Friday, January 30, 2009

BN KECUNDANG SEKIRANYA GAGAL TANGANI PPSMI DENGAN BAIK

30 Jan : Himpunan bantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dijangka akan dihadiri oleh ramai pencinta bahasa,akan diadakan di kompleks membeli-belah Sogo esok. Beberapa tokoh bahasa seperti bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Hassan Ahmad, penyair Dinsman, Prof. Dr. Abdullah Hasan dan penulis Ainon Mohamad akan turut serta.
Keempat-empat mereka menganggotai Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran 100,000 ala-BERSIH pada awal bulan Mac depan, untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Sasterawan Negara A. Samad Said yang diura-urakan akan turut serta dalam perhimpunan itu berkata, sekiranya demostrasi membantah PPSMI secara besar-besaran ini gagal, bantahan rakyat yang pelbagai akan diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13).
Satu lagi persatuan penulis, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) yang dianggotai oleh 24 persatuan penulis dari seluruh negara turut mengancam mengadakan "perarakan keranda 152", bagi tujuan yang sama pertengahan bulan Februari.
GAPENA juaga bertegas untuk mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung perlaksannaan dasar itu sejak tujuh tahun lalu yang didakwa melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan - yang menggariskan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment