Friday, December 25, 2009

NAHAS LEBUHRAYA IPOH SELATAN : 10 MAUT

Ipoh, 26 Dis : Sepuluh penumpang maut manakala dua dengan seorang lagi cedera parah apabila bas daripadanya dua tingkat Express Sani terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira kilometer selepas LAPAN Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:

1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Syed Al-Junid Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.

Thursday, November 26, 2009

NENEK OBAMA TUNAIKAN HAJI


Obama bersama isteri datuknya.Isteri nenek Obama, Sara, menunaikan haji pada musim ini. Sarah, dari perkampungan Kogilo, Kenya, menunaikan haji bersama rombongan yang terdiri dari 10 orang. Seorang dari mereka ialah berpangkat cucu kepada Sara dan bapa saudara kepada Obama. Beliau akan menjadi tetamu kepada Raja Saudi.
.
Cakcebor : Apa nak jadi pada Obama? Kita doakan semoga dia kembali kepada Islam.

Tuesday, October 13, 2009

PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA LARIKAN RM26 JUTA DUIT PELABUR

Pejabat Skim Cepat Kaya yang sebelum ini beroperasi di Ipoh

IPOH - Pengusaha sebuah syarikat pelaburan haram di sini berjoli sakan dengan wang kira-kira RM26 juta yang diperoleh daripada lebih 2,000 pelabur di negeri ini. Dalam keadaan para pelabur berputih mata semasa berusaha menuntut semula wang yang dilaburkan, pengusaha terbabit yang lesap entah ke mana mungkin pada masa kini nyenyak tidur di atas timbunan wang mangsa mereka.
.
Pengusaha terbabit yang menjalankan skim pelaburan cepat kaya itu sebelum ini menjanjikan pulangan lumayan jika melabur dalam satu projek penanaman rumpai laut di Sabah yang hasilnya akan dieksport ke luar negara.

Pelabur bukan sahaja dijanjikan pulangan asas tujuh peratus bagi setiap sen pelaburan tetapi kononnya juga akan menjadi berkali ganda selepas enam bulan transaksi pelaburan dilakukan.
Selain orang perseorangan, mangsa yang terpedaya pula bukan calang-calang orang, mereka terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan. Skim pelaburan itu menetapkan pelaburan serendah RM3,000.

.
Menurut seorang mangsa, Patmini Palanisamy, 53, sambutan Deepavali pada tahun ini menjadi tidak bermakna selepas menyedari tertipu dengan skim pelaburan tersebut. Katanya, dia bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain terpedaya dengan janji yang diberikan oleh syarikat berkenaan kira-kira setahun lalu.
.
"Saya sendiri melabur wang simpanan hampir RM60,000 tetapi selepas lebih setahun, tiada khabar berita diterima.

. "Lebih malang, minggu lalu kami diberitahu pengarah syarikat berkenaan melarikan wang pelaburan kami dan semua pelabur terpaksa berputih mata," katanya semalam.


Hotel Casuarina Ipoh

Mulai Disember 2009 Hotel Casuarina bakal bertukar nama kepada Impiana Casuarina kerana telah bertukar hakmilik. Satu lagi projek anak syarikat kerajaan negeri Perak yang berdaya maju terlepas ke tangan orang lain selepas Perak-Hanjonng Cement.

Monday, October 12, 2009

ISA MENANG DI BAGAN PINANG

Sebagaimana yang dijangkakan banyak pihak Barisan Nasional melalui calonnya Tan Sri Isa Samad memenangi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dengan majoriti 5435 undi. Calon PAS memperolehi 2578 undi berbanding BN sebanyak 8013 undi. Manakala undi rosak sebanyak 222 undi.

Saturday, October 3, 2009

PERTANDINGAN 2 PENJURU DI BAGAN PINANG PADA 11 OKT 2009

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang akan berlansung pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN; Tan Sri Isa Samad dan calon PAS; Zulkifly Mohamad Omar
.
Peace dari calon PAS dan 1 Malaysia dari calon BN
Isa Samad dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai calon yang mencerminkan gambaran sebenar pemimpin UMNO. Seorang pemimpin yang rasuah.

