Sunday, February 1, 2009

DUA ADUN PKR NAFI LETAK JAWATAN

1 Jan : Dua ADUN PKR masing-masing mewakili kawasan DUN Behrang dan Changkat Jering manafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan serta-merta hari ini.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu berkata surat perletakan jawatan yang dimaksudkan oleh V.Sivakumar itu telah ditandatangani pada 8 Mac tahun lalu. Surat yang tidak bertarikh itu telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai BN.
"Nampaknya surat ini telah digunapakai untuk mengumumkan bahawa kami telah meletak jawatan" kata Jamaluddin.
"Saya dan Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan diri untuk keluar parti, calon BEBAS pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai UMNO" tambah beliau.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas di mana beliau berada dalam tempoh orang ramai memperkatakan kehilangan beliau.

No comments:

Post a Comment