Thursday, June 4, 2009

SRTUKTUR BUMBUNG LEMAH DIKESAN SEJAK SUKMA

KUALA TERENGGANU 3 Jun - Kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, apabila hal itu dirujuk kepada JKR, jabatan berkenaan memberi jaminan akan mengarahkan kontraktor mengambil tindakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berlangsung.

''Mesyuarat sudah diadakan, namun tiada tindakan. Tiga minggu lepas saya hubungi lagi timbalan pengarah JKR negeri minta hal itu disegerakan kerana bimbang tempoh jaminan akan habis.

''Dua minggu lepas JKR tulis surat kepada kontraktor untuk mengambil tindakan terhadap masalah itu," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. 

Menurut Ahmad, struktur bumbung yang lemah dikesan apabila ia bergegar ketika pasukan komando mahu memasang tali untuk pertunjukan 'abseiling' sempena perasmian stadium itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Jelasnya, disebabkan tidak yakin dengan kekuatan struktur bumbung stadium, pertunjukan 'abseiling' anggota komando dilakukan menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tegasnya, kerajaan negeri menerima kenyataan bahawa kejadian runtuhan itu telah berlaku dan akan melantik konsultan luar untuk melakukan siasatan selain konsultan yang dilantik oleh JKR.
.
Cakcebor : Nasib baik tak der orang yang tumpor.

No comments:

Post a Comment