Wednesday, January 28, 2009

TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN

Parit 28 Jan : Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak kerana rasa tanggungjawabnya terhadap tindakan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Beliau mengumumkan perletakan jawatan tersebut dalam majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin UMNO Parit semalam yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, timbalannya Yusof Nordin, Naib Ketua Bahagian yang merupakan Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja UMNO Negeri, Datuk Hasbullah Osman.
UMNO Negeri Perak berada dalam kemelut yang meruncing ekoran dari pengunduran ADUN Bota dari UMNO untuk menyertai KeADILan. Kemungkinan beberapa ADUN dari UMNO turut mengikuti jejak Datuk Nasaruddin ialah ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin; ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman; ADUN Pengkalan Bahru, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ADUN Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam.
Datuk Ahmad Fakeh Adam dikhabarkan turut berada di ibupejabat KeADILAN ketika ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim mengistiharkan keluar UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau membidas kerajaan persekutuan yang melengah-lengahkan peruntukan kewangan bagi setiap ADUN walaupun peruntukan sudah ada.
Seorang lagi ADUN dikatakan berdepan masalah peribadi, dan mungkin berdepan dengan pengistiharan tindakan muflis. Sekiranya perkara ini berlaku kedudukannya selaku ADUN akan digugurkan.

No comments:

Post a Comment