Ipoh, 26 Dis : Sepuluh penumpang maut manakala dua dengan seorang lagi cedera parah apabila bas daripadanya dua tingkat Express Sani terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira kilometer selepas LAPAN Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah: 1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor; 2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; 3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; 4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor; 5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. 6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; 7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah; 8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar; 9. Sharifah Raheel Syed Al-Junid Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah; 10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu. |
Friday, December 25, 2009
NAHAS LEBUHRAYA IPOH SELATAN : 10 MAUT
Thursday, November 26, 2009
NENEK OBAMA TUNAIKAN HAJI
Tuesday, October 13, 2009
PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA LARIKAN RM26 JUTA DUIT PELABUR
IPOH - Pengusaha sebuah syarikat pelaburan haram di sini berjoli sakan dengan wang kira-kira RM26 juta yang diperoleh daripada lebih 2,000 pelabur di negeri ini. Dalam keadaan para pelabur berputih mata semasa berusaha menuntut semula wang yang dilaburkan, pengusaha terbabit yang lesap entah ke mana mungkin pada masa kini nyenyak tidur di atas timbunan wang mangsa mereka.
Pengusaha terbabit yang menjalankan skim pelaburan cepat kaya itu sebelum ini menjanjikan pulangan lumayan jika melabur dalam satu projek penanaman rumpai laut di Sabah yang hasilnya akan dieksport ke luar negara.
Selain orang perseorangan, mangsa yang terpedaya pula bukan calang-calang orang, mereka terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan. Skim pelaburan itu menetapkan pelaburan serendah RM3,000.
Menurut seorang mangsa, Patmini Palanisamy, 53, sambutan Deepavali pada tahun ini menjadi tidak bermakna selepas menyedari tertipu dengan skim pelaburan tersebut. Katanya, dia bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain terpedaya dengan janji yang diberikan oleh syarikat berkenaan kira-kira setahun lalu.
.
Monday, October 12, 2009
ISA MENANG DI BAGAN PINANG
Saturday, October 3, 2009
PERTANDINGAN 2 PENJURU DI BAGAN PINANG PADA 11 OKT 2009
Monday, September 28, 2009
KENYATAAN MEDIA DATO' DR. HASAN ALI
Wednesday, September 9, 2009
Tuesday, September 8, 2009
REMAJA BERUSIA 22 TAHUN JUAL BLOG USD 15,000,000
Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.
Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.
Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.
Monday, September 7, 2009
GULA : RACUN PALING MANIS
Saturday, September 5, 2009
PRK BAGAN PINANG UJIAN GETIR BUAT BN
Saturday, August 29, 2009
PERARAKAN KEPALA LEMBU
Wednesday, August 26, 2009
Tuesday, August 25, 2009
PAS KEKALKAN DUN PERMATANG PASIR
Sunday, August 23, 2009
MOHD RADHZI IKUT JEJAK JAMALUDIN BEHRANG DAN OSMAN JAILU
Tuesday, August 18, 2009
SETIAUSAHA DAP SELANGOR CABAR UMNO
Wednesday, August 12, 2009
AL FATIHAH BUAT ASRI RABBANI
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.
Saturday, August 1, 2009
AMBIL IKTIBAR MENGAPA ALLAH HARAMKAN BABI
"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Wednesday, July 29, 2009
Tuesday, July 28, 2009
Saturday, July 25, 2009
1 OGOS : SOKONG MANSUH ISA
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari
Thursday, July 23, 2009
LILIN DAN DS NIZAR
Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita."
Tuesday, July 21, 2009
1 MALAYSIA AKAN DITIPU LAGI
Saturday, July 18, 2009
CHUA JUI MIENG TINGGALKAN MCA DAN BN
Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.
Thursday, July 16, 2009
Wednesday, July 15, 2009
AKHIL ROCK SAH BERCERAI
Tuesday, July 14, 2009
MENANG TIPIS DI MANIK URAI : SATU PEREINGATAN BUAT PAS
Thursday, July 9, 2009
NATRAH @ MARIA HERTOGH MENINGGAL DUNIA DI BELANDA
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama .
