Tuesday, August 18, 2009

SETIAUSAHA DAP SELANGOR CABAR UMNO

Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Kg Tunku,Lau Weng San mencabar pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini terpekik terlolong untuk menjadi jaguh kampung dalam isu arak diselangor agar melaksanakan undang-undang penjaualan arak sekiranya mereka betul-betul memperjuangkan Islam.Untuk itu,saya mencabar pemimpin-pemimpin UMNO agar jangan hanya menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir.

UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol.

Janganlah UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga sahaja.

Artikel 5 dalam Perlembagaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam Perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat menyakinkan parti-parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama.

Jikalau UMNO dan Utusan Malaysia tidak memberanikan diri untuk melakukan apa yang disarankan saya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidak-ikhlasan UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment