Saturday, June 13, 2009

APA KATA YB JAMAL


CAMRY PUNYA HAL

Saya ada sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerjaan Terengganu pada masa itu nak tukar Mercedez, itu kerajaan BN. Ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan Undangan Negeri dia sebut 10 buah Camry yang bernilai RM 920,000 tapi bila mesyuarat exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tidak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baruRM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana. Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut saja pasal kereta, Ngeh Kor Ham kata Camry baik, itu baik ini baik. Macam-macam lagi hujahnya. Daripada 10 buah, keputusan tempahannya 15 buah. Walaupun sebelum ini dia setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh.., dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.

ISU RUMAH KOS RENDAH

Semua ini berlaku dalam mesyuarat exco. Soal rumah murah, kerajaan Barisan Nasional banyak luluskan tapi belum dilaksanakan. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat. Daripada rumah kos rendah  kepada rumah kos sederhana atau banglow. 

Saya sebut dalam mesyuarat exco. Kerajaan Bn dulu rancang benda yang baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Saya sebutkan pada Nizar usaha tukar syarat tanah menyebabkan orang Melayu tidak ramai berkemampuan untuk memiliki hartanah di bandar, mereka akan terus terpinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Dalam isu ini yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Meng dan Ngeh, Yang menolak saya dan Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju dan yang lain berkecuali. Saya tulis nota kepada Nizar jangan amalkan undi angkat tangan. Melayu ada tiga orang saja dalam exco, termasuk Nizar ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan. Saya bantah hendak tukar syarat rumah kos rendah kepada kos sederhana atau banglow. Semua cadangan tukar syarat itu datangnya daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Namun kalau ada permohonan daripada syarikat Bumiputra, ada saja yang dipertikaikan oleh Ngeh. Nizar setuju walaupun Pengarah PTG beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupan cadangan dibuat untuk ditolak. Tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan maka Nizar pun setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) lulus berapa C (Cina) lulus berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggalah pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri. Cuma bila permohonan datang dari C saya terus jerit LULUSKAN sajalah. Bila permohonan dari M saya jerit TOLAK saja. Tujuan sya nak memperli Nizar supaya dia sedar. Tapi dia tak perduli pun. Nampak sangat dia takut pada Ngeh.

HAK MILIK TANAH KG. BARU 999 TAHUN

Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah cadangan itu kerana tidak ada dalam manifesto PKR. Saya sebut pada Nizar; jangankan 999 tahun..99 pun kita akan kena kritik hebat. Tapi kerana nak jaga kehendak DAP Nizar turut juga. Sampaikan saya kata UMNO dah 50 tahun memerintah baru rakyat tolak mereka tapi pakatan baru 11 bulan. Sampai saya dengar di kantin pegawai-pegawai  dah mula bersungut pasal pemberian hakmilik 999 tahun sebagai melampau.

Ekoran itu saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah, balak dan semua tender. Jadi saya tanya bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu peluang Bumiputera khususnya Melayu bila nak dapat.

Bila kita hujah sikit dia mendiamkan dirinya. tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum saja. Dalam pemberian tanah kepada sebilan buah sekolah Cina. Saya sebut kepada Nizar tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000 setahun, kenapa nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh daripada nak beri 1000 ekar kepada 1000 hektar. Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar Nizar pun setuju juga.

Berdasarkan pengalaman 11 bulan  bersama mereka. Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanyan dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya nak duduk jawatan exco,apa kata Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dulu dari kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa yang kita dapat? Habis wang ringgit sendiri untuk parti.., hari ini dapat RM 14,000 sebulan besar sangatkah?

1 comment:

  1. Hanya jauhari yang mengenal manikam.... Air muka org yg jaga solat, ahli agama berbeza dgn...... Fikir2kan.... Jgn krn gilakan WANG, yg `jahat` boleh disanjung menjadi org yg baik....

    ReplyDelete