Tuesday, October 13, 2009

PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA LARIKAN RM26 JUTA DUIT PELABUR

Pejabat Skim Cepat Kaya yang sebelum ini beroperasi di Ipoh

IPOH - Pengusaha sebuah syarikat pelaburan haram di sini berjoli sakan dengan wang kira-kira RM26 juta yang diperoleh daripada lebih 2,000 pelabur di negeri ini. Dalam keadaan para pelabur berputih mata semasa berusaha menuntut semula wang yang dilaburkan, pengusaha terbabit yang lesap entah ke mana mungkin pada masa kini nyenyak tidur di atas timbunan wang mangsa mereka.
.
Pengusaha terbabit yang menjalankan skim pelaburan cepat kaya itu sebelum ini menjanjikan pulangan lumayan jika melabur dalam satu projek penanaman rumpai laut di Sabah yang hasilnya akan dieksport ke luar negara.

Pelabur bukan sahaja dijanjikan pulangan asas tujuh peratus bagi setiap sen pelaburan tetapi kononnya juga akan menjadi berkali ganda selepas enam bulan transaksi pelaburan dilakukan.
Selain orang perseorangan, mangsa yang terpedaya pula bukan calang-calang orang, mereka terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan. Skim pelaburan itu menetapkan pelaburan serendah RM3,000.

.
Menurut seorang mangsa, Patmini Palanisamy, 53, sambutan Deepavali pada tahun ini menjadi tidak bermakna selepas menyedari tertipu dengan skim pelaburan tersebut. Katanya, dia bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain terpedaya dengan janji yang diberikan oleh syarikat berkenaan kira-kira setahun lalu.
.
"Saya sendiri melabur wang simpanan hampir RM60,000 tetapi selepas lebih setahun, tiada khabar berita diterima.

. "Lebih malang, minggu lalu kami diberitahu pengarah syarikat berkenaan melarikan wang pelaburan kami dan semua pelabur terpaksa berputih mata," katanya semalam.


No comments:

Post a Comment