Team Mat Rempit BN awal-awal lagi dah buat provokasi


Gambar para penyokong parti yang bertanding




Monday, September 28, 2009

KENYATAAN MEDIA DATO' DR. HASAN ALI

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan. Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT.
.
Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun. Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan.
.
Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT.
.
Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.
.
Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya.
.
Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.
.
Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.
.
23 Sept, 2009

Wednesday, September 9, 2009

JAM

Tahukah anda konsep jam sekarang diambil daripada pergerakan bayang matahari.
.


Tuesday, September 8, 2009

REMAJA BERUSIA 22 TAHUN JUAL BLOG USD 15,000,000

Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).

Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.

Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.

Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.

Monday, September 7, 2009

GULA : RACUN PALING MANIS

GULA putih tulen, manis dan sedap rasanya tetapi tidak berguna dari segi nutrisi. Gula pada waktu pagi, gula pada waktu petang, dan gula lagi pada waktu makan malam.Sebagai sejenis kimia, gula merupakan racun bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.
.
Mengapakah gula begitu membinasakan kepada kesihatan kita?
.
Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan.Gula bukan lagi merupakan jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri (kebanyakannya daripada pokok tebu atau ubi bit) dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa yang tulen.
.
Semua vitamin, mineral, protein, enzim-enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia.Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini.
.
Nota: Gula (glukosa) di dalam badan kita juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi.

Saturday, September 5, 2009

PRK BAGAN PINANG UJIAN GETIR BUAT BN


Barisan Nasional bakal diuji lagi dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya Azman Mohamad Nor 54 akibat jangkitan dalam darah.

Bukan sahaja BN, Pakatan Rakyat juga bakal diuji sejauh mana penerimaan rakyat dalam PRK yang berlangsung dalam negeri yang dikuasai Barisan Nasional. Perdana Menteri komited BN akan menang dalam PRK itu nanti kerana BN selaku juara yang bertahan.

Saturday, August 29, 2009

PERARAKAN KEPALA LEMBU

Seekor lembu memijak kepala bapanya..!
Hari heboh cerita perarakan kepala lembu yang dianjurkan oleh PEWARIS. Tapi penganjur tak tau darimana kepala lembu itu datang. Itu yang peliknya. Alangkah baiknya kalau PEWARIS mendesak kerajaan tutup kedai 4D atau TOTO yang banyak kat negara kita. Tentu ramai yang sokong. Teman pun rela jadi tukang bakar premis haram tersebut.


Cakcebor : Teman rasa Khir a/l Toyo yang suply kepala lembu tu..

Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

PAS KEKALKAN DUN PERMATANG PASIR


PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Sunday, August 23, 2009

MOHD RADHZI IKUT JEJAK JAMALUDIN BEHRANG DAN OSMAN JAILU

Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam.
Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhzi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua bekas pemimpin PKR itu.

Tuesday, August 18, 2009

SETIAUSAHA DAP SELANGOR CABAR UMNO

Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Kg Tunku,Lau Weng San mencabar pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini terpekik terlolong untuk menjadi jaguh kampung dalam isu arak diselangor agar melaksanakan undang-undang penjaualan arak sekiranya mereka betul-betul memperjuangkan Islam.Untuk itu,saya mencabar pemimpin-pemimpin UMNO agar jangan hanya menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir.

UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol.

Janganlah UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga sahaja.

Artikel 5 dalam Perlembagaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam Perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat menyakinkan parti-parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama.

Jikalau UMNO dan Utusan Malaysia tidak memberanikan diri untuk melakukan apa yang disarankan saya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidak-ikhlasan UMNO dan BN.

Wednesday, August 12, 2009

AL FATIHAH BUAT ASRI RABBANI

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. 

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Saturday, August 1, 2009

AMBIL IKTIBAR MENGAPA ALLAH HARAMKAN BABI

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema babi jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. 

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Tapi di Malaysia (negara Islam) babi mendapat kedudukan yang baik; termasuk penempatan semula ke kawasan yang lebih baik dan pemeliharaan menggunakan teknologi tinggi.

Wednesday, July 29, 2009

WANAKEM

Mintak Dr. Zambry dan Mufti Perak bagi fatwa mengenai gambar di atas nih.!

Tuesday, July 28, 2009

T'SHIRT PERCUMA UNTUK PEJUANG ISA


Kepada penyokong ISA sila dapatkan T'shirt ini secara PERCUMA daripada pemimpin BANGANG anda.

Saturday, July 25, 2009

1 OGOS : SOKONG MANSUH ISA

Ahli politik cap khinzir yang masih nak bodek BN walaupun BN tak kebuloq nak terima dia.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.


Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari

ISA PATUT DIMANSUHKAN - T.G DOLAH BADAWI


ISA adalah satu akta yang kejam dan zalim. Ia mesti dihapuskan.

Thursday, July 23, 2009

LILIN DAN DS NIZAR

"Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu." Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita."
.
Begitulah petikan komen Ketua Dewan Ulama PAS Prof. Dr. Haron Din mengenai isu upacara nyala lilin yang dihadiri oleh DS Nizar yang disuarakan oleh Dr. Zambry.
Heran juga teman bila Dr. Zambry beria-ia menonjolkan isu ni. Pasal apa tak bangkitkan isu tak tutup aurat isteri PM dan isteri ramai pemimpin UMNO yang jelas nyata haram dan melanggar hukum syarak. Suruh ler Mufti Perak komen kebetulan hubungan antara pimpinan UMNO dengan Dato' Mufti tersangatlah akrabnya.

Tuesday, July 21, 2009

1 MALAYSIA AKAN DITIPU LAGI


Mereka bertiga bersengketa lagi. Yang benar jadi palsu. Yang palsu diangkat menjadi benar. Undang-undang jadi taruhan. Undang-undang bakal diletak di bawah kaki. Yang malang orang kita 1 Malaysia. Yang dilapor hanyalah palsu. yang palsu dikatakan benar. Orang kita 1 MALAYSIA AKAN DITIPU LAGI..!

Saturday, July 18, 2009

CHUA JUI MIENG TINGGALKAN MCA DAN BN


Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.


Thursday, July 16, 2009

PERUNDANGAN DI MALAYSIA TIDAK MUNGKIN MENYEBELAHI ANWAR

Semasa seorang sahabat dari ibukota bertemu dengan teman. Beliau ada mengatakan dari sumber yang boleh dipercayai mengenai kes Dato' Seri Anwar Ibrahim: yang tetap akan dikantoikan samada beliau bersalah atau tidak.

TAHANAN SPRM MATI TERBUNUH

Apa dah jadi negaraku 1Malaysia. Akibat terlalu ghairah hendak mensabitkan Exco Kerajaan Negeri Selangor terlibat dengan salah guna kuasa; Teoh Beng Hock pembantu khas YB Yong telah mati terbunuh semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 3.00 petang tadi.

Wednesday, July 15, 2009

AKHIL ROCK SAH BERCERAI

Masa di atas pentas ceramah dia selalu bantai kehidupan artis yang rata-rata negatif. Bila dia masuk balik dunia glamor, dia pulak yang haru-biru. 

Tuesday, July 14, 2009

MENANG TIPIS DI MANIK URAI : SATU PEREINGATAN BUAT PAS


Suatu yang kita tidak boleh nafikan oleh ahli ataupun pimpinan PAS ialah kemerosotan undi menyebabkan jurang majoriti terhakis begitu besar daripada iaitu 1352 undi kepada 64 undi. Undi PAS merosot agak teruk terutamanya di kawasan-kawasan 'hardcore PAS'. Ia pengajaran buat parti PAS.
Saya yakin inilah tamparan "kerajaan perpaduan" yang digembar-gemburkan. Saya yakin kalau kerajaan perpaduan jadi kenyataan PAS akan lenyap terus di bumi Malaysia.