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
MB PERAK KENA BOO..!
PPSMI : MANSUH ATAU TANGGUH?
Monday, July 6, 2009
SEKITAR PENAMAAN CALON PRK MANIK URAI
Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.
PRK Manik Urai akan menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara calon PAS Fauzi Abdullah dengan calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuan Mat.
Friday, July 3, 2009
KERANA BABI ADUN DAP ISYTIHAR JADI BEBAS
Sebagai ADUN BEBAS dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.
Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.
Thursday, July 2, 2009
Wednesday, July 1, 2009
LAGI PASAL BABI
Thomas Su nak keluar pakatan pasal babi. Barangkali dia dah gila babi
Ini satu lagi pasal babi. Tapi bukan selsema babi. Dengan cerita dari Kedah Darul Aman; pemimpin DAP ugut nak keluar Pakatan Rakyat pasal kerajaan roboh pusat sembelih babi. Pasal babi pun nak dikecohkan. Kalau di Perak ada tiga ADUN Bebas cap ayam; kat Kedah ada pemimpin DAP cap babi.
MICHAEL OH MICHAEL
Berita kematiannya menggemparkan seantero dunia. Masa hidupnya orang buat untung. Bila mati pun orang buat untung.
Sunday, June 28, 2009
Friday, June 26, 2009
FAUZI ABDULLAH : CALON PAS PRK MANIK URAI
Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.
Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.
Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
KERAJAAN PERPADUAN TAK JADI : MUFTI PERAK PULAK YANG KECEWA
"Masa PR perintah dulu, habuk tak panggil teman ceramah kat rumah MB. Time mike baru teman merase.. Itu yang teman marah sangat tu.."
Sah Kerajaan Perpaduan yang digendang-panaskan tak jadi kenyataan. Eloklah tu. Ahli-ahli akar umbi semua sangat gumbira.Tapi entah apa pulak Mufti Perak kecewa pasal Kerajaan Perpaduan tak jadi. Pelik pulak teman dengan perangan Mufti Perak sejak kebelakangan ni.. Entak ler kome..!
Sampai dalam kartun pojok Utusan menyatakan Pak Mufti tak selera makan untuk beberapa hari.
MICHAEL JACKSON 1958-2009
Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.
Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.
"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.
Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.
"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."
Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.
Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".
Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP
BERITA TERDAHULU
Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.
Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.
Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.
Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.
Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.
Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.
Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.
Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.
Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.
Wednesday, June 17, 2009
LEE KUAN YEW PUNYA SUKA
Monday, June 15, 2009
LELAKI IDAMAN
Lelaki tulen : Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
Lelaki yang berharga : Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang sederhana : Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik : Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian : Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih : Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung
Lelaki yang cerdik : Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap : Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang tabah : Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan : Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik : Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan : Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi : Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria : Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
NIZAR DIARAH KELUAR DEWAN
Saturday, June 13, 2009
APA KATA YB JAMAL
CAMRY PUNYA HAL
Saya ada sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerjaan Terengganu pada masa itu nak tukar Mercedez, itu kerajaan BN. Ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.
Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan Undangan Negeri dia sebut 10 buah Camry yang bernilai RM 920,000 tapi bila mesyuarat exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tidak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baruRM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.
Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana. Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut saja pasal kereta, Ngeh Kor Ham kata Camry baik, itu baik ini baik. Macam-macam lagi hujahnya. Daripada 10 buah, keputusan tempahannya 15 buah. Walaupun sebelum ini dia setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh.., dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.
ISU RUMAH KOS RENDAH
Semua ini berlaku dalam mesyuarat exco. Soal rumah murah, kerajaan Barisan Nasional banyak luluskan tapi belum dilaksanakan. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat. Daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana atau banglow.
