Friday, January 16, 2009

Bank Negara Selesai Siasatan Ke Atas BULUHMAS

Tanjung Karang : Siasatan BNM ke atas Buluhmas telah selesai. Sebarang keputusan masih belum diputuskan. Buluhmas sebuah syarikat pengiklanan bergerak yang mempunyai keahlian mencecah 700,000 orang itu telah diserbu oleh BNM pada 15 Oktober 2008. Dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh itu Buluhmas tidak dibenarkan mengambil keahlian baru atau membuat sebarang bayaran bonus kepada promoter sambilan yang dilantik. Cuma aktiviti perucitan di bawah Buluhmas Mart saja dibenarkan beroperasi.
Dengan penangguhan segala aktiviti tersebut, sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha IKS bumiputera yang membekalkan produk keluaran mereka dalam rangkaian pasar mini Buluhmasmart.
Seorang promoter yang ditemui, Encik Ahmad Murad Baki menyarankan agar kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran sekatan ke atas Buluhmas kerana syarikat ini boleh menggalakkan perkembangan IKS bumiputera yang selama ini sukar untuk menembusi pasaran yang lebih luas, selama ini IKS bumiputera memang bermasalah untuk memasarkan produk masing-masing.

No comments:

Post a Comment