Thursday, July 9, 2009

NATRAH @ MARIA HERTOGH MENINGGAL DUNIA DI BELANDA

Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama .

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. 

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. 

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. 

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

MB PERAK KENA BOO..!

Apa malang MB negeri teman. Khabornya beliau kena boo oleh para peserta semasa melepaskan acara Ipoh International Run 2009 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh pada hari Ahad lepas.
.
Ramai peserta merungut dan menganggap penganjuran acara larian tahunan MBI itu yang terburuk dalam sepanjang penganjurannya.

PPSMI : MANSUH ATAU TANGGUH?

Keputusan mesyuarat yang dikepalai Menteri Pelajaran kata PPSMI mansuh. Tapi yang peliknya akan dilaksanakan pada tahun 2012. Itu bukan mansuh namanya; itu tangguh. Baik Menteri Pelajaran umumkan keputusan itu pada tahun 2012.
Perlukah kita berdemo lagi. Tanya Pak Samad Said..!
.
Cakcebor : Selama ni ramai cikgu kat sekolah ajar Math dan Sains tak guna bahasa Inggeris pun.

Monday, July 6, 2009

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK MANIK URAI



Pekan kecil Manek Urai pagi ini bertukar wajah apabila ribuan penyokong PAS dan Umno mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN kawasan tersebut pagi ini.

Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

PRK Manik Urai akan menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara calon PAS Fauzi Abdullah dengan calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuan Mat.


Friday, July 3, 2009

JOM JOIN MALAM SENI RAKYAT DI KAJANG

KERANA BABI ADUN DAP ISYTIHAR JADI BEBAS


ALOR SETAR: Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BEBAS dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN BEBAS dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.


Wednesday, July 1, 2009

LAGI PASAL BABI

Thomas Su nak keluar pakatan pasal babi. Barangkali dia dah gila babi

Ini satu lagi pasal babi. Tapi bukan selsema babi. Dengan cerita dari Kedah Darul Aman; pemimpin DAP ugut nak keluar Pakatan Rakyat pasal kerajaan roboh pusat sembelih babi. Pasal babi pun nak dikecohkan. Kalau di Perak ada tiga ADUN Bebas cap ayam; kat Kedah ada pemimpin DAP cap babi.

MICHAEL OH MICHAEL

Berita kematiannya menggemparkan seantero dunia. Masa hidupnya orang buat untung. Bila mati pun orang buat untung.


Sunday, June 28, 2009

Tak ada ke sape-sape anjurkan muzakarah dua tokoh ini untuk kepentingan agama Islam. Cari jalan penyelesaian mencari kaedah  bagaimana undang-undang Islam dapat dimartabatkan di negara kita, Malaysia.

Friday, June 26, 2009

FAUZI ABDULLAH : CALON PAS PRK MANIK URAI

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.


KERAJAAN PERPADUAN TAK JADI : MUFTI PERAK PULAK YANG KECEWA

"Masa PR perintah dulu, habuk tak panggil teman ceramah kat rumah MB. Time mike baru teman merase.. Itu yang teman marah sangat tu.."

Sah Kerajaan Perpaduan yang digendang-panaskan tak jadi kenyataan. Eloklah tu. Ahli-ahli akar umbi semua sangat gumbira.Tapi entah apa pulak Mufti Perak kecewa pasal Kerajaan Perpaduan tak jadi. Pelik pulak teman dengan perangan Mufti Perak sejak kebelakangan ni.. Entak ler kome..!

Sampai dalam kartun pojok Utusan menyatakan Pak Mufti tak selera makan untuk beberapa hari.

MICHAEL JACKSON 1958-2009

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.


