Monday, May 20, 2013


ROBOH LAGI DI TERENGGANU



  
HULU TERENGGANU / 21 Mei 2013 : Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya.
"Selepas solat sunat Isyak tu, ada jatuh sekali (lagi) gummm...jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm...selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya).

"Bahagian beranda...kira-kira bukan ruang solat...bahagian luar yang tak ada karpet," jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibatkan masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"Saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi melibatkan tempat ibadat orang Islam.

"Sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.

Friday, September 14, 2012


Bayi tertidur atas mayat ibu

15 SEPT 2012 : Bagan Datoh: Tangisan berterusan bayi berusia tujuh bulan terjawab apabila dia ditemui tertidur di atas mayat ibunya selepas 14 jam, dipercayai kerana kelaparan dan kepenatan.

Dalam kejadian menyayat hati, Normaya Mokhtar, 33, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6 petang Rabu lalu di Kuarters Perumahan Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh dan mayat mangsa bersama anaknya yang tertidur hanya ditemui jam 8 pagi kelmarin.

Tinggal berdua

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai guru bahasa Jepun di sekolah itu tinggal berdua bersama bayinya di rumah yang berkunci, manakala suaminya bekerja di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kematian mangsa hanya disedari selepas rakan baiknya berjaya menemui kunci pendua rumah di rak kasut dan menemui mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan pucat dengan anaknya tertidur di atas tubuh mangsa.

“Rakan baik mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Rabu berhubung tugasan tetapi tidak berbalas, namun dia menyangka mungkin mangsa yang sudah dua tahun bertugas di situ, sibuk.

“Bagaimanapun, apabila mangsa tidak datang bekerja keesokan harinya, dia berasa tidak sedap hati dan pergi ke rumah mangsa serta mengetuk pintu berulang kali, tetapi tiada jawapan sebelum menemui kunci pendua rumah itu,” katanya, semalam.
Kok Liang berkata, jiran mangsa sebelum itu turut hairan dengar tangisan bayi yang tidak henti-henti pada petang dan malam Rabu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa selepas tangisan itu berhenti.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut, manakala anak mangsa dilaporkan sihat.

Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bemban, Batu Gajah untuk dikebumikan petang kelmarin.

Friday, October 28, 2011

MAHU PERCAYA ATAU TIDAK?

Keratan akhbar Harian Metro 28 Oktober 2011

Ini merupakan kali kedua dalam masa 4 bulan berita tentang serbuan sebuah agensi kerajaan ke atas premis menjual VCD cetak rompak di Ipoh. Empat bulan lepas agensi yang sama dikatakan berjaya menumpaskan sendikit pengedaran VCD cetak rompak terbesar di Ipoh dan menjadi berita utama TV dan akhbar. Malangnya selepas tiga hari berita disiarkan premis tersebut masih beroperasi seperti biasa sehingga hari ini. Adakah operasi yang dijalankan oleh agensi terbabit hanya sandiwara sahaja; atau cuma wayang untuk mengaburi mata orang ramai..
Lu pikirlah sendiri..!

Saturday, August 13, 2011

DI SEBALIK SERBUAN JAIS


Menurut petikan sebuah akhbar harian, difahamkan sebuah pertubuhan Kristian menjanjikan ganjaran lumayan sehingga RM60,000.00 kepada pengikut pertubuhan ini yang berjaya me- murtadkan seorang umat Islam. Laporan ini tersebar berikutan insiden serbuan JAIS pada satu majlis anjuran Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13/1 Petaling Jaya baru-baru ini.

Ini didedahkan oleh seorang pengikut pertubuhan ini yang mahu dikenali sebagai Jasmine, 34, yang terut menyertai majlis anjuran gereja tersebut. Dua individu yang dipercayai murtad yang dikenali sebagai Azwan dan Sabrina berumur lingkungan lewat 20-an dipercayai mensasarkan ibu tunggal,golongan miskin dan individu yang dibebani hutang melalui majlis komuniti yang dianjurkan dengan harapan dapat menyampaikan ajaran Kristian.

Menurut Jasmin yang dimurtadkan tahun lalu mendakwa dua individu berkenaan diberi kepercayaan oleh beberapa gereja untuk menerajui kumpulan komuniti tersebut yang akan muncul pada hari pementasan drama berkaitan perjuangan Nabi Isa selain menyampaikan ceramah bahawa ajaran Nabi Muhammad adalah salah.

Kumpulan ini juga memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama, sambil pembaca dalam perpustakaan ini didendangkan dengan lagu. 12 individu yang beragama Islam yang turut berada dalam majlis di gereja semasa serbuan JAIS diarahkan memberi keterangan di ibu pejabat JAIS di Shah Alam tetapi tidak seorangpun daripada mereka yang hadir.

Nadeana binti Che Mohd. Salleh atau Sophia 32, antara idividu Islam yang turut berada di gereja itu ketika serbuan merupakan individu penting dalam upacara majlis yang dikenali Harapan Komuniti itu. Semasa pemeriksaan pihak JAIS beliau mengaku bukan beragama Islam sedangkan dalam kad pengenalannya tertera beragama Islam.

