Tuesday, March 24, 2009

NIZAR BAKAL AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Teka-teki tentang siapa yang dicalonkan dalam PRK Bukit Gantang 7 April ini telah terjawab. Calon yang diumumkan oleh Presiden PAS ialah DS Nizar; satu pilihan yang tepat. Kemelut politik di negeri Perak amat mewajarkan beliau untuk dipilih sebagai calon berbanding calon pilihan terdekat Ustaz Idris Ahmad.
PRK ini menguji setakat mana penerimaan rakyat terhadap tindakan merampas kuasa yang dilakukan oleh BN yang menyebabkan kedudukan politik negeri Perak tidak menentu. DS Nizar mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menangani kemelut yang melanda di negeri Perak. Beliau dilihat mempunyai x-faktor yang tidak boleh dipandang ringan oleh Barisan Nasional. Buktinya dalam sessi jelajah penerangan mengenai kemelut politik negari Perak, sambutan daripada rakyat pelbagai kaum amat menggalakkan.
Dikalangan orang-orang UMNO sendiri meramalkan BN terlalu sukar untuk merampas kembali kerusi parlimen. Tindakan tidak mengikut lunas undang-undang rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN sangat melukakan hati rakyat Perak yang teguh memegang prinsip demokrasi.
Harapan BN untuk menang dalam PRK Bukit Gantang amat tipis sekali. BN masih dianggap kuat sekiranya dapat mengekalkan atau mengurangkan majoriti kekalahan. Sekiranya majoriti kekalahan mencecah angka 3000 pengundi; BN bolehlah berkira-kira mengucapkan selamat jalan dalam PRU 13.

No comments:

Post a Comment