Wednesday, June 17, 2009

LEE KUAN YEW PUNYA SUKA

" Hari ni wa manyak suka.. Wa pusing 1Malaysia. Sibab wa punya idea, Malaysia sudah pakai ma..! Apa beza Malaysia For Malaysian sama 1Malaysia maa.. "

Monday, June 15, 2009

LELAKI IDAMAN

Entri kali ini sangat berguna kepada kaum lelaki, apa tidaknya- dengan adanya entri ni sekurang-kurangnya memberi sedikit panduan kaum adam untuk menilai diri sendiri agar menjadi idaman kepada kaum hawa.. Bersama ini disenaraikan beberapa ciri-ciri lelaki idaman wanita. Antaranya :


Lelaki tulen  :  Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

Lelaki yang berharga :
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa : Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana  :
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik :
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian : Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih : Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung

Lelaki yang cerdik :
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap : Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak : Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah :
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan :
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik : Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan : Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi :
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria :
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

NIZAR DIARAH KELUAR DEWAN

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melilit kain bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di Dewan Rakyat pagi tadi. Beliau melaungkan "Bubar DUN" sambil disambut rakan pembangkang lain hingga persidangan kecoh. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa memerintahkan mereka keluar selepas enggan membuka lilitan itu.
Cakcebor : Enggan kalau diperintah buka seluar.

Saturday, June 13, 2009

APA KATA YB JAMAL


CAMRY PUNYA HAL

Saya ada sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerjaan Terengganu pada masa itu nak tukar Mercedez, itu kerajaan BN. Ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan Undangan Negeri dia sebut 10 buah Camry yang bernilai RM 920,000 tapi bila mesyuarat exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tidak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baruRM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana. Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut saja pasal kereta, Ngeh Kor Ham kata Camry baik, itu baik ini baik. Macam-macam lagi hujahnya. Daripada 10 buah, keputusan tempahannya 15 buah. Walaupun sebelum ini dia setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh.., dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.

ISU RUMAH KOS RENDAH

Semua ini berlaku dalam mesyuarat exco. Soal rumah murah, kerajaan Barisan Nasional banyak luluskan tapi belum dilaksanakan. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat. Daripada rumah kos rendah  kepada rumah kos sederhana atau banglow. 

Saya sebut dalam mesyuarat exco. Kerajaan Bn dulu rancang benda yang baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Saya sebutkan pada Nizar usaha tukar syarat tanah menyebabkan orang Melayu tidak ramai berkemampuan untuk memiliki hartanah di bandar, mereka akan terus terpinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Dalam isu ini yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Meng dan Ngeh, Yang menolak saya dan Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju dan yang lain berkecuali. Saya tulis nota kepada Nizar jangan amalkan undi angkat tangan. Melayu ada tiga orang saja dalam exco, termasuk Nizar ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan. Saya bantah hendak tukar syarat rumah kos rendah kepada kos sederhana atau banglow. Semua cadangan tukar syarat itu datangnya daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Namun kalau ada permohonan daripada syarikat Bumiputra, ada saja yang dipertikaikan oleh Ngeh. Nizar setuju walaupun Pengarah PTG beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupan cadangan dibuat untuk ditolak. Tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan maka Nizar pun setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) lulus berapa C (Cina) lulus berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggalah pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri. Cuma bila permohonan datang dari C saya terus jerit LULUSKAN sajalah. Bila permohonan dari M saya jerit TOLAK saja. Tujuan sya nak memperli Nizar supaya dia sedar. Tapi dia tak perduli pun. Nampak sangat dia takut pada Ngeh.

HAK MILIK TANAH KG. BARU 999 TAHUN

Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah cadangan itu kerana tidak ada dalam manifesto PKR. Saya sebut pada Nizar; jangankan 999 tahun..99 pun kita akan kena kritik hebat. Tapi kerana nak jaga kehendak DAP Nizar turut juga. Sampaikan saya kata UMNO dah 50 tahun memerintah baru rakyat tolak mereka tapi pakatan baru 11 bulan. Sampai saya dengar di kantin pegawai-pegawai  dah mula bersungut pasal pemberian hakmilik 999 tahun sebagai melampau.