Lain-lain individu Islam yang ditahan dalam serbuan tersebut ialah :

1. Nadeana binti Che Mohd. Salleh - 32 tahun
2. Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah - 42 tahun
3. Ade Andrian Putra bin Mahadhir - 17 tahun
4. Ina Riema Fitriza binti Mahadhir - 26 tahun
5. Rasyidah binti Razak - 34 tahun
6. Nur Umrah binti Razak - 16 tahun
7. Mohd. Haslan bin Bob Hasnan - 31 tahun
8.Faridah binti Abdul Rahman - 40 tahun
9. Nur'Al Ashikin bin Shaik Dawood - 39 tahun
10. Faridah binti Abdul Latep - 38 tahun
11. Sharunida binti Asaad - 30 tahun
12. Nea Riema Mareana binti Mahadzir - 21 tahun


Cakcebor : SABRINA, adakah individu yang pernah menggemparkan masyarakat Malaysia dengan pengakuan di hadapan Mufti Perak tentang gerakan Kristianisasi di kalangan orang Melayu. Di mana CD rakamannya tersebar walaupun beliau memohon kepada Mufti Perak supaya pengakuannya itu hendaklah dirahsiakan.

Tuesday, August 9, 2011

SIDANG AKHBAR 45 NGO ISLAM MENGENAI SEBUAN JAIS DI GEREJA METHODIST

Perkara sebenar ketika pemeriksaan JAIS di gereja-(NGO)-beserta bukti2. INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain; Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita? Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama. Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku. Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa. Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik. Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik. Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya. Apa yang berlaku? Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing. Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum. Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam. Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS. Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku. Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar? Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988) Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka. Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini? Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan. Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah? Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah. Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC. Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan. Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini. Masjid dan surau pantaulah benda ini. Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita. Soalan media: Bila jumpa JAIS? Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad… Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke? Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja. Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana. Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah.

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan. JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri. Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988. Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana. Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana. Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus. Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza. Kita rasa ini tidak beretika sama sekali. Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”. Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya. Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus. Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini. Motto ini ada dalam gereja. Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan. Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan. Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya. (kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik. Penutup Dr Dzulkhaini Husain; Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku? Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.

Thursday, July 28, 2011

Pengantin lelaki rupa-rupanya seorang wanita

Khamis, 28 Julai 2011

Satu keluarga di Indonesia menghentikan majlis perkahwinan apabila mendapat tahu pengantin lelaki adalah seorang wanita.

Bagaimanapun, bekas teman lelaki pengantin perempuan tampil sebagai pengantin lelaki bagi mengelak keluarga pengantin mendapat malu.

Keluarga dan tetamu berkumpul membaca al-Quran dalam satu majlis perkahwinan di Jawa barat, tetapi pengantin lelaki tidak membawa saudara-mara. Kecurigaan semakin ketara apabila pengantin lelaki, Rio gagal menunjukkan dokumen, lapor akhbar Jakarta Globe, semalam. “Kecurigaan semakin ketara kerana suaranya yang garau tiba-tiba bertukar menjadi suara perempuan,” lapor akhbar itu seperti mana dipetik daripada kenyataan ketua polis tempatan, Krisnandi. Pengantin itu dikatakan mempunyai bentuk tubuh lelaki dan mengenali pengantin perempuan, Nuraini selama tujuh bulan. “Keluarga pengantin perempuan kemudian mendapatkan bekas teman lelaki Nuraini sebagai pengantin lelaki bagi mengelak mendapat malu di hadapan tetamu,” kata kenyataan itu lagi. - Reuters

Thursday, July 21, 2011

SEDEKAH




Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan dikemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar. Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan bersedekah.

Barang yang elok dan baik

Antaranya, barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.

Hasil yang halal

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

Memberi sedekah barang yang disayangi

Kemudian, adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang menjadi kesayangan dan kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah juga telah membuktikan perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Sedekah dengan niat yang ikhlas

Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

Sedekah yang tidak dihebahkan

Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain. Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”

Sedekah untuk menyucikan diri dan harta

Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.”

Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga mampu kita rasakannya. Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.

Manfaat sedekah

Antaranya ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin ringan, kita turut merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan harta yang dikeluarkan semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan bahawa wang yang dikeluarkan itu mendatangkan manfaat? Sudah pasti bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita harus memikirkannya untuk jangka masa yang panjang.

Sedekah mampu memadam dosa

Pada masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan mengurangi dosa lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” Senyum juga adalah sedekah. Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan juga peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa silam!

Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah

Di samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari kematian yang Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam keadaan yang tidak beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka dengan urusan dunia sehingga tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu juga tidak bersedekah kerana terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya kepada Allah SWT. Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”

Sedekah mampu menghindarkan bala

Menurut beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak mempunyai harta, doa untuk kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.

Sedekah mampu menyucikan jiwa

Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.

Sedekah mampu memanjangkan umur

Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang.