Wednesday, May 27, 2009

PRK MANIK URAI 14 JULAI 2009

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. 

Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini. 

Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.


ZAHRA,SALMAN BERANGKAT KE DOVER

Shah Alam 27 Mei- Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18,  berlepas bersama adiknya Salman dengan diiringi jurulatih Mohd Arof Omar jam 10.05 pagi semalam untuk menyahut cabaran menyeberangi Selat Inggeris sejauh 34 hingga 37 kilometer (km) dalam misinya menjadi perenang wanita pertama berjaya melepasi selat yang sejuk dan berarus deras itu pada 2 hingga 6 Julai ini.
Sekiranya berjaya menamatkan cabaran merentasi selat itu dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis, Zahra turut bakal melakarkan sejarah sebagai perenang termuda Islam di dunia yang berjaya melepasi selat itu.  
Zahra yang akan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Sukan memberitahu, dia akan ke Dover pada 27 Mei ini dan berada di sana selama sebulan bagi membiasakan diri dengan keadaan suhu air laut yang sejuk.
Adiknya, Salman Ali Syariaati, 12, juga akan ke sana bagi didedahkan dengan pengalaman berenang dalam air sejuk sebelum mengambil ujian kelayakan ke Selat Inggeris pada pertengahan Jun ini.
''Walaupun jarak renangan Selat Inggeris adalah lebih pendek daripada renangan yang pernah saya lakukan sebelum ini, cabaran besarnya adalah cuaca sejuk yang mencecah 15 darjah celsius selain arus air laut yang kuat. Latihan saya di sana nanti adalah membiasakan diri dengan keadaan air. Sebelum ini saya tumpukan kepada aspek jarak renangan dan saya perlu melepasi syarat kelayakan iaitu berada dalam air sekurang-kurangnya enam jam," kata Zahra.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang dan tajaan kepada Ekspedisi Tujuh Benua Tujuh Nilai (EE7B7N) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya.
Pada 23 Ogos 2007, Zahra bersama adiknya, Salman yang ketika itu berusia 16 dan 10 tahun hampir memecahkan rekod perenang marathon negara, Datuk Abdul Malik Maidin apabila mengharungi renangan dari Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 km dalam lingkungan masa 14 jam. Ketika berusia lapan tahun, Salman dan kakaknya berjaya merenangi Selat Dinding sejauh 8.9 km.
Kedua-dua perenang muda itu adalah anak kepada pasangan, Abdul Halim Abdul Manaf dan Haniza Mohamed yang masing-masing adalah pensyarah UiTM Cawangan Perak dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Pada 3 Ogos 2003, Abdul Malik muncul sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya merentasi Selat Inggeris apabila menamatkan renangan selama 17 jam 30 minit dan 15 saat. Selepas itu, seorang rakyat Malaysia, Lennard Lee yang juga pelajar perubatan Cambridge University berenang tanpa henti menyeberangi selat itu sejauh 33.6 km dalam tempoh sembilan jam 45 minit pada 15 Julai 2004.
Sementara itu, Abdul Halim berkata, setakat ini dia berasa yakin Zahra mampu menjayakan misi menyeberangi Selat Inggeris berdasarkan keupayaan stamina dari segi jarak renangan.
''Ini kerana setiap hujung minggu Zahra melakukan latihan sejauh 20 km di Lumut, dari segi kekuatan fizikalnya dia bersedia. Jadi cabaran sekarang ialah soal cuaca sejuk," katanya. 
 

Saturday, May 23, 2009

MENGAPA JADI CALON BEBAS?

Percubaan ke-2 Ramizu untuk menjadi Jutawan Segera selepas hilang wang pertaruhan di PRK Bukit Gantang.
Teman perhatikan kebelakangan ni.., bila ada jer pilihan raya kecil ramai pulak yang mencalonkan diri menjadi calon BEBAS. Dulu idak ler macam ni. Rasa-rasa teman ler, depa ni jadi calon BEBAS sebab nak jadi jutawan segera. Silap-silap kalau menang, boleh ler UMNO beli masuk BN. BN boleh offer juta-juta macam 3 orang ADUN mangkuk hayun kat Perak tu.

SEKITAR HARI PENCALONAN PRK PENANTI





PERTANDINGAN 4 PENJURU DI PENANTI


KEPUTUSAN TIGA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN DIANGGAP LUAR BIASA

Kemenangan Nizar yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi terbatal.
(TV Antara) - Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin (gambar) dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak. 

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. .

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik.

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.

Friday, May 22, 2009

APA NAK DIPELIKKAN..!

