Friday, December 17, 2010

AL-FATIHAH UNTUK ADUN TENANG

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.
Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu. Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

Cakcebor : Kita datangnya dari Allah dan kembali juga kepada Allah. Al-Fatihah juga kepada sahabat Cakcebor, Mejar Elias, Pegawai Protokol Istana Perak yang kembali ke Rahmatullah pada 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432H

No comments:

Post a Comment