Saya sebut dalam mesyuarat exco. Kerajaan Bn dulu rancang benda yang baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Saya sebutkan pada Nizar usaha tukar syarat tanah menyebabkan orang Melayu tidak ramai berkemampuan untuk memiliki hartanah di bandar, mereka akan terus terpinggir dan di kampung-kampung sahaja.
Dalam isu ini yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Meng dan Ngeh, Yang menolak saya dan Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju dan yang lain berkecuali. Saya tulis nota kepada Nizar jangan amalkan undi angkat tangan. Melayu ada tiga orang saja dalam exco, termasuk Nizar ada empat.
Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan. Saya bantah hendak tukar syarat rumah kos rendah kepada kos sederhana atau banglow. Semua cadangan tukar syarat itu datangnya daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Namun kalau ada permohonan daripada syarikat Bumiputra, ada saja yang dipertikaikan oleh Ngeh. Nizar setuju walaupun Pengarah PTG beri syor untuk diluluskan.
Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupan cadangan dibuat untuk ditolak. Tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan maka Nizar pun setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) lulus berapa C (Cina) lulus berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.
Hinggalah pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri. Cuma bila permohonan datang dari C saya terus jerit LULUSKAN sajalah. Bila permohonan dari M saya jerit TOLAK saja. Tujuan sya nak memperli Nizar supaya dia sedar. Tapi dia tak perduli pun. Nampak sangat dia takut pada Ngeh.
HAK MILIK TANAH KG. BARU 999 TAHUN
Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah cadangan itu kerana tidak ada dalam manifesto PKR. Saya sebut pada Nizar; jangankan 999 tahun..99 pun kita akan kena kritik hebat. Tapi kerana nak jaga kehendak DAP Nizar turut juga. Sampaikan saya kata UMNO dah 50 tahun memerintah baru rakyat tolak mereka tapi pakatan baru 11 bulan. Sampai saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian hakmilik 999 tahun sebagai melampau.
Ekoran itu saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah, balak dan semua tender. Jadi saya tanya bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu peluang Bumiputera khususnya Melayu bila nak dapat.
Bila kita hujah sikit dia mendiamkan dirinya. tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum saja. Dalam pemberian tanah kepada sebilan buah sekolah Cina. Saya sebut kepada Nizar tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000 setahun, kenapa nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh daripada nak beri 1000 ekar kepada 1000 hektar. Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar Nizar pun setuju juga.
Berdasarkan pengalaman 11 bulan bersama mereka. Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanyan dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya nak duduk jawatan exco,apa kata Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.
Saya tak boleh. Kita dulu dari kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa yang kita dapat? Habis wang ringgit sendiri untuk parti.., hari ini dapat RM 14,000 sebulan besar sangatkah?
ZAID IBRAHIM SERTAI PKR
Zaid selepas dipecat dari Umno kerana sikap vokalnya mempertahankan demokrasi telah menunjukkan minatnya kepada PKR dengan menghadiri beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat termasuk tampil dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Penanti yang baru lalu.
Sudah tentu sebagai rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, Zaid juga akan turut turun ke Manik Urai pada bulan hadapan berkempen bagi memastikan calon Pas.
Penyertaan bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati para penyokong Pas yang kecewa amat sangat dengan tindak tanduk ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas tetapi akhirnya 'menungging punggung' kepada parti Islam itu.
Bagi PKR sendiri seperti mana ulas Anwar, Zaid akan turut memberi kepakaran yang beliau ada untuk menyemarakkan lagi perjuangan PKR. Untuk memastikan peranan Zaid meluas dalam PKR beliau akan dilantik menjadi ahli MPT parti berkenaan.
Umno sudah pasti akan memberi ulasan negatif atas penyertaan Zaid itu namun apa yang pentingnya penyertaan itu seperti ujar Anwar ia satu penghormatan kepada PKR yang semakin mendapat kepercayaan rakyat kini.
