Tuesday, January 20, 2009

PROJEK KERETA KABEL DI BUKIT LARUT PERLU KAJIAN TELITI

Ipoh 20 Jan : Kerajaan Negeri Perak diminta tidak terburu-buru untuk melaksanakan projek kereta kabel sepanjang enam kilometer ke puncak Bukit Larut, tegas Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelaksana Koridor Wilayah Utara (NCIA), Datuk Seri Panglima Anuar Zaini hari ini.
Kerajaan negeri pelu mengambil iktibar dan membuat kajian mendalam daripada beberapa projer terdahulu yang menjadi projek gajah putih sebelum membenarkan projek bernilai RM 60 juta itu dijalankan oleh sebuah syarikat swasta. Beliau bimbang dengan perlaksanaan projek ini akan menjejaskan keindahan, keaslian dan kecantikan semulajadi yang tidak ternilai di Bukit Larut. Lagipun kerajaan negeri perlu mengambilkira unjuran kewangan projek kereta kabel berkenaan kerana memerlukan perbelanjaan modal yang tinggi dan memberikan pulangan kewangan yang rendah; hal ini dibimbangi akan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menampung subsidi perlaksanaan projek tersebut.
Ahad lepas FOMCA mahu kerajaan negeri membatalkan projek tersebut kerana boleh merosakkan eko-sistem di kawasan tersebut. Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata cadangan itu telah dibuat pada tahun 1997 tetapi ditinggalkan pada tahun 2007 selepas memorandum dihantar kepada Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Tajul Rosli Ghazali.
Pada 15 Januari lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Pengangkutan Awam Negeri, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek yang tertangguh akibat bantahan pelbagai pihak itu. Nga berkata projek itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap dalam masa setahun; dan akan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment