputusan tepat; mengikut saluran demokrasi yang diamalkan di negera kita.
Kenapa teman berkata demikian?
Senario pergolakan politik di Perak mula tercetus angkara dua ADUN dari Pakatan Rakyat Sendiri. Kegelisahan rakyat dan suasana tidak tenteram telah ditimbulkan oleh mereka berdua dan ditambah dengan tindakan ADUN daripada DAP (teman lihat kemasukan ADUN Jelapang ini bertujuan untuk kepentingan masyarakat Cina apabila terbentuknya kerajaan baru dibawah BN - DAP pun tak berapa marah dengan wakilnya ini / macam setuju je?). Dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti; tiga wakil setakat ini berpendirian penuh menyokong BN, jadi amalan demokrasi membenarkan peralihan ini.
Dalam keadaan ini tidak memungkinkan Sultan Perak untuk memihak kepada kerajaan gabungan Pakatan Rakyat. Kerana kemelut ini (lebih tepat kita sebut masalah) ditimbulkan dari kalangan mereka. Kita tidak boleh menyalahkan BN dalam masalah yang ditimbulkan oleh tiga ADUN ini. BN cuma mengambil kesempatan daripada masalah yang ada pada Pakatan Rakyat. Kerana kita memang kenal BN memang pakar dalam soal ambil kesempatan.
Rentetan dan keputusan ini teman rasa baik untuk Pakatan Rakyat. Andaikata keputusan mahkamah didapati ADUN Behrang dan Changkat Jering sabit kesalahan rasuahnya (rasa teman depa ni lepas atau kes asyik tertangguh macam kes Kasitah Gadam tu..-sebab ada kuasa dibelakangnya yang lebih besar dari kuasa mahkamah) atau perletakan jawatan yang difailkan oleh bekas speaker DUN Perak dari PR (setakat ni speaker baru belum dilantik) itu sah; maka 3 DUN akan kosong maka ada pilihanraya lagi. Kalau PR menang negeri teman dapat MB baru lagi kalau Nizar Tuanku tak terima lagi. Dasyat negeri teman kalau hal ini berlaku. 1 penggal Perak diperintah oleh 3 orang Menteri Besar, Tak mustahil ini berlaku.
Kata Tajol Rosli permainan baru bermula. Masa tu BN kena 1 gol (ketika ADUN Bota melompat), kini BN dapat sumbat 3 gol sekali gus. Kedudukan semasa BN 3- PR 1. Cuma kita tak tahu sekarang ini perlawanan sampai kat mana; samada baru separuh masa pertama atau separuh masa kedua atau masa kecederaan atau perlawanan dah tamat. Pengadilnya tak ada. Sebab mereka pakat main tak pakai pengadil. Tapi pengadil yang sah bagi teman ialah rakyat negeri Perak (kalau ada rakyat negeri lain pun, itu teman istilahkan pengadil hantu).
Tapi jangan lupa pada peminat bolasepak YOB Kejor, 10 Februari ni serbu stadium Perak kita tengok Perak vs Kelantan (BN vs PAS pulak). Ustaz Azli Musa (pemangku Pengusus Pasukan Perak) mesti datang tau.
Kita sama-sama berharap agar negeri kita sentiasa aman dan makmur sentiasa. Rakyat Perak jangan banyak gaduh-gaduh. Jalani hidup seperti biasa.
Cakcebor : PR atau BN perintah masuk stadium free jugak.

No comments:

Post a Comment