Tuesday, June 9, 2009
NEGARA PERPADUAN RESAHKAN AKAR UMBI
Thursday, June 4, 2009
SRTUKTUR BUMBUNG LEMAH DIKESAN SEJAK SUKMA
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, apabila hal itu dirujuk kepada JKR, jabatan berkenaan memberi jaminan akan mengarahkan kontraktor mengambil tindakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berlangsung.
''Mesyuarat sudah diadakan, namun tiada tindakan. Tiga minggu lepas saya hubungi lagi timbalan pengarah JKR negeri minta hal itu disegerakan kerana bimbang tempoh jaminan akan habis.
''Dua minggu lepas JKR tulis surat kepada kontraktor untuk mengambil tindakan terhadap masalah itu," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Ahmad, struktur bumbung yang lemah dikesan apabila ia bergegar ketika pasukan komando mahu memasang tali untuk pertunjukan 'abseiling' sempena perasmian stadium itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Jelasnya, disebabkan tidak yakin dengan kekuatan struktur bumbung stadium, pertunjukan 'abseiling' anggota komando dilakukan menggunakan helikopter.
Bagaimanapun, enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tegasnya, kerajaan negeri menerima kenyataan bahawa kejadian runtuhan itu telah berlaku dan akan melantik konsultan luar untuk melakukan siasatan selain konsultan yang dilantik oleh JKR.
EPISOD BERBEZA
Satu lagi episod yang memalukan Satu Malaysia di seantero dunia. Kalau dulu cerita pembunuhan kejam seorang wanita warga Monggolia mengejutkan kita dan juga dunia. Kini kita digemparkan pula sekali lagi dengan kisah Manohara dari Indonesia.
Kedua-duanya datang ke Malaysia berbekalkan dengan harapan yang menggunung tinggi. Seorang datang untuk menuntut janji, manakala seorang lagi datang untuk mengejar mimpi indah sebagai seorang puteri. Malangnya seorang dah mati dan seorang lagi dah cabut lari kerana tak tahan dizalimi.
Monday, June 1, 2009
SATU PAGI BERSAMA BOSS DAN KERANINYA
Boss : Tolong buatkan saya surat kit kita punya client..
Si Boss ini pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. Biasa la Boss.. malas nak tulis..cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. Sepuluh minit kemudian acara mengarang ayat pun habis.. si kerani pun mula bersuara..
Kerani : Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu pagar boss terbuka.
Boss : (dlm keadaan kelam kabut) Ye ke...? Tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..
Si keranipun blah balik ke meja dia..dan si Bosspun call rumah dia tanya wife dia..
Boss : Yang tolong tengokkan pagar rumah kita..pintu dia terbuka la..
Bini Boss : Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana ada terbuka..
Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok sekejap.
Bini Boss : Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.
Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??
Bini Boss : Okay lah.. okay lah.
Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka nampaklah…mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat kerani dia tu..
Boss : Errr… tadi pagi masa you nampak pagar I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Kerani : Tak.. yg I nampak cuma ada MINICOOPER ngan dua tayar depannya pancit!!!!!
PKR MENANG DI PRK PENANTI
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah calon BEBAS yang penuh glamor hanya mendapat 392 undi, Khan Ari 404 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Kesemua mereka hilang wang pertaruhan sebanyak RM5,000.
SILAP HARIBULAN MALAYSIA ADA 2 PM
Bermula di Perak yang mempunyai 2 MB dan 2 Speaker, kini PPP pulak dah ada 2 Presiden Parti. Dengor pulak khabarnya negeri Terengganu pulak bakal mengikut jejak Perak mempunyai 2 MB.
Kita tunggu pada bulan Ogos nanti. Speaker Sidang Dun kena prepair; takut kena usung keluar macam Speaker Sivakumar.
Silap haribulan Malaysia pula ada 2 Perdana Menteri. Malaysia Boleh..!
Cakcebor : Ada orang ada 2 bini. Satu hidup, satu sudah kasi bom dengan C4.