Saturday, June 13, 2009

ZAID IBRAHIM SERTAI PKR

 Pengumuman oleh Anwar Ibrahim mengenai kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim ke dalam PKR menepati ramalan sebelum ini yang bekas menteri UMNO itu akan memilih PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.Anwar mengumumkan kemasukan Zaid Ibrahim (foto) dalam PKR dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini.
Sudah pasti dengan penyertaan Zaid itu ia sedikit sebanyak memberi sumbangan tenaga profesional ke dalam Pakatan Rakyat, khasnya PKR. Memang sesuai dan kena dengan latar belakang dan semangat perjuangan Zaid beliau memilih PKR, bukan Pas maupun DAP.

Zaid selepas dipecat dari Umno kerana sikap vokalnya mempertahankan demokrasi telah menunjukkan minatnya kepada PKR dengan menghadiri beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat termasuk tampil dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Penanti yang baru lalu. 

Sudah tentu sebagai rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, Zaid juga akan turut turun ke Manik Urai pada bulan hadapan berkempen bagi memastikan calon Pas. 

Penyertaan bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati para penyokong Pas yang kecewa amat sangat dengan tindak tanduk ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas tetapi akhirnya 'menungging punggung' kepada parti Islam itu.

Bagi PKR sendiri seperti mana ulas Anwar, Zaid akan turut memberi kepakaran yang beliau ada untuk menyemarakkan lagi perjuangan PKR. Untuk memastikan peranan Zaid meluas dalam PKR beliau akan dilantik menjadi ahli MPT parti berkenaan.

Umno sudah pasti akan memberi ulasan negatif atas penyertaan Zaid itu namun apa yang pentingnya penyertaan itu seperti ujar Anwar ia satu penghormatan kepada PKR yang semakin mendapat kepercayaan rakyat kini.
.
Cakcebor : Teringat Datuk Nasha Bota.

No comments:

Post a Comment