Ekoran itu saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah, balak dan semua tender. Jadi saya tanya bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu peluang Bumiputera khususnya Melayu bila nak dapat.

Bila kita hujah sikit dia mendiamkan dirinya. tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum saja. Dalam pemberian tanah kepada sebilan buah sekolah Cina. Saya sebut kepada Nizar tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000 setahun, kenapa nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh daripada nak beri 1000 ekar kepada 1000 hektar. Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar Nizar pun setuju juga.

Berdasarkan pengalaman 11 bulan  bersama mereka. Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanyan dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya nak duduk jawatan exco,apa kata Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dulu dari kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa yang kita dapat? Habis wang ringgit sendiri untuk parti.., hari ini dapat RM 14,000 sebulan besar sangatkah?

ZAID IBRAHIM SERTAI PKR

 Pengumuman oleh Anwar Ibrahim mengenai kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim ke dalam PKR menepati ramalan sebelum ini yang bekas menteri UMNO itu akan memilih PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.Anwar mengumumkan kemasukan Zaid Ibrahim (foto) dalam PKR dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini.
Sudah pasti dengan penyertaan Zaid itu ia sedikit sebanyak memberi sumbangan tenaga profesional ke dalam Pakatan Rakyat, khasnya PKR. Memang sesuai dan kena dengan latar belakang dan semangat perjuangan Zaid beliau memilih PKR, bukan Pas maupun DAP.

Zaid selepas dipecat dari Umno kerana sikap vokalnya mempertahankan demokrasi telah menunjukkan minatnya kepada PKR dengan menghadiri beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat termasuk tampil dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Penanti yang baru lalu. 

Sudah tentu sebagai rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, Zaid juga akan turut turun ke Manik Urai pada bulan hadapan berkempen bagi memastikan calon Pas. 

Penyertaan bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati para penyokong Pas yang kecewa amat sangat dengan tindak tanduk ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas tetapi akhirnya 'menungging punggung' kepada parti Islam itu.

Bagi PKR sendiri seperti mana ulas Anwar, Zaid akan turut memberi kepakaran yang beliau ada untuk menyemarakkan lagi perjuangan PKR. Untuk memastikan peranan Zaid meluas dalam PKR beliau akan dilantik menjadi ahli MPT parti berkenaan.

Umno sudah pasti akan memberi ulasan negatif atas penyertaan Zaid itu namun apa yang pentingnya penyertaan itu seperti ujar Anwar ia satu penghormatan kepada PKR yang semakin mendapat kepercayaan rakyat kini.
.
Cakcebor : Teringat Datuk Nasha Bota.

Tuesday, June 9, 2009

NEGARA PERPADUAN RESAHKAN AKAR UMBI

Kenapa Isu Negara Perpaduan digembar-geburkan sejak kebelakangan ini. Untuk apa? Apa maksudnya? Semua orang UMNO masuk PAS? Atau semua orang PAS masuk UMNO? Atau UMNO dan PAS bergabung lalu terbentuk parti UMPAS (sedap kalau dipanggil hampas). PAS tak dapat apa-apa keuntungan sedikitpun daripada isu ini. Juga PAS tak untung apa-apapun sekiranya perkara ini menjadi kenyataan (tapi kenyataannya memang TIDAK).
Yang pasti pengikut akar umbi semakin keliru. Perjuangan PAS bukan mengikut kehendak pemimpin. Pemimpin diamanahkan untuk memimpin realisasikan perjuangan parti. PAS jangan terjebak isu ini. Kelak PAS juga yang rugi.

Thursday, June 4, 2009

SRTUKTUR BUMBUNG LEMAH DIKESAN SEJAK SUKMA

KUALA TERENGGANU 3 Jun - Kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, apabila hal itu dirujuk kepada JKR, jabatan berkenaan memberi jaminan akan mengarahkan kontraktor mengambil tindakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berlangsung.

''Mesyuarat sudah diadakan, namun tiada tindakan. Tiga minggu lepas saya hubungi lagi timbalan pengarah JKR negeri minta hal itu disegerakan kerana bimbang tempoh jaminan akan habis.

''Dua minggu lepas JKR tulis surat kepada kontraktor untuk mengambil tindakan terhadap masalah itu," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. 

Menurut Ahmad, struktur bumbung yang lemah dikesan apabila ia bergegar ketika pasukan komando mahu memasang tali untuk pertunjukan 'abseiling' sempena perasmian stadium itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Jelasnya, disebabkan tidak yakin dengan kekuatan struktur bumbung stadium, pertunjukan 'abseiling' anggota komando dilakukan menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tegasnya, kerajaan negeri menerima kenyataan bahawa kejadian runtuhan itu telah berlaku dan akan melantik konsultan luar untuk melakukan siasatan selain konsultan yang dilantik oleh JKR.
.
Cakcebor : Nasib baik tak der orang yang tumpor.

EPISOD BERBEZA

Satu lagi episod yang memalukan Satu Malaysia di seantero dunia. Kalau dulu cerita pembunuhan kejam seorang wanita warga Monggolia mengejutkan kita dan juga dunia. Kini kita digemparkan pula sekali lagi dengan kisah Manohara dari Indonesia.

Kedua-duanya datang ke Malaysia berbekalkan dengan harapan yang menggunung tinggi. Seorang datang untuk menuntut janji, manakala seorang lagi datang untuk mengejar mimpi indah sebagai seorang puteri. Malangnya seorang dah mati dan seorang lagi dah cabut lari kerana tak tahan dizalimi.

Monday, June 1, 2009

SATU PAGI BERSAMA BOSS DAN KERANINYA

Alkisah ada seorg lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat yang besar di Ipoh. Pada suatu early morning tu.. Boss ini panggil la dia punya kerani masuk ke opisnya. Seperti biasa keraninya pun masuk la…

Boss : Tolong buatkan saya surat kit kita punya client..

Si Boss ini pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. Biasa la Boss.. malas nak tulis..cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. Sepuluh minit kemudian acara mengarang ayat pun habis.. si kerani pun mula bersuara..

Kerani : Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu pagar boss terbuka.

Boss : (dlm keadaan kelam kabut) Ye ke...? Tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..

Si keranipun blah balik ke meja dia..dan si Bosspun call rumah dia tanya wife dia..

Boss : Yang tolong tengokkan pagar rumah kita..pintu dia terbuka la..

Bini Boss : Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana ada terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok sekejap.

Bini Boss : Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??

Bini Boss : Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka nampaklah…mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat kerani dia tu..

Boss : Errr… tadi pagi masa you nampak pagar I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Kerani : Tak.. yg I nampak cuma ada MINICOOPER ngan dua tayar depannya pancit!!!!!

PKR MENANG DI PRK PENANTI


Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah calon BEBAS yang penuh glamor hanya mendapat 392 undi, Khan Ari 404 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Kesemua mereka hilang wang pertaruhan sebanyak RM5,000.

SILAP HARIBULAN MALAYSIA ADA 2 PM

Bermula di Perak yang mempunyai 2 MB dan 2 Speaker, kini PPP pulak dah ada 2 Presiden Parti. Dengor pulak khabarnya negeri Terengganu pulak bakal mengikut jejak Perak mempunyai 2 MB.

Kita tunggu pada bulan Ogos nanti. Speaker Sidang Dun kena prepair; takut kena usung keluar macam Speaker Sivakumar.

Silap haribulan Malaysia pula ada 2 Perdana Menteri. Malaysia Boleh..!

Cakcebor : Ada orang ada 2 bini. Satu hidup, satu sudah kasi bom dengan C4.