Kejap MB Nizar sah..! Kejap MB Zambry pulak sah..! Tak ada apa yang nak dipelikkan. Lihat je la gambar di atas. Kome cari sendiri la apa yang peliknya. Sendiri pikior la..!

Thursday, May 14, 2009

DUN PERAK HAMPIR PASTI BUBAR

Khabor-khabor terkini yang teman dengor pilihanraya bakal berlaku di negeri Perak. Kerana senjata yang masih ada untuk BN meneruskan kuasa adalah dengan mengadakan sidang DUN sekali lagi untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap DS Mohamad Nizar. Dengornya perkenan untuk diadakan sidang DUN susah untuk diterima oleh pihak istana.
Pasal tu Perdana menteri pun dah kendor cakapnya. Pasal situasi itu dah masuk dalam lubang telinganya. Pilihanraya adalah satu-satunya alternatif yang tidak boleh dielakkan untuk menangani krisis perlembagaan yang berlaku di negeri teman.

Tuesday, May 12, 2009

VETERAN UMNO TABIK ADUN PAS

13 Mei - Pagi tadi teman minum kat Rapat Setia. Sembang kosong kat Gerai Jamal Abdillah dengan beberapa veteran UMNO. Seorang veteran UMNO (bekas ADUN) memuji sikap ADUN PAS yang menjaga adab yang baik semasa kekecohan sidang DUN 7 Mei yang lalu jika  dibandingkan dengan gelagat ADUN dari parti lain terutamanya dari Barisan Nasional sendiri.

Monday, May 11, 2009

nota PYAN HABIB kepada ZAMBRY


brader zambry, 
sama lu gua mahu bergambar,
janganlah gua dibaling selipar!


Cakcebor : Bergambar pakai selipar.

NIZAR MB PERAK YANG SAH

Kuala Lumpur, 4.30pm : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Sunday, May 10, 2009

ISA HANYA KEPENTINGAN POLITIK SEMATA

Pembebasan ADUN Kota Alam Shah M Manoharan dari DAP yang ditahan di bawah ISA hanya kerana ura-ura beliau mahau melepaskan jawatannya sebagai DUN. Dengan itu keraja segera membebaskannya sebelun perletakan jawatannya berlaku. Sekiranya beliau meletakkan jawatan DUNnya berrmakna satu Pilihan Raya Kecil akan berlaku di Kota Alam Shah.

Barisan Nasional amat khuatir sekiranya ini berlaku. Kerana PRK kebelakangan ini tidak memihak kepada BN, sebab itu M Manoharan dengan mudahnya dibebaskan. Selama ini pelbagai usaha termasuk desakan dan demostrasi tidak membawa apa-apa hasil yang diharapkan.


Friday, May 8, 2009

ZAMBRY 99.9% NIZAR 0.1%

Keputusan mahkamah yang akan diputuskan pada hari Isnin ini tentang kedudukan sebenar siapa Menteri Besar Perak yang sah memihak kepada Zambry. Zambry menduduki 99.9% berbanding Nizar yang hanya berpeluang 0.1% untuk menduduki kerusi MB Perak.

Peluang Nizar sebanyak 0.1% itu sekiranya Tuan Hakim tersasul mengumumkan keputusan yang semamangnya untuk memenuhi tuntutan UMNO.

Cakcebor : Dah agak dari dulu..

UMNO NAK PERKUDA SULTAN TERENGGANU PULAK?

Selepas berjaya memperkudakan intitusi raja Perak kini UMNO nak perkudakan sultan Terengganu pulak. Berbeza dengan situasi di Perak; UMNO sedang bercakaran sesama sendiri di antara pengikut MB Ahmad dan konco-konco bekas MB Idris Jusoh (Idris Jusoh Dan Rakan-Rakan).
Dengor ceritanya Hishamuddin pulak menjadi panglima perangnya untuk menghadap  baginda sultan.

Thursday, May 7, 2009

PERAK CATAT SIDANG DUN PALING MENJIJIKKAN?

Ipoh, 7 Mei : Sidang DUN Negeri Perak mencatatkan sejarah hitam yang bakal menjadi perbandingan pada generasi akan datang. Ini kerana sidang DUN itu telah mencatatkan insiden-insiden hitam dalam sejarah perundangan Malaysia.

Monday, May 4, 2009

Sunday, May 3, 2009

MENJELANG SIDANG DUN 7 MEI - 5 RUMAH ADUN PR DIPANTAU POLIS?

IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.


Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-


1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

-Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR)