Monday, January 19, 2009

CUEPACS MINTA KAKITANGAN KOTRAK TIDAK DIBERHENTIKAN

19 Jan : CUEPACS meminta semua agensi di kementerian yang mempunyai kakitangan kontrak tidak menamatkan perkhidmatan mereka, sebaliknya menyambung perkhidmatan mereka atas dasar simpati dan perikemanusiaan. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Tambah beliau, setakat ini terdapat 50,000 orang kakitangan kontrak yang bekerja di sektor awam yang sebahagiannya telah berkhidmat lama. Sekiranya mereka diberhentikan, bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Yang lebih mendukacitakan sekarang ialah ada majikan yang berhentikan mereka kemudian esoknya ada perlantikan baru.
Beliau mendapat banyak aduan daripada kakitangan yang diberhentikan dan meminta beliau ajukan permasalahan ini dengan pihak kerajaan.

No comments:

Post a Comment